BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Saturday, April 01, 2017

RUU 355: Kembalikan fungsi jawatankuasa teknikal pelaksanaan syariah

Oleh Jamzuri Ardani


  Kerajaan digesa mengaktifkan kembali peranan jawatankuasa teknikal perlaksanaan syariah di peringkat kebangsaan sebagai langkah berkesan dan berwibawa untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Ini ekoran pelbagai masalah dan kontroversi yang dihadapi bagi meminda Akta 355, kata Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani.

Menurutnya, usaha memperkasa mahkamah syariah memerlukan inisiatif baharu yang lebih berwibawa ekoran keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang 355 (RUU 355) yang menyukarkan lagi usaha mendapatkan kelulusan anggota Parlimen.

Beliau menmbah, inisiatif untuk terus mengemukakan usul RUU 355 di Dewan Rakyat tidak lagi mempunyai nilai legislatif apabila BN memutuskan ia kekal sebagai RUU persendirian.

Oleh itu, Jamzuri menyarankan Pas supaya menarik semula usul tersebut bagi memberi laluan terhadap inisiatif baharu yang lebih berwibawa bagi memperkasakan mahkamah syariah.

"Cara yang terbaik buat masa ini adalah untuk pihak kerajaan mengaktifkan semula peranan jawatankuasa teknikal bagi membincang, mencadang dan seterusnya berjumpa dengan semua parti-parti politik supaya pandangan yang komprehensif dan inklusif dapat diambil kira.

"Kemudian pihak Kabinet perlu mengemukan semula cadangan baru ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk mendapat perkenan.

"Setelah mendapat perkenan, barulah RUU 355 dibentang di Parlimen," saran beliau.

Jamzuri yakin semua parti politik akan menyokong pindaan baharu itu sekiranya proses yang betul dan telus dilaksanakan.

Menurut sumber, fungsi jawatankuasa teknikal perlaksanaan syariah peringkat kebangsaan tergantung ekoran tindakan Pas mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355.

Tindakan presiden Pas yang juga ahli parlimen Marang itu, menurut sumber tidak mematuhi 'road map' dan keputusan yang dibuat jawatankuasa teknikal perlaksanaan syariah peringkat kebangsaan yang dianggotai wakil pusat dan negeri.~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Undang-undang usulan PAS adalah undang-undang politik kalu mereka cerdik mereka akan berfikir panjang sebelum buat cadangan mana ada undang-undang sesebuah negara boleh dilulus tanpa memberi penerangan fakta undan-undang yang hendak dikuatkuasakan itulah kebodohan pemimpin PAS yang gilakan mileage politik.

Anonymous said...

Pemimpin PAS selepas era TGNA, mana ada lagi yang cerdik? Yang berkaliber semua telah mennyertai Amanah dan masih ada sedikit sahaja lagi harum manis dalam PAS itu pun dibonzaikan oleh walaunta!!

Anonymous said...

PAS bukan nya bodoh. TAPI bangang dan tolol. Baca ayat quran mantap tapi berpolitik macam hampeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...