BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

AMANAH NEGARA

AMANAH NEGARA
PENTAS KOMUNIKASI DAN KESENIAN

Thursday, May 11, 2017

Bukti Pakatan Harapan Lebih Layak Ambil Alih Kelantan


  Dana PBT Kering!  Sukar beri khidmat terbaik culas bayar cukai sehingga tertungak RM51.12 juta!- Begitulah tajuk laporan akhbar Metro merujuk kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Islam yang gagal mentadbir urus dalam memikut amanah kepada rakyat Kelantan.

 Laporan tersebut nampaknya seolah-olah hanya mahu menyalahkan rakyat kerana culas bayar cukai taksiran. Apakah PBT telah melaksanakan tanggung jawap mereka dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Kota Bharu?

 Ramai yang merungut kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan PBT. Dan apabila rakyat Kelantan menyatakan rasa tidak puas hati mereka melalui media sosial mengenai pengurusan sampah yang tidak dikutip, PBT bukan mengambil tindakan yang positif, sebaliknya mengherdik mereka dengan kata-kata yang angkuh.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar dengan sombong telah membidas dan mengancam mereka dengan kata-kata berikut :
"Seluas-luas Kota Bharu ni dio napok sapoh. Tidok ko gong eh? Sebesar-besar Kota Bharu sapoh hok dio napok" 
"Hok jenis lagu nilah, ada akai tak pakai, mata tak sih tengok barang molek, telinga tak ngerti dengo barang baguih...maka tuhan kata, masuk neraka! - Nik Amar
Ucapan merapu Dato Mohd Amar

  Khabarnya, bukan sahaja masalah sampah yang dihadapi masyarakat, malah banyak lampu isyarat tidak berfungsi, longkang tersumbat, taman permainan tidak diselenggara tetapi yang paling menjengkelkan rakyat ialah pada setiap tahun hampir semua ahli Majlis Daerah dan juga ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) akan dibawa ke luar negeri. Kalaupun tidak ke luar negera tetapi setidak-tidaknya ke Sabah dan Sarawak. (Baca di sini)

 Ini membuktikan rungutan rakyat Kelantan telah sekian lama mengenai tadbir urus kerajaan tempatan dibawah Pas yang begitu lemah.

 Kini rakyat Kelantan telah semakin hilang kepercayaan mereka kepada Pas hingga bertindak enggan melangsaikan cukai taksiran mengikut masa.

Ini merupakan pertanda yang jelas, rakyat Kelantan akan menyingkirkan Pas dari tampok pemerintahan di Kelantan menjelang PRU 14 yang akan datang!

Jauh sangat ketinggalannya jika mahu dibandingkan dengan kejayaan cemerlang kerajaan Pulau Pinang dibawah Pakatan Harapan.


 Betapa di Pulau Pinang, pemilik rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung mendapat pengecualian cukai pintu.

 Malah Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang membantu rakyatnya dengan penyerapan enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 Pengecualian cukai yang bakal ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan melibatkan penyerapan kos hampir RM55.19 juta itu adalah bukti bahawa kerajaan negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

 Rakyat sengsara akibat skandal RM52 bilion 1MDB dan nilai matawang jatuh menyebabkan Kerajaan Persekutuan tidak ada wang dan terpaksa memungut cukai GST, cukai enam peratus daripada rakyat tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung mereka. - sumber

 Cuba bandingkan jumlah cukai tertungak PBT Kelantan RM51.12 juta dengan jumlah pengecualian cukai pintu dan penyerapan kos GST yang hampir RM55.19 juta yang ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Itu belum lagi kalau nak dibandingkan kemampuan Pulau Pinang yang menghulurkan bantuan untuk sekolah, pendidikan Islam... Bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Harapan, Melayu dan Islam tetap terpelihara!

 Dan berapa juta bantuan Pas Kelantan kepada PASTI sejak perintah Kelantan?


 Bahawa jelas menunjukan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang mampu mentadbir urus jauh lebih efisen dan baik dari Pas Kelantan yang mentadbir Majlis perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam! 

 Rakyat Kelantan patut beri peluang kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk mentadbir urus kerajaan Kelantan dan singkirkan Pas untuk selama-lamanya.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Dia yg tak pandai urus, rakyat nak dihukum masuk neraka. Islam jenis apa ini? Kepala berserabut dgn sampah. Aku yakin KB dan bandar2 akan jatuh kpd PH, tp di kawasan pedalaman PH kena kerja kuat lg

UP said...

Setuju. Rakyat Kelantan yang tinggal di Kelantan mahupun di luar Kelantan (Pengundi luar) perlu memberi mandat kepada PENGURUSAN/PENTADBIRAN BARU KEPADA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN- AMANAH.

Masa untuk melakukan perubahan ke arah suasana yang lebih baik dan lebih sempurna

pok amid littor said...

Dulu masa belum berpecah...rakyat teramai memang sanjung dan beri harapan penuh kpd PR.
Mungkin ostad2 ni syok sendiri dan perasan hebat kerana bendera bulan berkibar gemilang. Padahal bersama parti itu ialah golongan progresif yg tak bertitle ostad...dan golongan inilah yg menggemilangkan Pas lebih drp puok ostad2
Bila ostad2 je yg memerintah dan ada juga ostad jenis "ccopong" besar dan mulut luas, kebajikan rakyat bukan lagi prioriti dlm parti.
Rakyat dapat melihat sekarang, golongan mana yg hebat memaki hamun daripada berkhidmat utk rakyat: Adakah ostad2 yang bermulut kohong berbanding puok progresif?

HASAN AL BANNA said...

PH berangan di siang hari nak rampas kelantan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...