BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Sunday, April 09, 2017

Lebai mana yang akan tercirit dan terkencin bila namanya naik nanti?

 
  Pas jangan hanya sekadar menafikan dakwaan terima dedak.Kemudian minta supaya ditunjukan bukti.

  Mula awal dulu bila Sarawak Report dedahkan pasal dedak RM90 juta tu, Hj Hadi sendiri kata nak saman. Dia kata nak saman tu sejak 13 Ogos 2016. Tapi dah hampir masuk 8 bulan, Sarawak Report kata dia masih belum terima saman dari Pas!

  Kemudian Husam Musa pula dedahkan, bahawa dia ada bukti dedak masuk melalui akaun Affin Bank. Pas ancam Husam dengan saman juga. Tapi hingga loni pun Husam masih tak terima saman dari Pas.

  Yang terbaru, tiga hari lepas Rafizi Ramli kata, dia tahu ada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas yang telah menerima dedak dari aliran 1MDB...

   Patutlah Pas duduk senyap tak kata apa pun pasal 1MDB... rupa-rupanya Pas sendiri mendapat habuan juga ...?? Pas juga makan dedak macam binatang ternak ayam dan lembu.

 Cakap-cakap Pas kononnya nak saman mereka yang mendedahkan pimpinan Pas makan dedak Umno hanyalah gendang kosong untuk terus dipalu guna memperdayakan penyokongnya sendiri.

 Padahalnya, jika Pas benar tidak makan dedak Umno, maka Pas akan untung besar dari hasil tuntutan ganti rugi yang bakal didapati dari kerja saman tersebut!

  Tetapi kerana Pas takut segala bukti-bukti penerimaan dedak itu akan terdedah dalam mahkamah, maka itulah sebabnya sehingga kini Pas tidak berani bawa perkara tersebut ke mahkamah untuk membersihkan dirinya dari tuduhan terkutuk tersebut.

   Tetapi tidak mengapa, lama mana bangkai yang cuba Pas tutup dengan jubah dan kain serban itu akan dapat bertahan?

 “Saya akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini, dan akan membuat laporan SPRM agar mereka dapat merujuk kembali kertas siasatan itu,” katanya dalam kenyataan.

  Sama-samalah kita tunggu, lebai mana yang akan tercirit dan terkencin dalam seluar bila namanya naik carta penerima aliran 1MDB nanti?
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

cakap tak guna,tembak tak kena

Anonymous said...

Pas dok tunggu RPK nak spin pelbagai cerita utk pertahankan dia kot. Skrg pun raja putar alam tu dok tuduh husam dan anwar dapat dedak drp pelbagai pihak. Yg dia tak cerita ialah bagaimana dia dan bini dia boleh hidup senang di UK dan siapa dok sponsor mrk. (Najib dan rosmah mungkin tahu) Ingat tak lg semua cerita2 yg RPK putarkan sebelum dia belot dan bertuankan pemberi dedak baru?

Anonymous said...

Nak tanya.

Katalah betul berlaku, boleh tak guna alasan terima untuk memajukan dan memartabatkan Islam??

Anonymous said...

Keluarkan lah nama tu. Duduk main2 dlm menuduh org ibarat nk memalukan sekawan dari sbb kerja 1-2 org. Perlu difikirkan dgn teliti & berhikmah, jika tuduhan xbetul atau tiada sebab dikaitkan parti para penfitnah perlulah bertaubat (bg org Islam) serta minta maaf kpd selueuh ahli parti berkanaan. Itu baru dikira terlepas hukuman dunia & akhirat. Jika tidak, hitung sendiri berapa byk kandar nk di bawa ke sana.

Anonymous said...

Ni nama pemimpin PAS ke individu yg rapat dgn PAS? Dh jd cerita sandiwara plak, sekejap pemimpin PAS, sekejap PAS sekejap2 individu rapat dgn PAS. Itu yg kami ahli masyarakat perlukan nama utk menilai. Jika info dianggap blh diterima bw ke mahkamah & biar undang2 tentukan (dari kita nk berperanan hakim). Jika dalah mcm mna pulak nnt? Xkan nk halau PAN, pijie & lg beberapa pimpinan PH kut? Nnt jgn sampai kami cemuih & malaih nk layan kisah badut mcm ni dh la...

Anonymous said...

Ini antara jawapan yang berlegar dalam w/a.

BUKTI UTK ORG CERDIK

1. Pas memang menerima RM90j drpd Najib melalui dua individu yg rapat dgn pemimpin Pas. Duit itu ialah duit 1MDB. Mana bukti? Buktinya ialah pendedahan SR, kenyataan Husam yg transaksi itu berlaku melalui akaun Affin bank dan terbaru kenyataan Rafizi mengenainya. Selain itu, Pas kena samanlah, baru keluar.

2. Mana bukti dokumen? Utk apa dikemukakan bukti dokumen utk tatapan walaun? Jika dibawa dokumen setebal Harakah pun walaun bukan nak percaya. Buktinya, kes Fikah, sudah ada bukti bergambar pun walaun tak percaya pun. Hadi kawtim dgn Najib, nampak depan mata pun walaun tak percaya juga.

3. Pas berkahwin gelap dgn Umno, dgn bukti secara langsung yg berlaku dlm parlimen yg seluruh dunia boleh tengok dlm isu aryoyo, walaun tak percaya pun. Beri bukti kpd walaun sama mcm beri bukti kpd Pak Mat Teloi jual tembikai zaman aku budak-budak dulu. Orang beritahu tembikai hijau, dia tanya mana bukti tembikai hijau, padahal dia jual tembikai.

4. Begitulah walaun. Tunjuk apa pun bukan percaya. Walaun akan layan bukti yg diberi mcm beruk layan bunga saja. Bunga dikeronyok, punggungnya juga yg digaru dan dicium. Dlm isu agama misalnya, sudah diberi bukti secara ilmiah dgn dalil drpd al-Quran dan sirah bahawa undi orang kafir sebagai wakil rakyat tidak salah dari sudut syarak, walaun tetap anggap DAP kafir harbi. Jadi utk apa diberi bukti kpd walaun?

5. Itulah spesis yg masih tinggal dlm Pas. Lebai dlm Pas hanyalah setaraf Taliban dan kekasih Fikah. Ulama setaraf Hadi pula sudah telan kail Umno. Abduh, Amar dan Tantawi, depa bukan ulama pun. Akhirnya, golongan yg ke depan ialah golongan baru masuk Pas seusia jagung baru keluar bulu. Biji jagung belum ada tapi sudah bakar arang itu buat jagung panggang.

6. Golongan inilah yg kesana-sini minta bukti mcm budak kecil minta susu. Jika dibancuh tuba pun, budak itu akan minum juga. Golongan yg tidak tahu beza antara alif lam qamariah dgn alif lam syamsiah.

7. Aku tulis begini bukan utk hina atau burukkan orang, tapi nak suntik ke dalam otak walaun supaya manfaatkan akal yg Allah bagi utk berfikir. Ambillah kemuliaan hidup dgn menjadi insan yg berfikir secara aktif, kreatif dan luar biasa. Jika otak yg diberi tidak diguna, keluar universiti paling baik pun, tetap akan jadi manusia paling lemah.

8. Serban walaun bukan bukti kecerdikan tapi bukti ketaksuban. Orang yg pakai serban sepatutnya guna otak, tapi walaun, semakin besar serban semakin lencun kena kencing dgn Umno. Ini kebodohan. Kalau pakai serban tapi sekadar menangis dlm parlimen kerana dorongan sentimen dan ketaksuban, lebih baik cabut otak dan beri makan kucing saja.

9. Bukti hanya perlu diberi di mahkamah sebab di sana ada orang cerdik. Bukti bukan kertas bungkus nasi lemak tapi dokumen yg sangat bernilai sebagai mekanisme penegakan kebenaran. Jadi, kalau walaun nak tengok bukti Pas terima RM90j drpd Najib, samanlah.

UP said...

Saya pun tak sabar nak tahu..nama siapa akan naik tu.. ???


Anonymous said...

dah tak sabar ni nak tgk yang mana satu ...... jgn tunggu lama2

Anonymous said...

Akhirnya Kita tahu mengapa 1 mdb tak ditentang
https://arrahmahnews.com/2017/04/09/video-sistem-pertahanan-rudal-suriah-tembak-jatuh-36-rudal-tomahawk-as/

Anonymous said...

Bukti perlu ditunjukkan pd umum...wat pa nak sorok2..pnyokong pas tak nak prcaya diarang punya pasal..kami org awam nak tahu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...