BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Friday, April 14, 2017

Pas Buntu dan Terdesak Akibat Pendedahan Rafizi Ramli


 PAS kelihatan buntu dan begitu terdesak untuk cuba mengelakan dirinya dari terjebak dengan isu bahawa Pas telah mendapat dana 'gelap' dari musuh politiknya, iaitu  Najib  melalui aliran dana 1MBD sebagaimana pendedahan terbaru yang dibuat oleh Rafizi Ramli dalam vdo diatas.

 Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Nasharudin bukan lagi pemimpin PAS, tiada peranan, “tiada hubungan langsung” dan tidak boleh mempengaruhi parti itu.

Menurut Takiyuddin, bekas timbalan presiden parti itu yang telah menerima aliran wang dari 1MBD, tiada kena mengena dengan Pas. Baca di sini.

  Rafizi melalui akuan bersumpahnya mendakwa bekas timbalan presiden parti Pas itu Datuk Nasharudin Mat Isa telah menerima sejumlah wang dari 1MBD.

 Maka persoalan kini, apakah benar sebagaimana dakwaan Takiyuddin bahawa Nasharudin “tiada hubungan langsung” dengan Pas?

 Mustahil bagi seorang seperti Nasharuddin, selaku bekas pimpinan parti peringkat tertinggi yang pernah menjawat timbalan presiden parti dilupakan dan dipinggirkan begiti sahaja?

 Tambahan pula Nasharuddin masih tetap seorang ahli Pas dan telah memberi perakuan akan terus istiqamah bersama Pas!

 Beliau menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota PAS untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak ‘dicairkan’ berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

 Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS berkata statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

“Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura Ulama tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal PAS kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain. Baca lagi di sini

  Apakah Pas mahu melupakan  dan  cuba menafikan peranan Nasharuddin dalam usaha penyatuan Melayu Islam Pas dan Umno yang kini semakin rancak dan menyerlah sejak ketiadaan TGNA?

 Nasharudin sendiri telah mengaku secara terbuka bahawa sejak lepas PRU 13 pada 2008, telah menjadi teraju utama dlm agenda perpaduan Melayu Islam melibatkan Pas dan Umno yang ikut katannya, “agenda yang mesti berterusan tanpa boleh diberhentikan”

  Pengakuan tersebut boleh didengar dengan jelas sebagaimana kenyataannya menerusi rakaman vdo berikut:


Dalam rakaman itu, Nasharudin ada mengungkapkan:

"Cuma yg saya tak boleh nak garap ada kenyataan yg mengatakan muka orang yang mahu menyatukan Umno-Pas, muka orang itu diludah. Ajaran agama agama itu?"

Nasharuddin jelas merujuk kepada kenyataan almarhum TGNA yang mengatakan akan meludah muka org yang mahukan Umno dan Pas bersatu (UG)

Ini membuktikan bahawa almarhum TGNA, sebenarnya tidak tahu menahu tentang adanya agenda tersebut; walaupun Nasharudin mendakwa bahawa komplot tersebut merupakan keputusan Majlis Syura Ulama, sedangkan pada waktu itu, almarhum merupakan Mursyidul Am!

Maka siapa punya angkara berkomplot untuk penyatuan Umno-Pas ini sebenarnya? 

 Malah tidak ada siapa yang dapat menyangkal, bahawa Nasharuddin yang walaupun dia seorang ahli Pas, tetapi dia mempunyai hubungan yang rapat dan agak istimewa dengan PM Najib..

 Apabila seorang seperti Nasharuddin mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan Pas dan dia juga ada hubungan yang agak istimewa dengan PM Najib, adakah anda berfikiran bahawa adalah satu perkara yang mustahil jika Nasharuddin menjadi seorang perantara (baca Barua) antara keduanya?

 Nasharudin dipecat sebagai Ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.

Bagaimanapun, tegas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Baca  di sini.

 Jelas bahawa Nasharudin Mat Isa masih tetap kekal sebagai ahli Pas biasa hinggalah sekarang dan sudah tentunya masih meneruskan komplot agenda UG sebagaimana katanya, “agenda yang mesti berterusan tanpa boleh diberhentikan”

   Maka dengan tugas istimewa tersebut, sudah tentulah dedak diperlukan untuk melaksanakan peranan tersebut. Nasharuddin tidak telan sorang ke dia dedak dari Umno tu kerana dia juga perlu menggunakannya untuk mempengaruhi pimpinan-pimpinan tinggi dalam Pas.

  Agaknya siapalah gerangannya pimpinan Pas yang ikut sama menelan dedak 1MBD hingga tersedak lalu tidak berani sebut dan menyentuh isu skandal 1MBD walaupun satu dunia telah memperkatakan tentangnya!

  Pemimpin Pas terima dan makan dedak inilah menyebabkan Pas begitu bercelaru dan meraban dalam usahanya mahu menafikannya!


Comments
1 Comments

1 comment :

Ahmad Kamal bin Ariffin said...

Che husin ooi, orang zaman sekarang ni semua dah cerdik. Kena guna helah lain kalau nak orang percaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...