Monday, April 10, 2017

Mana Badan Disiplin Pas?


 Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata, kini Mahfuz tidak lagi boleh diterima sebagai ahli parti itu ekoran kenyataan serta kritikannya sendiri mencerminkan beliau sebagai orang luar.

Pada pertengahan Februari lalu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa supaya Mahfuz meninggalkan PAS kerana sering mengkritik serta menyerang parti berkenaan.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” kata Nik Amar.

 Kenyataan-kenyataan dari pimpinan Pas suruh Mahfuz keluar parti menggambarkan seolah-olah Pas ni satu organisasi yang tidak mempunyai garis panduan untuk bertindak keatas ahlinya mengikut perlembagaan yang ada padanya.

  Mana badan disiplin Pas? Kenapa YB Mahfuz tidak dihadapkan ke badan disiplin parti supaya kesnya dapat diadili dengan saksama.

 Dengarlah dulu pandangan YB Mahfuz dan jangan terus jatuh hukum sahaja dan menganggap Pas sahaja yang betul.

  Berikut adalah respon balas YB Mahfuz terhadap kenyataan Mursyidul Am, Hashim Jasin terhadapnya.
"Saya orang paling sayang kepada Pas. Orang kata saya menongkah arus. Sebenarnya saya dalam arus." 
"Saya cuba selamatkan Pas. Saya mahu Pas kembali ke landasan bersama kebangkitan rakyat." 
 "Ada orang kata saya bukan ahli. Saya tak terkesan dengan apa tanggapan orang kepada saya. Walaupun orang halau. Ini bagi saya sunnah perjuangan. Saya bersama kebangkitan rakyat." 
YB Dato' Mahfuz Omar
 Ahli Parlimen Pokok Sena
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

betui sangat sangat la yb mahfuz, yb bersama kebangkitan rakyat tapi paspispus pula dok sibuk dgn kebangkitan umeno..

Anonymous said...

Tiada lagi yang dikatakan Badan Disiplin PAS atau apa jua badan-badan lain dalam Pas kerana semua jawatan telah diambil oleh Presideng

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...