GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 02, 2017

Kenyataan Bangang Seorang Pemimpin Pas


 Ini lagi satu kenyataan bangang dari seorang pemimpin PAS Selangor. Kenyataannya diterbitkan di laman berita PAS, Harakahdaily, di bawah tajuk “Antara ahli parlimen dan imarah masjid”

 Dia beranggapan non-Muslim tidak boleh masuk ke masjid. Malah Pas, sebuah parti sekular, turut memusuhi Amanah, DAP dan PKR kerana menganggap mereka semua adalah menentang RUU 355; lalu dilabel memusuhi Islam, lantaran itu tidak layak masuk ke masjid.

 Sehingga tergamak menghalang kuliah-kuliah Ust Ahmad Awang di beberapa masjid di Selangor.

Sikap Pas adalah lebih buruk lagi dari perangai orang Umno kalau nak dibandingkan...alahai! Apakah Pas ingat, Masjid, rumah Allah itu Pas yang punya? Hanya Pas sahaja yang layak mengimarahkan masjid?

 Waima menurut Imam Syafi`i, sejauh memiliki kepentingan (hajat), orang non-Muslim dibolehkan masuk masjid, kecuali Masjidil Haram di Mekah (Al-Qurthubi, al-Jâmi` li Ahkâm al-Qur`ân, Jilid IV, hlm. 450).

Pendapat Muhammad Rasyîd Ridlâ: orang non-muslim boleh masuk masjid sekiranya orang Islam mengizinkannya. (Muhammad Rasyîd Ridlâ, Tafsîr al-Qur’ân al-Hakîm, Juz X, hlm. 255).

 Dia kata mereka yang menentang rang undang-undang (RUU) presiden parti itu untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah tidak layak mengunjungi masjid.

 Kenyataan bangang pemimpin Pas itu dipercayai merujuk kepada wakil rakyat PKR, Sivarasa Rasiah kerana hadir di program menyerahkan sumbangan dan buka puasa di sebuah masjid di kawasan Parlimennya.

 Macamana tidak dikatakan bangang kalau tuduh kononnya orang seperti Sivarasa ini menentang RUU 355 sedangkan ianya masih lagi belum dibentangkan di parlimen untuk dibahaskan?

 MP Marang telah menangguhkan ruang perbahasan dengan permintaannya sendiri dan hingga kini masih terus tergantung hingga sesi Oktober lalu berakhir.

 Kalau benar ia satu usul demi meningkatkan fungsi Mahkamah Syariah, kenapa tidak disegerakan sehingga ke peringkat perbahasan dan pengundian sama ada mahu menyokong atau sebaliknya.

  Adalah menjadi hak Ahli Parlimen untuk berbahas secara bebas sesuatu usul seperti diperuntukkan dalam aturan dan peraturan parlimen kerana banyak perkara teknikal perundangan dan kesannya jika tidak diperhalusi boleh menjejaskan perjalanan Mahkamah Syariah dalam usaha untuk memperkasakannya.

 Pas tidak harus membiarkan isu pindaan Akta 355 ditangguh dan dipanjangkan polemiknya dan terus menuduh semborono kononnya ada pihak yang cuba menganggu gugat atau mahu menghalangnya. 
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Lobai lobai ni dah Bosar Kepalo bila Azmin Ali mengekalkan 3 Exco Pas dlm Kera-Jaan Azmin Ali diSelangor.harap2 ler Azmin Ali dan seangkatan dgn nye yg menyokong Pas disingkirkan dlm PRU 14 nanti.

Anonymous said...

Apa nak dihairankan semua pemimpin PAS sekarang sudah hilang arah dan cara berfikir pun sudah terpesong dari ajaran islam contoh lihat apa yang berlaku dipulau pinang sepatutnya pemimpin yang mengaku ulama mengajak bukan islam bersama jemaah untuk menunjukkan kesucian islam tapi sebaliknya mencemuh bukan islam hingga melarang mereka dari hadir berbuka puasa bersama jemaah islam adakah itu yang diajar oleh islam melalui junjungan besar kita nabi Muhammmad s.a.w inilah yang dikatakan gila kuasa pabila telah hilang sokongan dari segelintir penyokong yang sudar sedar kecelaruan PAS maka pemimpin tertinggi akan jadi benggong dengan keadaan inilah hakikat sekarang .

Anonymous said...

Sekarang sudah wujud rukun baru nak masuk masjid dari ulama PAs, bila nak masuk masjid rukunnya mesti sokong RUU355 yang bentang tak pernah lulus. Bila tanya kenapa bentang tapi tak bahas untuk kelulusan, maka jawapannya 'hampa tak sokong', cakap macam mana nak sokong kalau tak bahas dan diundi? Maka jawapannya merapu-rapu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...