SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

RAYA PAKATAN

RAYA PAKATAN
JOM BERSAMA RAYA

Friday, April 21, 2017

Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah


 Seorang ahli akademik Islam yang juga seorang pengkaji bidang teologi yang telah membaca banyak tulisan-tulisan berkait dengan Judaisme, Christian dan juga telah menonton semua syarahan Dr. Zakir, tidak bersetuju pandangan bukan Islam yg mengatakan Dr. Zakir Naik menghina agama lain.

"Tiada unsur menghina dari hujah-hujah Dr. Zakir. Beliau cuma memperlihatkan kebenaran Islam dari perspektif kitab2 Perjanjian Lama, Perjanjian Baru, Veda, kitab2 falsafah.

 Suka saya mengingatkan bahawa Dr. Zakir sangat berpengaruh dan sesetengah umat Islam melihat beliau sebagai "penghujjah Islam" abad ini.

Umno memperalatkan Dr Zakir

Namun beliau menyatakan rasa kesal lantaran kenyataan-kenyataan Dr. Zakir Naik akhir-akhir ini yang menyentuh isu perpaduan ummah Umno-PAS itu jelas menunjukkan "permainan" Umno yg melihat Dr. Zakir sebagai satu aset baru yg boleh dipergunakan.

"Dr. Zakir terhutang budi dgn jasa kerajaan Malaysia yg memberi pelbagai penghargaan dan seolah-olah juga diberi perlindungan oleh pemerintah di sini.

"Umno tahu potensi Dr. Zakir utk bangkitkan sentimen Melayu-Islam. Isu Dr. Zakir Naik boleh menambahkan sokongan Melayu Islam Pas. Umno tidak paduli sentimen bukan Melayu sebab mereka tahu bukan Melayu tidak lagi menyebelahi mereka. Yang perlu dijaga ialah Melayu-Islam. Semakin kuat pemimpin DAP mengecam Dr. Zakir, semakin kondusif bagi Umno." Katanya.

Sikap Bias Dr Zakir

 Menurutnya, apa pun sebab atau alasan membawa Dr Zakir ke Malaysia, itu isu secondary. Dr Zakir seharusnya lebih arif adab-adab menumpang di rumah orang iaitu dengan tidak mencampuri hal urusan jiran sebelah rumah. Jangan komen isu-isu negara yang sifatnya BIAS.

"Mengeluarkan kenyataan yg partisan mendedahkan kredibiliti di tahap paling rendah..

"Think thankers umno bijak. Mereka sedang pasang jerat, dan nampaknya mengena (terutama DAP).

Bantahan oleh DAP keatas Dr Zakir ni kalau atas isu agama, ianya memang banyak merugikan PH. Biarlah hanya terhad atas anugerah PR tu sahaja.

"Adalah penting bagi pemimpin2 Islam dalam PH dapat berbincang dengan DAP supaya lebih sederhana dan profesional dalam desakan mereka, ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak." Beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin Islam dalam PH.

Isu status PR Dr Zakir

Beliau bersetuju bahawa kaum India ada hak menyuarakan pandangan mereka diatas pemberian status PR kpd Dr Zakir kerana ramai komuniti india yg lahir di sini masih tidak mendapat status kerakyatan.

"Dalam konteks hak mendapatkan kerakyatan, memang kaum India wajar tuntut equality and justice.

"Pada masa yg sama, pihak yg yg membantah, termasuk DAP atau mana2 pemimpin PH yg dilihat bersama dgn bukan Islam akan dilihat dan diperlihatkan oleh propagandis pro BN bahawa penentang2 ini sebagai "musuh Islam" yg perlu ditolak." pesannya lagi.

Umno Pembela Islam?

Beliau percaya kerajaan Malaysia akan terus melengahkan permintaan antarabangsa dan bantahan bukan Islam di negara ini, memastikan Dr. Zakir akan terus dalam perlindungan Malaysia.

Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai "wira" kerana membela seorang tokoh pendakwah Islam yg dikagumi se dunia.

‬Beliau juga sangat pasti UMNO BN akan terus "menyimpan" Dr. Zakir ini sekurang2nya sehingga selesai PRU 14, dan selepas itu pasti mereka akan cuci tangan selepas menang kelak.

Pemimpin PH Jangan Melatah

 Beliau berpendapat, dalam isu ini, pemimpin PH jangan melatah, biarkan Umno selesaikan isu ini sbb merekalah yg memberikan PR kepada Dr. Zakir.

"PH jangan menambah rencah dan rempah sbb isu ini tak ada kena mengena dgn PH. Ini isu yg berpalit dileher Umno dan ia menjadi backfire kpd UMNO BN.

"Lihat sahajalah isu PR Dr. Zakir ini, dah ada tanda2 keretakan antara Zahid dgn Hisham dan Najib.

"Pendedahan Zahid bahawa Dr. Zakir telah diberi PR sejak 5 tahun dahulu umpama "peluru berpandu" yg dituju kepada Najib dan sepupunya." Katanya.

Beliau menasihatkan PH tak perlu terlebih sudu dari kuah. Biar mereka selesaikan masalah mereka. Pemimpin PH perlu uruskan "persepsi" dari isu ini dgn sebaiknya. Jadilah ahli politik yg lebih bijak daripada UMNO-PAS dlm menangani isu2 agama.

"Ahli politik yang mewakili parti-parti dalam PH jadi pemerhati sahaja sudah cukup.

"Pemimpin PH kena cerdik bila berdepan isu-isu seperti ini, jangan terlalu lurus seperti pemimpin PAS, Umno cucuk sikit dgn isu hudud, mereka melompat macam kera kena belacan.

"Pemimpin-pemimpin PH jangan ulangi kesilapan PAS dlm isu agama. Kenyataan-kenyataan yg boleh membangkitkan sentimen orang Islam boleh mengeruhkan lagi keadaan dan memberi 'vitamin tambahan' kepada UMNO-PAS." Beliau mengakhiri pesanannya. ~ sumber grp wassap.
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Amat setuju. Ph skrg nak jadi hero tapi ada ketika over acting sangat. Isu Ruu dr zakir etc jadi perangkap samar kepada mereka. Tutup 15 minit pasar malam pun ada pemimpin ph kena tibai. So fokuskan isu2 rakyat yang semakin tertekan dgn kehidupan. Ini dap cakap lain amanah lain pkr nanti nada lain. Last2 takyat muak

Anonymous said...

Hairan sungguh, ni hussien syiah ka yg blh sgt nk sokong geng DAP yg biadap pd Islam. Elok la usung PAN yg xlaku tu. Parti lain dlm PH pun meluat sandiwara mcm ni.

Anonymous said...

Harap PAS blh langgar ja kerusi DAP & PAN dlm PRU nnt. Ajar mereka ttg adab pd agama Islam skit.

Anonymous said...

Anon 8:31pm,
Adakah akhlak pemimpin parti anak butir taik UMNO yang selalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur haprak itu, kamu kata berakhlak? Pergi cerminkan muka kamu yang masih memuja presiden parti anak butir taik UMNO terlebih dahulu, sebelum menyeru orang lain supaya berakhlak.

Yeop Robin said...

Pirah mabuk! Sayang Islam kepala hatok kau! Yang ko jilat jubo MCA & GERAKAN tu ok pulak? Kah kah kah

KSPATIAL said...

Salam. Zn ni boleh dikata seorang ulamak perbandingan agama. Berpuluh ribu org yg masuk islam hasil kerja beliau. Beliau org luar dan apa yg disampaikanya adalah bersifat nutral, tiada belah mana mana dan itulah yg dikehendaki dlm islam. Cuma kita pula kena tanya lebihlah pd zn ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...