BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

AMANAH NEGARA

AMANAH NEGARA
PENTAS KOMUNIKASI DAN KESENIAN

Wednesday, May 03, 2017

Belum ada tindakan undang-undang dari Nasharudin, kata Rafizi


 Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau belum menerima sebarang surat tuntutan atau tindakan undang-undang dari Datuk Nasharudin Mat Isa kerana mendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana dari SRC International Sdn Bhd.

 Katanya, sudah kira-kira dua minggu sejak beliau mendedahkan dakwaan jejak aliran dana dari akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari SRC International yang didakwanya akhirnya kepada Nasharudin.

 "Walaupun saya tidak menerima sebarang surat tuntutan atau tindakan undang-undang, apa yang paling penting adalah untuk Nasharudin mengosongkan jawatan lantikannya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Rafizi kepada Malaysiakini semalam.

 Nasharudin, yang kini ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) dilantik menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM pada Ogos tahun lepas.

 Rafizi berkata SPRM perlu memulakan langkah untuk mengeluarkan Nasharudin daripada panel penasihat itu jika beliau enggan mengosongkan jawatan tersebut.

 Dalam responnya kepada dakwaan Rafizi terhadapnya, Nasharudin menafikan menerima dana dari SRC International, yang pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

 Nasharudin juga dilaporkan berkata beliau juga menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk langkah seterusnya, termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan tindakan lain yang wajar dan sesuai. 

 Rafizi sebelum ini telah membuat suatu akuan berkanun (SD) menamakan Nasharudin sebagai orang yang didakwanya menerima dana dari SRC International melalui seorang peguam. ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Binatang dari PAS yang bertopengkan manusia
Celaka la lu ex MP Bachok..

Anonymous said...

Nasha ni olamak ker? Ku tengok mcm muka down sindrom jer. Hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...