GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, April 02, 2017

Melayu rosak kerana Umno, Islam rosak kerana Pas.

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 


1. Non Muslim di Malaysia hari ini bukan seperti kafir Quraisy Mekah. Di sini tidak ada peperangan antara Muslim dan non Muslim. Di sini Muslim tidak pernah dihalang beribadat dan tidak dihalau. Di sini Muslim dan non Muslim berjiran, satu pejabat, satu sekolah, sekampung bahkan ramai yg mempunyai hubungan darah dan kekeluargaan. 

2. Berbeza agama adalah perkara biasa yg berlaku dgn kehendak Tuhan. Jika Muslim sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar, non Muslim juga sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar. Jika Muslim tidak mahu agamanya dihina, non Muslim juga tidak mahu agama mereka dihina. 

3. Non Muslim di sini adalah warganegara. Mereka berhak menjadi calon pilihanraya, menjadi menteri atau exco jika mereka layak. Mengundi mereka dalam pilihanraya bukan suatu kesalahan dari sudut agama kerana kedudukan mereka sebagai warganegara di sini adalah setaraf dgn kedudukan Muslim. 

4. Mereka bukan kafir harbi kerana mereka tidak memerangi Islam dan orang Islam. Jika ada hal-hal tertentu yg mereka tidak setuju dgn Islam, itu tidak bermakna mereka memusuhi Islam dan umat Islam secara keseluruhan. Jika orang Islam sendiri pun ada hal tertentu yg dia tidak bersetuju dgn Islam, apatah lagi non Muslim. Di sinilah letaknya peranan orang Islam dlm dakwah. 

5. Ayat al-Quran tentang jihad memerangi non Muslim tidak wajar dibaca secara berasingan dgn ayat yg memerintah orang Islam berbuat baik kpd non Muslim. Nabi sendiri tidak berperang dgn non Muslim 

7 hari seminggu. Peperangan bukan pilihan tetapi berlaku dlm situasi yg sangat terdesak iaitu apabila dakwah terhalang dan halangan tidak boleh diatasi kecuali dgn peperangan. 

6. Di sini dakwah tidak terhalang bahkan orang Islam boleh berdakwah kpd non Muslim 366 hari setahun di market, di jalan, di sekolah, di universiti bahkan di gereja dan biara jika Muslim mahu. Dakwah di sini bukan tidak boleh, tapi Muslim tidak mahu. Muslim di sini, ramai yg rasa dirinya terlalu suci utk mendekati non Muslim utk tujuan dakwah. 

7. Dari sudut politik, Umno memang suka kalau Muslim mencurigai non Muslim. Dengan kecurigaan itu, mereka berpeluang meniupkan sentimen perkauman, kononnya Islam dan Melayu terancam dan rakyat perlu bersama Umno demi Melayu dan Islam. Di depan Melayu, Umno bercakap membela Islam. Di depan Cina, Umno cakap mereka membela semua bangsa. Hipokrit. 

8. Pas yg kononnya berjuang Islam kebelakangan ini sudah termakan sentimen Melayu tiupan Umno. Pas yg dulunya anti asabiah Melayu kini selesa dgn sentimen kemelayuan dlm kerja-kerja politiknya. Sasarannya ialah DAP. Oleh kerana Pas dakwa ia parti Islam, Pas label DAP anti Islam utk menyokong usaha Umno yg melabel DAP anti Melayu. Kedua-dua parti itu seiring dlm memperalatkan sentimen agama dan bangsa utk kepentingan politik.

 9. Pas dan Umno sudah serupa langkah politiknya. Melayu rosak kerana Umno, Islam rosak kerana Pas.
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Non Muslim di negara ini juga bebas dan berhak menentukan amalan dan pegangan orang Islam...itulah toleransi yg hendak kita perjuangkan lebih dari apa yg BN gunapakai sebelum ini..

Anonymous said...

Xtau la melayu kafir sbb parti mana plak...

Anonymous said...

Anon 15.00pm..statement kamu itu statement pasumno. Virus assobiyyah dah merebak.

pakjan said...

Semasa PAN belum ujud dan semasa kamu dalam PAS tak pulak kamu kata Islam rosak kerana PAS. Kalau PAS tak ujud PAN tadakpun d pesada politik Negara hari ini.

Apit Apis said...

Bukan islam jgn mencampuri agama islam mcm surah alkafirun... Tp di Malaysia bukan islam mencampuri agama islam... Yg jd lg teruk yg islam menolak islam

nusisakdidiAljunid said...

Amanah wujud kerana para lebai dalam PAS mula melabel orang yg lebih educated dan lebih waras dengan bermacam label kerana nak dipaksanya mengikut aliran fikiran para2 lebai . Sedang kan mereka itu dari mula lagi dengan PAS dan cenderong islam . Kewarasan dan kecerdikan mereka menjadi ancaman pada para lebai. Pada hal dalam PRU 13 dulu pengaruh PAS melonjak kerana kerja2 mereka.
Ketika itu orang ramai merasa confidence dan bangga kerana para proffesional ini cenderong Islam dan satu trend yg baik.
Selepas mereka dibuang setandan , tinggallah lebai2 saja dalam PAS.
Dan dalam parlimen lebai ini bisu kerana tak tahu bercakap pasal benda2 teknikal , kadang kala mereka ini mengeluarkan komen lucu mengambarkan kurang ilmu.

Anonymous said...

masa parti periok belum wujud, pis masih tak u-turn, u-kiri kanan... pis sekarang merosakkan. Tak yah kalau-kalau yg dah lepas, soalnya sekarang ni. nak terus kena kencing kat azalina ke atau nak kembali kepada perjuangan asal? itu pilihannya!

Anonymous said...

Rosak Islam dan Melayu kerana PAN..bleh kot kata gitu...

Dr Kadiaq said...

Islam tak pernah rosak kerana apa2 pun. Itu satu penyataan yang salah dan bingai. Yang rosak ialah mereka2 yang mengaku Muslim tapi identiti dan perbuatan mereka jauh bertentangan dengan Islam.

Anonymous said...

PAS dan UMNO ..sama sama perosak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...