GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, May 25, 2017

PERLEMBAGAAN NEGARA JAMIN KEDUDUKAN ISLAM DAN MELAYU


 Semalam aku sempat berbicara dengan Dr Aziz Bari, pakar undang-undang dan perlembagaan mantan Professor Kuliyah Undang-Undang UIAM.

 Antara perkara yang disebut ialah, jaminan kedudukan Islam dan Melayu di dalam sistem pentadbiran negara sebenarnya sudah jelas termaktub di dalam Perlembagaan negara. Malah Institusi Raja-Raja Melayu mempunyai kata putus yang jelas di dalam perkara agama sesuai dengan kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama.

 Tidak ada parti politik yang berupaya menggugat kedudukan yang sedia termaktub diu dalam perlembagaan ini. Beliau menolak keras sebarang andaian bahawa sekiranya PH menang, maka kedudukan Islam dan Melayu akan terancam. Ianya sekadar mainan politik bagi menakutkan sebahagian rakyat yang kurang memahami sistem politik dan perlembagaan negara.

 Apa yang mungkin terancam sebenarnya ialah pemahaman Islam sempit yang cuba dipaksakan ke atas rakyat oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mempergunakan agama untuk mencapai cita-cita politik sempit mereka.

 Pihak yang paling berupaya mendokong perlembagaan negara adalah sebenarnya pihak yang paling layak diberi amanah mentadbir negara, sekaligus menjamin kedudukan Islam dan Melayu sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan.

 Dr Aziz Bari dengan berani menyebut bahawa kedudukan Islam dan Melayu adalah lebih selamat di bawah seorang pemimpin non-muslim yang benar-benar menghormati perlembagaan, bebanding pemimpin Melayu kleptokrat yang korup.

 Ayuh ... Negara ini kita bina semula.

 Jamzuri Ardani 24 Mei 2017. ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Walaupun begitu, PAS hanya menganggap mereka sahaja Islam, sedang orang lain tidak walaupun orang2 itu mempunyai akidah yang sama bertuhankan Allah SWT dan berNabikan Muhammad SAW.

UP the Moderates said...

Husseyn,
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1438H/2017M.

Semoga Ramadan membawa islah (perubahan) buat kita semua. Amin Ya Rabb.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...