JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, May 17, 2017

Pas rela kalah di Kelantan daripada berpakat dgn Amanah

 Sedutan sebahagian drp ucapan Mohd Amar, Naib Presiden Pas 
@ TMB Kelantan di Putik pd 13/5/2016

 Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar menafikan Pas mahu bergabung dengan Umno.

Sebaliknya, beliau menuduh parti Amanah tidak ada modal, melainkan memfitnah bahawa kononnya Pas nak bergabung dengan Umno.

"Itulah fitnah yang dijaja. Modal lain tadok... Pas ni nak gabung dengan Umno.." katanya.
Adakah ini fitnah?
Yang paling menyedihkan ialah, Mohd Amar menyatakan Pas rela kalah di Kelantan daripada berpakat dengan Amanah kerana Amanah adalah parti pengkhianat, tuduhnya.

" Tak ada kira-kira dengan Pan (Amanah) ni....kita (pas) rela kalah dalam pilihanraya di Kelantan ni dan kita tidak akan pakat dengan Pan (Amanah ) di Kelantan ni . .... itu pendirian kita," tegas Mohd Amar dengan nada angkuh!

Tapi yang paling lawaknya bila Mohd Amar meletakan kekalahan Pas itu disebabkan parti Amanah turut bertanding menjadikan pertandingan 3 penjuru.

" Demo kena jawab nih depan Allah SW, orang yang menyebabkan Pas hilang kerajaan Kelantan ...." katanya.

Mohd Amar membuat kesimpulan mudah bahawa bila Amanah masuk bertanding 3 penjuru, Amanah sebenarnya tolong Umno! Amanah beri peluang kepada Umno...

Walhal pada hakikatnya, Pas kini semakin mesra dengan Umno. Pas sudah tidak lagi menyerang Umno sebagaimana kebiasaan yang pernah dilakukannya dimasa-masa lalu tetapi sebaliknya menyerang DAP dan Amanah!

Sebab itu walaupun Umno berserabut dengan pelbagai isu dan salah laku, Pas tidak menyerang Umno. Pas hanya melepaskan batuk-batuk kecil, berdehem-dehem di anak tangga dalam isu-isu panas seperti 1MBD, GST ...

Umno telah berjaya menjinakan Pas, musuh tradisinya hanya dengan mengumpannya dengan isu RUU355. 

Pas kini umpama seekor harimau  sarkis yang telah berjaya di jinakan dan dilatih oleh Umno supaya menari ikut rentak gendang yang dipalu oleh Umno. Walaupun sekali sekala Pas mengaum, ia tidak menakutkan sesiapa pun sebab taring dan kukunya telah tumpul akibat disalut dengan dedak Umno!


 Umno telah berjaya menyakinkan PAS bahawa DAP itu adalah musuh. Bahawa Amanah itu adalah khadam DAP. Pas akur apa saja yang Umno katakan. Apa yang Umno tuturkan, maka itulah juga yang akan dituturi oleh Pas.

 Maka kini PAS dan Umno masing-masing menganggap DAP dan Amanah adalah musuh utama mereka....

 Dulu Umno kata, Pas khadam DAP. Sekarang bila Pas dah berbaik dengan Umno, Pas pula kata, Amanah khadam DAP!

Pendirian pemimpin PAS hari ini telah jauh berbeza  setelah kematian TGNA.
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

elok... mari kita sama-sama pastikan PAS akan kalah di Kelantan

Anonymous said...

Yg pas nak bertanding sampai 100 kerusi, itu bukan nak wujudkan 3 penjuru supaya lebih senang umno nak menang. Siapa yg nak tolong umno? Tipu org kampung boleh la....

ganga said...

Boleh dgr..tp leh cayo...naib yg suko merapu.. Dulu kecek..kaloh pun takpe...la ni...suruh amanah jawab pulok depan Allah.. Bilo kaloh..😇😇😇😇..mungkin itu Dulu.. la ni.. bilo dah rasa ado kuase😉😉😏😏😏..ayat Sudah tukar..

Anonymous said...

Semoga Allah selamatkan Pas dari puak syaitan yg nak bersekutu dgn umno.

Anonymous said...

yaa... mari kita pastikan PAS kalah di semua tempat..

Anonymous said...

Pas xblh diselamatkan lagi sbb pemimpin atas sekali pun dah bersama umno..masuk Amanah teruskan perjuangan asal parti pas dahulu...

Nobody said...

Pas tu lah yang syaitan tu. Kalau bersekongkol dengan perompak duit rakyat buat filem lucah the wolf of the wall street itu malaikat ke?

Itu syaitan dalam bentuk manusia tapi pakai serban!!!

Anonymous said...

Cara politik bodoh Abduh yg dangkal.
Kalau besama amanah yg jd mb masih pas.'
kalau tidak Tok Pa jd mb...lagi bagus,

pas ni mulut ja isle isle isle tapi kelaku mulut
kuat mencarut cth membarua, menjahanam dll

nak ikut ukama pastikan bukan ulama pas......

Anonymous said...

Ostad cap bulan dah hilang keliru dan hala tuju.... konon perjuangan mereka amar maruf nahi mungkar!!! Sudaaa laa,

Kamu ingat bukan ahli2 parti bulan tu bodoh bebal macam walaun2 kamu ke?
Sorry la ostad!!

Anonymous said...

Humbankan lebai hadi dan konco2 nya daripada parti, mencanak naik rating parti tu nanti!!
Nik Doraemon? Dia bawak beban je kpd parti cap bulan ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...