GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, May 19, 2017

Isu tampar: Afdlin Shauki salahkan Rosyam Nor


 PETALING JAYA: Pelawak, Afdlin Shauki hari ini menyalahkan Datuk Rosyam Nor atas kejadian tampar yang berlaku dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri yang dipengerusikannya semalam.

 Beliau turut mempersoalkan tindakan pengacara memburukkan keadaan dengan kenyataan “dia ni memang kurang ajar” yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.

 “Pada saya, yang paling bersalah adalah moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’.

 “Apa tujuan memburuk-burukkan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri,” tulisnya di Instagramnya hari ini.

Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung malam tadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.

 Insiden itu berpunca daripada Teo meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk tanya perdana menteri.

 Pada masa sama, Afdlin menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam yang kelakuannya disifatkan memalukan dan mengaibkan penggiat seni.

 “Sudahlah memang orang kurang respect pada orang dalam industri ini…kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan,” katanya.

Komen al-Husseyn :

  David mana ada hina Najib... dia cuma tegor Rosyam Nor cara mengendalikan majlis dengan memintanya supaya turut memberi peluang kepada mereka yang duduk agak jauh untuk bertanya... 

  Tiba-tiba pula ada kalangan yang cuba nak jadikan  trajedi lempang ini sebagai isu perkauman pula... Bodoh punya Melayu !
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Lagi BODOH DAN BANGANG pada Melayu Spsis UMNGok siap buat report polis kununnye Teoh melakukan Biadap kat PM HaramJadah tu.Polis pun ikut Telunjuk bukak kes.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...