GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, April 29, 2017

Najib tidak boleh disentuh seperti Tuhan?


  Walaupun Datuk Abdul Rahman Dahlan, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional mengesahkan bahawa “Malaysian Official 1” yang dinamakan dalam saman sivil Kehakiman Jabatan (DOJ) yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib, sebagai perdana menteri, bukan seorang penjawat awam dalam jawatan awam.

 Hakim kata, Najib bukan seorang pegawai awam atau penjawat awam.

Apakah Hakim tu fikir Najib adalah Tuhan maka dia tidak boleh disentuh seperti Tuhan?

Undang-undang tidak melihat perbezaan antara manusia. Kamu Melayu atau Cina; pembangkang atau kerajaan; sesiapa yang melanggar undang-undang akan disiasat.

 Tiada siapa mengatasi undang-undang. Sama ada anda orang biasa atau bapak segala menteri sekali pun. Jika melanggar undang-undang, adalah normal untuk disiasat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disiasat atau didakwa atas kes pembelian banglo yang murah! Kenapa tidak PM Najib?

Hakim telah membatalkan saman misfeasans oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengarahkan Dr Mahathir, bersama-sama dengan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin membayar kos sebanyak RM30,000.

Dengan keputusan hari ini, Dr Mahathir dan individu lain tidak lagi boleh menyaman Najib kerana beliau bukan seorang pegawai awam atau penjawat awam. Baca lagi di sini.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Nak buat mcm mana. Lebai pun anggap najib mcm tak boleh buat salah. Hampir maksum dah kot. Seronok le die.

Anonymous said...

Apa yang tersirat dari keputusan hakim itu, jika mana-mana orang yang bukan penjawat awam maka mereka adalah bebas untuk melakukan jenayah dan tiada tindakan perlu diambil...hanya di Malaysia sahaja terdapat mahkamah kanggaru ni sedangkan di Australia pun tidak ada mahkamah kanggaru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...