Monday, May 29, 2017

Pas hanya pentingkan dedak!


  Kumpulan samseng yang di ketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin menunjukan sikap bodoh mereka dengan memegang sepanduk mengutuk Adun tunggal PAS di Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, yang juga Presiden Majlis Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. 

 Kumpulan samseng itu menuntut Salleh mengubah kedudukan tempat duduk dalam Dewan Undangan Negeri ke bangku pembangkang sejak PAS telah memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan. Salleh kini duduk antara DAP dan PKR.

 Mereka ini seolah-olah seperti katak di bawah tempurung. Apakah mereka ini tidak sedar bahawa kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS masih terus bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan Selangor?

Bahkan 5,000 lebih orang Pas menjawat pelbagai jawatan yang terdiri dari Ketua Kampung, AJK surau dan masjid, sebagai Ahli dalam Majlis Perbandaran dan Majlis Derah dan GLC milik kerajaan negeri.

 Walaupun Pas telah memutuskan tahaluf siayasi dengan PKR, Pas Selangor telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Azmin Ali.

Ini semua kerana mereka sayangkan jawatan dan gaji yang lumayan!Mereka bukan benar-benar menyokong kerajaan Negeri Selangor. Apa yang penting bagi mereka ialah dedak!

Pas memang tidak ada pendirian. Tidak ada kewibawaan. Bagi mereka yang penting hanyalah dedak!
Comments
1 Comments

1 comment :

Boley Jalan said...

Pas berbuka puasa dgn dedak.......kah kah kah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...