JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, May 15, 2017

Bekas hakim sekolahkan Timbalan Presiden Pas dan SUA Pas


 Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sekolahkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS DAtuk Takiyuddin Hassan. 

Menurut bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mempunyai hak eksklusif untuk merombak majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN).

 “Dengan berbuat demikian beliau boleh menggugurkan exco sedia ada dan melantik anggota baharu,” katanya.

 Sri Ram berkata ketua eksekutif, di peringkat persekutuan atau negeri, boleh mencadangkan kepada ketua kerajaan untuk melantik sesiapa sahaja pilihannya.

 Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini mengatakan exco partinya akan kekal dalam pentadbiran Azmin selagi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mengarahkan mereka meletak jawatan.

 Takiyuddin, yang juga seorang peguam, berkata mereka akan mengabaikan sebarang arahan letak jawatan daripada menteri besar kerana exco mereka dilantik atas perkenan sultan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan pandangan sama seperti Takiyuddin.

  “Exco dilantik menteri besar Selangor kerana beliau berhak menentukan siapa yang akan bekerja dengannya,” kata Sri Ram.

  Dilaporkan Sabtu lepas Azmin meminta 3 exco PAS – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – meletakkan jawatan.

 Menurut laporan The Star Online, menteri besar membuat permintaan itu dalam mesyuarat bersama mereka dan Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi Jumaat lepas.

 Difahamkan dalam mesyuarat itu, Azmin memberi jaminan kepada exco PAS terbabit bahawa parti mereka boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selaras mandat yang dimenangi pada pilihan raya umum 2013.

Azmin berkata wakil PAS akan kekal sebagai ahli majlis dan jawatankuasa kampung dan akan terus menikmati peruntukan pembangunan kerajaan negeri.

 Majlis Syura Ulama PAS meluluskan usul muktamar PAS untuk menamatkan “tahaluf siyasi” dengan PKR Khamis lepas. ~ sumber
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Kan ramai yang mengatakan bahawa politikus-politikus cap bulan ni jenis tak reti bahasa... bila dah putus tali tahaluf pun mereka masih lagi nak bergayut pada dahan pulak!

Buruk dan bebal betol laa kelaku mereka ni.... dari mr presideng, ke timbalan mr presideng, hingga ke setiausaha agung, mereka tu takde moral.

Cuba kita bayangkan apa akan jadi bila yang tak bermoral dan tak tau malu memerintah negeri....hancus!!!!

Anonymous said...

Kisah Monyet dgn Angin:-

Ada seekor monyet yang sedang duduk bersantai di atas sepohon pokok, tiba-tiba datang angin yg sangat kencang, monyet terus berpegang kuat di pohon pokok dan semakin kencang angin bertiup semakin kuat di peluknya pohon tersebut.

Cerita ini tiada kena mengena dgn manusia yg hidup atau yg mati.

Anonymous said...

Lebai bangsat munafik

Boley Jalan said...

Waktu angin kencang, kalau ada yg bagi cincin tentu monyet tu lepas ketanah......monyet tetap monyet walaupun lilit kepala berlapis2.

Anonymous said...

Spt yg dok perintah skrg!! Mmg hancus...

Anonymous said...

Bukan monyet la. Tapi berok. Apa la ko ni

Ungku Mohd Noor Mahmood said...

Itulah akibatnya bila emosi menguasai pertimbangan akal. Tindakan gopoh semua tak menentu. Kesian !.

Ungku Mohd Noor Mahmood said...

Itulah akibatnya bila emosi menguasai pertimbangan akal. Tindakan gopoh semua tak menentu. Kesian !.

ZZ said...

Lawyer parti fatwa pon tak tahu undang undang,cakap je besar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...