Tuesday, April 11, 2017

Kantoi! Pas : Terima Dedak GENTING!

Ketika sedang merancang konspirasi bersama RPK?
 Susulan tulisan Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam blognya bahawa wang GENTING yang bernilai 30 billion mengalir kepada Husam Musa, Zaharin Mohd Yasin seorang veteran aktivis Umno, yang pernah enggunakan nama blog Sang Kelembai turut memperakui melalui status difesbuknya bahawa kes PAS tuduh Husam Musa terima duit dari Genting itu cerita betul dan benar. 

"Hanya yang tidak benar dan betul ialah Husam Musa TIDAK terima untuk dirinya tetapi untuk PAS, dan duit itu telah dijelaskan bukan dari hasil judi sebalik dari lain perniagaan yang bukan haram. 

"Perlu di ingat bahawa mendiang Lim Goh Tong terhutang budi dengan Kerajaan PAS Kelantan yang memberikan projek termasuk pembinaan Jambatan Kota Bharu. Dan di anugerah 'Dato' oleh Sultan Kelantan.

"Buat kerja rumah dulu sebelum tuduh." Nasihat Zaharin kepada Pas yang menggunakan Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk memburuk-burukan Husam.

 Menurut Zaharin lagi, "Saya tidak fitnah.. saya kenal Lim Goh Tong samada dia berpejabat di Bangunan UMBC Jalan Sulaiman atau Wisma Genting.. Jika tak silap saya.. wang sumbangan dari Genting Plantation bukan Wang dari Casino.. Pegawai PRO Genting nama Rajah.. pernah menceritakan kepada saya. Maka saya bukan main cerita dan main dengar dari orang lain."

 Menjawab persoalan kenapa dalam ramai2 orang PAS, diberinya kepada Husam? Zaharin berkata, "Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat minta pihak wakil Genting berurus dengan Husam Musa sebab dia SetPol kepada Menteri Besar Kelantan." Jelas Zaharin.

 Zaharin berkata , wang itu untuk pilihanraya.Genting bagi kepada semua ketua parti...
Comments
2 Comments

2 comments :

pok amid littor said...

Dia kaki klentong. Semua orang tau yg dia tu kaki klentong.
Tup! tup! tp! kepala parti lebai pi kunjung takzim kpd kaki klentong.

Kerana kepala parti lebai pi, lebai-lebai bawahan pun ambik laa kaki klentong tu buat rujukan. Hehehe

Alhusseyn Alhusseyn said...

Syam Ghaz menyatakan : Husam Musa dilahirkan pada 14 Okt 1959. Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dapat tander membina Jambatan Sultan Yahya Petra syarikat Kien Huat pada tahun 1963, iaitu waktu Husam Musa berumur 4 Tahun.

Mustahil seorang bayi berumur 4 tahun boleh mempengaruhi keputusan tender kerajaan.

Nampaknya maklumat Zaharin ini susah nak dipercayai. Harap kita akan mendapat penjelasan lanju t dari Zaharin berhubung dana GENTING ini siapa sebenarnya yang telah menerimanya bagi pihak PAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...