GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, April 21, 2017

Wajarkah Malaysia Beri Perlindungan Kepada Penjenayah?

Dituduh terlibat dengan keganasan
dan pengubahan wang haram.
 Ramai yang keliru dan beremosi kerana ada kalangan yang menentang keberadaan pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Malaysia.

 Rata-rata masyarakat menyangka bantahan ini adalah kerana kegiatan dakwah Zakir yang sering bercakap tentang perbandingan agama lalu beliau dituduh menghina agama lain.

 Tidak dinafikan ada yang membantah kehadiran Zakir, warga asing kerana telah diberikan status penduduk tetap (PR) dengan mudah sejak 5 tahun lalu.

  Setiap bantahan tersebut memang ada kewajarannya.  Pemberian PR kepada Zakir begitu mudah dan hanya diketahui umum pada selasa lalu; sedangkan ada ramai warga terutamanya dari komuniti India yang kelahiran disini tetapi masih menunggu bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkannya.

Namun bantahan yang paling wajar ialah kerana kerajaan Malaysia dilihat cuba memberi perlindungan kepada Zakir.

 Zakir telah melarikan diri kerana mengelak untuk dibicarakan oleh mahkamah di India yang mahu menyoalnya berkaitan kes keganasan dan atas tuduhan pengubahan wang haram.

Menurut laporan, Zakir  tidak menyahut tiga notis yang dihantar kepadanya untuk hadir untuk disoal siasat. Tiga saman atas kes-kes yang difailkan di bawah Akta Aktiviti Haram (Pencegahan) terhadapnya tahun lepas.

Ekoran itu minggu lalu Mahkamah Khas Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, telah mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadap Zakir dalam kes pengubahan wang haram yang difailkan oleh Direktorat Penguatkuasaan, selepas dia gagal hadir di hadapannya.

 Dan hari pula dilaporkan, sebuah mahkamah di India telah mengeluarkan waran tangkap kedua  tidak boleh diikat jamin terhadap pendakwah kontroversi Zakir Naik.

Zakir telah tinggal di Malaysia untuk mengelakkan penangkapan.NIA berkata ia akan mendapatkan bantuan daripada Interpol untuk mengambil Naik kembali ke India dari luar negara.

Zakir telah mendakwa bahawa dia tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di India dan mendakwa beliau akan diseksa jika beliau kembali ke India.

Persoalannya kini adakah wajar Malaysia memberi perlindungan kepada seorang yang menghadapi tuduhan jenayah berkaitan kes keganasan dan atas tuduhan pengubahan wang haram ?

 Jangan samakan kes Zakir seperti mana kerajaan Perancis pernah memberikan suaka politik kepada Khomeini.

 Zakir perlu berani sebagaimana yang pernah ditunjukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar  tahu dan yakin tidak akan mendapat keadilan di Mahkamah Malaysia, namun Anwar tidak melarikan diri keluar negara walaupun telah ada negara yang sanggup menerima dan memberikan suaka politik kepadanya.

 Malaysia tidak boleh memberikan alasan bahawa Zakir tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di India. Itu adalah urusan India dan warganya. Malaysia perlu menghormati dan tidak mencampuri urusan tata cara dan hak perundangan negara lain.

 Sembilan belas orang, termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan peguam Siti Kasim, baru-baru ini memfailkan saman terhadap kerajaan kerana didakwa melindungi Naik.
Comments
14 Comments

14 comments :

Anonymous said...

Yg lain aku sokong alhussyein..tp bab ni aku kurang setuju. Selagi bole membela suadara seagama... buatlah yv termampu.
Bagaimana dgn Penasihat LTTE P.Ramasamy YB DAP dari Penang..mengapa tiada tindakan atau kecaman kpd beliau krn LTTE 'juga sejenis pengganas'...

Yeop Robin said...

Padukang duk tang mana pun huru hara.. kah kah kah

Alhusseyn Alhusseyn said...

Yg lain aku sokong alhussyein..tp bab ni aku kurang setuju. Selagi bole membela suadara seagama... buatlah yv termampu.
Bagaimana dgn Penasihat LTTE P.Ramasamy YB DAP dari Penang..mengapa tiada tindakan atau kecaman kpd beliau krn LTTE 'juga sejenis pengganas'...


Benar, adalah kewajipan kita membela saudara seagama pada kadar kemampuan kita. Tapi kita juga perlu berlaku adil. Zakir Naik menghadapi tuduhan jenayah dinegerinya. Dia lari ke Malaysia utk mengelak perbicaraan. Itu yg saya tanyakan adakah kita patut lindungi seorang yg berhadapan dgn tuduhan jenayah? Apakah Islam membenarkan begitu?

Kedua, hal berkenaan P. Ramasamy itu, negara kita ada undang-undang dan boleh bertindak keatasnya. Kita biarkan pelaksana undang-undak negara bertindak keatasnya dan menghukumnya jika didapati bersalah.

Yang pentingnya, P.Ramasamy tidak lari balik India macam Zakir lari ke Malaysia!

Anonymous said...

Maaf..demokrasi adakalanya perlukan ketegasan pilihan..cina xbising tp hindu lebihx2 sebab apa?cina 40% xbising india 7% pilak lebihx2 knapa?sebab mereka rasa malu agama hindu ditelanjangkan oleh dr zakir..kebenaran sudah terselah tp mereka tak mnerima..mereka tshu umst islam mslaysia sayang dan hormat dr zakir tp puak mcsmvramasamy dan hindraf langsung xjaga hati umat islam t
erus mnyerang dr zakir.ajak berdebat xnak..takut..Dr zakir klu balik india conform blh mcmx2 cara kna bunuh.kerajaan india xkan bunuh tp extremis hindu disana dengan mudah boleh ancam kslmatan Dr Zakir..permata islam yg perlu kita pertahan..no kompromi..ada perkara kita lembut ada perkara kita perlu tegas !

Anonymous said...

Zaman dulu pun ramai ulama yg lari drpd pemerintah yg zalim dan ramai yg tetap berjuang. Dizaman ini, adakah keadilan dapat ditegakkan jika ZN balik ke india? ZN org india, dia tahu tentang negaranya. Biarkaan dia dan tuduhan keatasnya. Jangan kita buat komen atas nama keadilan dan keberanian, sedangkan diri sendiri pun x mampu nk berlaku adil, malah x berani pun nk berjuang sepertimana ZN.

Anonymous said...

Ramasamy bukan dr India, tapi Sri Langka. Kalau ada pertuduhan drpd sri langka atas ramasamy... aku jamin dia x akan pergi sri langka utk dibicara.

Anonymous said...

Nampaknya tuan al husseyn pun U-turn jugak... post sebelum ni syor PH jgn melatah pasal isu Zakir Naik, tetiba admin sendiri yg melatah....

Anonymous said...

Kalau org islam sendiri tak pertahankan tokoh dakwah islam di peringkat dunia. Maka akan hilang la pendakwah islam yang berani dan berjaya memikat hati org memeluk islam. Nak harap ulamak malaysia tak tahu la sampai ke UK ke tak.

Anonymous said...

Aku tak setuju penulisan Husseyn ni. Harap ini bukan pemikiran penyokong Pakatan Harapan. Maaf, penulisan kali sangat dayus. Zakir Naik lebih tahu kejahatan pelampau Hindu. Tuduhan jenayah itu dibuat oleh pelampau Hindu. AlHussyen jangan berlagak pandir dalam soal adil. Melindungi Zakir Naik yg mempunyai PR sah adalah kewajipan kita membantu beliau yang mencari perlindungan. Ketika pembesar Quraisy ingin menghukum Rasulullah, baginda berlindung di Madinah. Adakah Husseyn juga ingin bertanya sama ada patut penduduk Madinah melindungi Rasulullah yg diburu oleh negaranya? Maaf. Jadilah blogger yang bijak bukan bahlol.

P.Ramasamy tu warga negara India ke sehingga Husseyn puji dia sbb tidak lari balik India?

Penyokong Pakatan Harapan, Kuala Lumpur.

KSPATIAL said...

Tudahan hanya alasan aje. Jangan termakan dengan hasutan dan dakyah org lain. Yang tersurat hari ini fakta depan mata adalah zn ni dlm golongan org org beriman. So sebagai org beriman kita wajib melindungi dia. Tiada alasan lain perlu diberikan. Yg memulakan isu ni adalah hindraf, so kalau boleh jangan kita gangu sarang tebuan, kan dah kena sengat. So dr maza tu baru sarang tebuan kecil, ada beribu ribu lagi sarang tebuan.

Anonymous said...

Bodoh punya alhussien..pembela kafir laknat

Abang Ily said...

P Ramasamy ni seorang Professor. Pelik bila dia yg pertama tak boleh menerima forum terbuka berkaitan agama. Tiada paksan atas benar atau salah. Hanya fakta dan hujah dari semua kitab semawi. Dalam politik kita sibuk dengan debat dan keterbukaan pemikiran. Tapi tidak dalam agama. Sebagai Islam banyak yg dipelajari dari debat ZN.


Kita tau dengan Piece TV. Jutaan seluruh dunia boleh access. Ramai yg dapat manafaat. Adakah ini disenangi. Bahkan Britain yg dikenali sebagai pemuka dalam intelek dan cendikiawan juga tutup pintu. Faham lah kita masalah ZN di negara beliau. Tapi kenapa Malaysia yg dipilih sedang Qatar dll juga sangat takzim kepada beliau?

Ramai lagi ulamak hebat sepwrti Sheikh Yusof Estee dll. Tapi nampaknya ZN yg jadi sasaran.

Terpulanglah pada TT nak lihat isu ini sebagai picisan politik yg tiada henti hatta kita ke kubur. Atau isu yg di tadbir belakang wajah Allah dan Rasul.

Anonymous said...

Pade pengamatan aku la kan, Orang bodo je dok tunggu bile musuh da stanby dgn pisau nk cabut nyawa ko. ZN dalam situasi'ko tetap guilty walaupon ko innocent'.

ZN ni islamic leader yg besar dkt india. Audiences die besar dan secara otomatik die carry image islam tu sendri. Tuduhan keatas die ni bkn ringan bro, meggubahan wang haram n terrorism. Ape yg jdi ni lebih kepada character assassination sbg islamic leader supaya org islam tu sendri hilang respect pada ZN lebih2 lg mrk yg xknl or baru knl ZN ni. Pengaruh dia besar dkt india n byk hindu spiritual leader n politician da lama aim dia ni. Bila nk lumpuhkn sesuatu 'movement' tuu, cara terbaik is kasi cantas 'kapla' dulu le.

Lagi satu,
Nk harap india punye law.?
Dorang punya curruption perception index (cpi) ranking pon lgi teruk dri mesia.
Mesia (55) pon aku rase da terok sgt2 da, ni kan pulak india(79).

Bukan ape,
Aku pelik bile ko kte islam membenarkan melindungi penjenayah seolah2 islam tu koman sgt, nmpk islam terok dan sgt x adil.

Anonymous said...

Adakah ZN menjadi ancaman kpd agama hindu dan kristian? ZN mengajak kpd kebenaran melalui ceramah perbandingan antara agama. Adakah disebabkan faktor ini kerajaan india menuduh dan ingin membicarakan ZN? Jika diserahkan kpd kerajaan india, apakah nasib ZN? Sanggupkah kita sesama saudara muslim membiarkan muslim lain menjadi korban kpd kerajaan non muslim yg sudah tentu tidak akan berlaku adil? Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...