GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, April 06, 2017

Non muslim yg adil lebih baik drpd muslim yg zalim.

 
 Ketua Umum PBNU, Said Aqil Siradj mengimbau rakyat agar yakin untuk memilih calon kepala daerah yang jujur dan bersih di Pilkada serentak 2017. Menurutnya, tak masalah bila calon kepala daerah itu non-Muslim tapi jujur dan dipercaya rakyat.

 “Siapa saja yang mampu dan dipercaya rakyat, pemimpin yang adil meski itu non-Muslim tapi jujur, itu lebih baik daripada pemimpin Muslim tapi zalim. Di mana saja dan siapa saja,” kata Said Aqil di kantor PBNU, Jl Kramat Raya, Jakarta, Senin (19/9/2016).

 Dia mencontohkan kejadian pemimpin Libya, Muammar Khadafi. Meski Muslim, tapi Khadafi tak memikirkan kemashlatasan rakyatnya. Ia tak ingin di Pilkada nanti, masyarakat salah memilih calon kepala daerah.

 “Pemimpin yang zalim dan tak adil, masyarakat akan merasakan kezalimannya. Kayak Muammar Khadafi , dia Muslim itu. Tapi, apa? rakyatnya sengsara,” ujarnya.

  Berikut adalah tulisan Ust Zolkharnain Abidin Al-Abyadi mengupas perkara yang sama mengenai memilih pemimpin dari kalangan non-Muslim.

 1. Syirik adalah kezaliman dgn Allah. Bolehkah seorang yg zalim dgn Allah menjadi seorang yg adil sesama manusia, misalnya menjadi hakim yg adil? Mengapa tidak? Bukankah begitu ramai hakim di mahkamah sivil adalah non Muslim dan hukuman yg mereka jatuhkan diiktiraf adil? 

2. Nabi mengikat perjanjian damai dgn musyrikin Mekah dlm perjanjian Hudaibiah. Nabi memuji Suhail bin Amru yg mewakili musyrikin Mekah sebagai seorang yg mudah berkira bicara. Suhail syirik dgn Allah tapi Nabi puji dia. Jika tak boleh berurusan dgn musyrik kerana mereka zalim dgn Allah, kenapa Nabi ikat perjanjian Hudaibiah dan puji Suhail? 

3. Sahabat pernah mencela seseorang yg disebat kerana minum arak. Nabi kata, jangan cela dia kerana dia kasihkan Allah. Jika seseorang yg minum arak diakui oleh Nabi sebagai seorang yg kasihkan Allah, apa yg peliknya seorang yg syirik dgn Allah menjadi seorang yg adil sesama manusia? 

4. Islam benarkan org lelaki Islam berkahwin dgn wanita Nasrani yg syirik. Nabi pernah pinjam senjata utk perang Hunain dgn Safwan bin Umaiyah yg musyrik. Nabi pernah bergadai baju besi dgn Yahudi yg mendakwa Allah ada anak. Orang musyrik memang zalim dgn Allah, tapi Nabi bermuamalah dgn mereka bahkan boleh berkahwin jika mereka jujur. 

5. Aku cuma nak bagi tahu, syirik dgn Allah tidak menghalang seseorang utk adil sesama manusia. Larangan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman merujuk kpd kezaliman sesama manusia. Allah tidak memusnahkan sesuatu kaum sekiranya mereka saling melakukan islah sesama mereka sekali pun mereka syirik. 

6. Aku minta kpd lebai mangkuk supaya tidak menjadikan orang yg syirik dgn Allah sebagai musuh. Kufur mereka, itu urusan mereka dgn Allah. Jika mereka baik, adil, jujur, lurus, mereka perlu diterima dan dilayan dgn baik dan hak mereka mesti ditunaikan. Mereka tidak boleh dianiaya. 

7. Aku nak tegaskan sekali lagi, non muslim yg adil lebih baik drpd muslim yg zalim.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Pandang dan nukilan seorang yang mahu muslim addin untuk berdakwah dengan yang bukan islam inilah yang sepatutnya dilakukan oleh pak lebai sereban besar bukannya memaki hamun untuk menegakkan benang basah.

Anonymous said...

Samaje bunyinye mcm rakyat kapior amerika.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...