PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, June 01, 2017

Adun Hutan Melintang S Kesavan bawa tikar dan bantal ke pejabat SPR Ipoh


  Ipoh 1 Jun : Adun Hutan Melintang S Kesavan hari ini bertindak nekad tidak mahu beredar dari Pejabat SPR selagi borang bantahan yang mahu diserahkannya tidak mahu diterima oleh SPR.

 Berbekalkan dengan sebiji bantal dan sehelai tikar, nampaknya beliau merancang untuk bermalam di pejabat SPR pada  malam ini.

Beliau bertindak demikian kerana berasa amat kecewa dan kesal apabila SPR tidak mahu menerima borang bantahan dengan bayaran hari ini.

Menurut Kesavan, seramai 2,700 pengundi luar sengaja dipindah masuk ke DUN Hutan Melintang dalam suku awal pertama 2017.

Kesavan bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan, YB Sivakumar, YB Sivanesan, YB Sivanesan dan beberapa anggota lain hadir ke pejabat SPR Ipoh hari ini untuk membuat bantahan berkenaan peningkatan drastik pengundi baharu di Hutan Melintang khususnya pada suku pertama tahun ini.

 YB Kesavan adalah ADUN penggal ke2 Hutan Melintang, iaitu satu DUN di bawah Parlimen Bagan Datuk - parlimen Zahid Hamidi.

 Selaku ADUN Hutan Melintang, Kesavan telah membuat 20 laporan polis sejak 13 Mei lalu. 

 Menurut Kesavan, hasil semakan mendapati ramai pemilih menggunakan alamat rumah Ketua-Ketua Cawangan MIC Bahagian Bagan Datuk dan sebahagian besar daripada mereka adalah pimpinan AJK Bahagian MIC Lumut dan anggota keluarga terdekat.

 Perpindahan pengundi-pengundi secara luar biasa telah berlaku khusunya dari negeri Sabah, Selangor, Kedah ke Parlimen Bagan Datuk, Perak dengan jumlah yang banyak.

 Pada 22 Mei lalu yang, Kesavan dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Harapan telah turut membuat aduan kepada SPR di Ipoh.

 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tempoh bantahan yang bermula 9 Mei 2017 sehingga 22 Mei 2017. 

 Menurut satu laporan, pada 22 Mei lalu 22 Mei 2017 Kesavan telah menghantar surat rayuan kepada Pengarah SPR memohon agar SPR melanjutkan tempoh bantahan yang telah tamat pada 22 Mei lalu ke 22 Jun 2017 bagi memboleh pihaknya membuat lebih banyak semakan.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...