PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, May 25, 2017

Siapa sebenarnya yang Pas mahu lawan?


  Subky Latif dalam tulisannya berkata, "Bukan sekadar strategi PAS bertanding di mana UMNO bertanding, bahkan menjadi dasar menandingi UMNO di mana-mana saja. Malah di tempat yang UMNO tidak berani bertanding pun PAS sedia bertanding.

 Katanya lagi, "PAS sudahpun menularkan sekurang-kurangnya akan meletak 80 calan Parlimen dalam PRU14 nanti. 80 itu minimum."

 Macam budak terencat akal, Subky bertanya, "Di mana 80 calon itu hendak PAS letak jika bukan di kawasan yang ditandingi UMNO? Adakah betul propagandanya 80 calon itu bertanding dengan DAP saja di bandar-bandar besar seperti Ipoh, Batu Gajah, KualaLumpur, Pulau Pinang dan lain-lain?" Baca dari sini

 Sebagaimana yang kita semua maklum, Umno tidak berani meletakan calonnya di kawasan-kawasan DAP. Maka bila Subky berkata, Pas akan bertanding di tempat yang UMNO tidak berani bertanding, adakah bermaksud Pas akan letakan calonnya di tempat-tempat yang dikuasai DAP?

Kita mengalu-alukan kalau Pas ingin sangat melakukan 'Harakiri' ditempat DAP. Adakah penyokong Pas akan redha derma yang mereka hulurkan jadi hangus begitu sahaja ?

Dan kalau Pas meletakan calon ditempat UMNO tidak bertanding, maka siapa sebenarnya yang Pas mahu lawan? Umno atau Pakatan Harapan?

Kemudian, biar saya tolong ingatkan Subky, sasaran Pas untuk bertanding yang pada mulanya 40 kerusi tiba-tiba meningkat daripada 80 kerusi dan yang terkini sebagaimana diumumkan oleh Nasruddin Tantawi kini ialah meningkat kepada 100 kerusi.

Calon perlu mempertaruhkan wang depositi sebanyak RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Wow! Banyaknya duit Pas! hahaha! RM90 juta ada, apa yang nak susah!

 Walaupun dari 40 kerusi hingga meningkat 100 kerusi, sasaran menang Pas tetap istiqamah 40 kerusi. Bermakna, 40 kerusi lagi, Pas memang tahu mereka akan kalah.

Kalau dah tahu akan kalah kenapa Pas mahu bertanding 100 kerusi?

 Itulah yang dinamakan politik matang Pas, tujuannya untuk memecahkan undi pembangkang untuk memberi kelebihan kepada Najib Razak, UMNO dan BN agar lebih mudah mencapai kemenangan.

PAS kini menjadi talian hayat bagi UMNO dengan menubuhkan blok ketiga yang dipanggil Gagasan Sejahtera yang menjadi penganggu kepada undi rakyat yang mahu menolak UMNO dan Barisan Nasional.

Lagi pula, kalau Pas menang 40 kerusi itu pun, Pasbukan boleh jadi kerajaan untuk kuasai Putrajaya. Pas yang kini yang semakin mesra Umno, tentunya akan menjadi balaci Umno/BN. Ini bermakna, memberi undi kepada Pas adalah sama memberi undi kepada Umno/BN untuk terus kekal berkuasa!

 Untuk rekod, pada PRU 13 Pas bertanding 73 kerusi dan hanya menang 21 kerusi saja. Jangan lupa kemenangan 21 kerusi itu pun kerana dibantu oleh Pakatan Rakyat....
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Subky la ni dah tak leh pakai.. Baik subky ni duduk rumah berehat, dah tua. Otak tak berapa boleh fikir lagi.
Kalau dulu idea nya hebat.. La ni tuhan dah tarik balik semua.. Banyak mengarut dan idea pun banyak flicking in the air.. Takda analisa., Then cakap cakap... beatin around the bush..
Baik budak subky ni pensiun jer dalam politik.. Tak kemana pon...K bye Ancient Mariner

Unknown said...

Ys 100prsn botol. Abe Sibky sangat ku kagum duluannyo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...