BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

AMANAH NEGARA

AMANAH NEGARA
PENTAS KOMUNIKASI DAN KESENIAN

Monday, May 15, 2017

Tak betul dakwaan negara perlukan GST, kata Rafizi

"Kutipan cukai pendapatan sebenarnya lebih dari secukupnya."
SUBANG JAYA: Naib Presiden Rafizi Ramli menghentam pakar ekonomi yang menyokong hujah negara perlukan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerana statistik kementerian kewangan mengatakan tidak.

 Januari lepas, Malay Mail Online memetik Firdaus Rosli, felo ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia berkata “tidak munasabah” melayan idea memansuhkan GST apabila defisit belanjawan melebar lagi.

“Saya ingin tahu dari mana ahli ekonomi ini mendapat data mereka sebab saya dapat data dari perbendaharaan,” kata Rafizi.

 Bercakap di majlis pelancaran bukunya “Panduan Bina Semula Negara (Jilid 1)”, Rafizi berkata statistik dari kementerian kewangan menunjukkan cukai pendapatan negara terbukti setanding negara lain, menyangkal “amat memerlukan” GST.

 “Statistik menunjukkan kutipan cukai pendapatan sejak 2 tahun lalu meningkat. Tahun depan, ia dijangka naik. Begitu juga di negara lain.

 “Jadi dari mana hujah mengatakan asas pendapatan kita terlalu kecil hinggakan kita perlu GST? “Ia adalah satu pembohongan.”

 Rafizi berkata seorang profesional tidak sepatutnya memberikan gambaran salah kepada rakyat.

 “Saya faham kalau ia dari (Datuk) Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) dan (Datuk Seri) Najib Razak (perdana menteri dan menteri kewangan) kerana mereka tidak faham pun, tetapi bagaimana pula dengan para ahli ekonomi?”

 Bulan lepas, theSundaily melaporkan Najib sebagai berkata janji pembangkang memansuhkan GST berdasarkan kepada keperluan politik bukannya realiti.

 Najib menambah sumber hasil yang kuat penting untuk kerajaan, menuduh pembangkang tidak memberitahu perkara sebenar mengenai keperluan GST.

Lembaga Hasil Dalam Negeri mengutip RM114 bilion cukai pada 2016.

 Ia mengatakan secara idealnya, kutipan cukai sepatutnya 14% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). KDNK negara semasa adalah RM1.2 trilion.

Oleh itu, IRB menyasarkan kutipan RM127 bilion cukai pada 2017, iaitu 10% daripada keseluruhan KDNK. Manakala bagi GST pula, Malaysia berharap dapat mengutip RM42 bilion tahun ini berbanding RM41 bilion tahun lepas.~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

paksu razak said...

ramai pensyarah dan profesor hanya pandai menjilat saja. bukan ambil tahu pasal fakta dan data lain. tarikh phd mereka nanti sebab cakap mcm jkkk sahaja
tak layak jadi felo. jadi folo pm saja

paksu razak said...

ramai pensyarah dan profesor hanya pandai menjilat saja. bukan ambil tahu pasal fakta dan data lain. tarik phd mereka nanti sebab cakap mcm jkkk sahaja
tak layak jadi felo. jadi folo pm saja

awekaste said...

Duit hasil gst ni adalah pendapatan harian sesebuah kerajaan manakala income tax dan cukai koprat adalah cukai yg dikenakan dan dikutip pada setiap setahun sekali.

Jadi ya dapat kutip cukai pada harian
Besar peranannya pada mana2 kerajaan sekalipun samada kerajaan pembangkang atau bn.

Itu ya rakyat kena faham. Cuma manfaatkan hasil cukai tersebut utk kesejahteraan rakyat dan negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...