Tuesday, June 20, 2017

Harap Amanah terus saman si Razman...


 Portal Malaysiakini melaporkan, Hj Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memohon maaf kerana mengaitkan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta pemimpin pertubuhan itu dengan Parti Komunis Malaya (PKM).
 "Dah mereka terasa hati, kita minta maaf sajalah. Daripada pergi (ke mahkamah) membuang masa, minta maaf sajalah.

 "Kalau dia (AMANAH) terasa hati dengan perkataan itu, sekurang-kurangnya dia tak sukalah perkataan itu, tetapi itulah hakikatnya.

 "Tak apalah dia minta (permohanan maaf), itu proses saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. ~ sumber
 Beginikah cara minta maaf si Razman?  Jelas dia masih dengan sikap ego dan tidak ada rasa apa-apa kekesalan dari tindakannya memfitnah Parti Amanah Negara (AMANAH) serta pemimpin pertubuhan itu dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Dia masih merasakan dirinya adalah betul dengan tuduhan liarnya itu dengan berkata : "... tetapi itulah hakikatnya."

Adalah jelas bahawa sikap Razman masih berdegil dan berkeras untuk mengaitkan Amanah dengan PKM melalui kata-katanya : "... tetapi itulah hakikatnya."

 Razman berkata, "Tak apalah dia minta (permohanan maaf), itu proses saja,"

 Sangat jelas kepada kita semua bahawa permohonan maaf Razman ini hanyalah sekadar "proses' mahu mengelak dirinya dari diheret kemahkamah dan di saman, bukan kerana dia mengaku kesilapannya yang memfitnah.

  Razman masih tetap tuduh Amanah sebagai sayap kominis atau proksi kepada DAP.

  Razman sebenarnya telah serik naik turun mahkamah kerana memfitnah DS Nizar. Keputusan fitnah Razman vs Nizar akan diputuskan pada 25 Jun depan.

 Saya harap pihak Amanah tidak semudah ini untuk menerima permohonan maaf si Razman tanpa menyatakan kesilapannya itu.
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Setuju sgt saman aje. Minta maaf tspi mcm tak ikhlas siapnperli2 lagi. 1 lagi agamawan akhor zaman dibibir mulut penuh dgn fitnah. Pakaian tak melambangkan kesucian
hati dan keimanan seseorang. Jahanam kpd pengkianat agama. Inilah wajah2 khadam dajjal akhir zaman yg bertopeng dgn kewarakan pakaian.

Anonymous said...

Tenyeh betul-betul orang yang bermulut puaka dan berbau limbah longkang ini. Apa jenis islam anutannya, entahlah...

Anonymous said...

Sebahagian pemimpin PAS mengajar ahlinya buat fitnah tidak mustahil ada sebahagian ahlinya juga yang turut ikut sama. Mahu bagaimana lagi kalau Tuan Guru fitnahnya Presiden sendiri.Saman terus Razman biar dia bawa bukti yang dia ada di mahkamah. Kita negara hukum maka biar fakta yang bicara. Kalau tiada bukti kukuh maka celaka lah orangnya dan kalau ada bukti maka kembalilah ke jalan yang benar. PAS cuma alat organisasi yang disahkan undang2 tetapi pemimpinnya yang buat PAS jadi rusak. Maka benarlah kata2 PAS ganti UMNO.

Anonymous said...

pas akan kalah bukan kerana perjuangan islam, tapi akhlak huduh mcm mamat ni...bulan posa pun dok gian buat fitnah..

lepas semak semak baru tahu, kawan mamat ni dah bagi tau, nanti kat kubur nanti hang tunjuk je no ahli kita sure express masuk syurga. sebab tu fitnah dgn mamat ni mcm ketum..tak pekena saja ketaq seluruh badan.

Anonymous said...

Nampak sangat PASPISPUS sekarang macam parti dajal akhir zaman...penuh dengan manusia bongkak, ego, ujub seperti syaitan yang engkar perintah Allah bila di suruh sujud kepada Nabi Adam.

Anonymous said...

Bio kasi ajor sikit sikastami ini.Asyik asyik DAP...asyik asyik DAP...

Anonymous said...

Saman jangan tak saman.....biaq dia rasa turun naik mahkamah 3 4 puluh kali......DAP mmg patut saman juga ...baru dia berakal....mulut cam longkang

Anonymous said...

Kalau AMANAH parti politik bermaruah...tolong SAMAN pemfitnah itu. MESTI SAMAN RAZMAN ZAKARIA. Kalau nak saman pun tak mau sedangkan dah dihina sebegitu rupa..tak payahla nak susahkan diri cari ahli baru. Tak kelapaq aku. Kalau AMANAH tak SAMAN RAZMAN.. benarlah tuduhan Razman tu. Minta maaf bukan penamat isu!!!

Anonymous said...

Cadangan Pakcik, elok benarlah jika disaman ulamak bur1t ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...