PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, May 21, 2017

Skim pembodohan oleh Kamarul


  Sampai saat ini, kita masih lagi diheret dengan persoalan sia-sia yang dicetuskan oleh Dr Kamarul Yusoff, seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bukan sahaja membuang masa kita dengan kegagalan pemahaman beliau, malah lagak bagai jurucakap parti korup yang mahu kekal korup.

 Malah Dr Kamarul Yusoff bukan saja gagal menilai harga dirinya sebagai pensyarah dengan aksi isu agama ini, beliau juga telah berjaya menarik sokongan PAS untuk turut serta dalam skim pembodohan ini.

 Tidak keterlaluan untuk saya membayangkan, andai Almarhum Tuan Guru Nik Aziz masih memimpin PAS, kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini pastinya telah dibakul sampahkan.

 Politik matang dan sejahtera PAS dan Umno hampir saja tidak boleh dibezakan; kedua-duanya mempertaruhkan isu bangsa dan agama untuk sekupang-dua harga kuasa.

 Pemimpin Pemuda PAS seperti terkial-kial memposisikan diri berdepan rakyat yang mula menampakkan kesediaan menolak politik perkauman dan politik menunggang agama demi menyelamatkan saki baki hayat terakhir Umno-BN.

 ‘Mangsa penampar kena minta maaf’.

 Kenyataan terbaru Dr Kamarul Yusoff hari ini cuba membandingkan laporan polis yang dibuat antara beliau dan Hannah Yeoh kononnya sebagai satu tindakan yang kabur.

 Apa yang tambah melucukan, beliau pula yang meminta Hannah menarik balik laporan polis dan memohon maaf kepadanya!

 Beliau seolah-olah memaksa orang yang kena tampar memohon maaf! Lucu bangat!

 Walhal, persoalan sia-sia ini asalnya pun datang daripada beliau sendiri yang gagal menghadam intipati perjalanan seorang ahli politik yang cuma berkongsi nilai-nilai universal yang baik dalam agamanya menerusi sebuah buku. Itu sahaja. 

 Malah, ia adalah ideologi Kebangsaan yang terpateri dalam Rukun Negara Malaysia sejak tahun 1970 lagi - Kepercayaan kepada Tuhan!

 Hanya komentar peribadi?

 Jika beliau menganggap komentar di FB beliau itu bersifat peribadi dan tidak sepatutnya diberi respon dengan laporan polis, lalu mengapakah beliau melanggar batas ruang peribadi Hannah dengan bertindak balas membuat laporan polis juga?

 Hannah cuma menulis buku berkongsi kisah hidupnya, tidak terkecuali menyebut keyakinan kepada agamanya yang telah membentuk peribadinya hari ini.

 Melihat kepada kenyataan pertama yang dibuat oleh Dr Kamarul di FB, bukankah ruang peribadi Hannah juga telah diceroboh?

 Buku Hannah telah dijual meluas dan bukannya secara diam-diam diseludup bagai mempunyai agenda jahat untuk mempengaruhi orang Islam.

 Malah, buku tersebut juga tidak pula diharamkan atau boleh menyebabkan sesiapa pun ditangkap disebabkan pengaruhnya.

 Apakah niat beliau?

 Sekiranya kita menyemak kesemua penulisan beliau sebelum ini, kita pastinya tidak akan terkejut mengapa polemik ini boleh diheret sampai ke peringkat ini.

 Apa yang dibangkitkan oleh Dr Kamarul semenjak hari pertama lagi boleh dilihat bertujuan membina prejudis dan prasangka sesama kita.

 Kalaupun beliau tidak diarahkan secara langsung oleh mana-mana pihak sekalipun, saya yakin dan percaya ia datang dari kelemahan beliau dalam mengurus perbezaan di antara mereka yang berlainan agama dan bangsa dengannya.

 Apa yang menjadi persoalan kita tentunya bagaimana beliau boleh menepis tanggapan awam mengenai kelayakan beliau sebagai pensyarah sebuah universiti awam dengan sikap dan prasangka sebegitu?

 Boleh kita bayangkan bagaimanakah bentuk graduan universiti yang akan dihasilkan daripada tangannya kelak? 

 Adakah beliau boleh diharap dapat mendidik dan melahirkan graduan yang boleh menerima dan mampu mengurus perbezaan jika beliau sendiri pun gagal membezakan di antara sebuah buku mengenai ahli politik yang taat kepada agamanya berbanding kertas-kertas pertuduhan yang membelenggu pemimpin besar negara?

 Malangnya buat masa depan Malaysia.

NOR MISWARY RAMLI 
Pengerusi DAP cawangan USJ, 
Subang Jaya. ~ SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Mungkin pensyarah ni salah seorang bakal professor kangkung?
Tak jauh dah jika dilihat pada tahap pemikiran dan tindakan beliau.

Anonymous said...

That's how screwed up in their thinking the lebais are. This good dr is just another one of them. Pls get the perspective of Islam straight next time before u open ur big mouth

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...