GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 23, 2017

Menggila Subky Latif goda Mahfuz supaya kembali semula ...


 Bukan main tinggi melambung puji-pujian Subky Latiff yang dihamburkan kepada Datuk Mahfuz Omar dalam tulisannya di harakahdaily lantaran sarananannya kepada kerajaan Malaysia supaya saman DOJ, Jabatan Kehakiman Amerika.

 Mahfuz sebelum ini telah menyarankan supaya Peguam Negara saman DOJ supaya nama 1MDB dan Pegawai Nombor Satu dapat dibersihkan.

Subky puji Mahfuz sebagai pintar berfikir dan banyak memberikan pandangan yang bernas dan bernilai politik yang tinggi sepanjang dia berpoliik dalam PAS dan selepas menjauhkan diri dari PAS politiknya dan komennya bertaraf tinggi.

 Subky menaruh harapan besar dan cuba menggoda Mahfuz rujuk semula kepada Pas dengan mengakui kepintaran Mahfuz amat berguna jika disumbang semula dalam PAS.

"Kiranya dia istiqamah dengan PAS, bukan saja dia untung, PAS pun untung. Saya kata dia mengatasi kepintaran ramai rakan-rakannya dalam PAS," suatu pengakuan yang ikhlas dan jujur dari Subky.

  Subky secara tidak langsung mengiktiraf dan mengakui kehebatan manusia yang bernama Mahfuz Omar ini.

 Dan betapa Subky menggambarkan kepada kita semua bahawa Pas saat ini sangat memerlukan seorang pemikir yang pandangannya bertaraf tinggi seperti Mahfuz Omar.

  Secara tidak langsung, Subky seolah-olah mengakui bahawa Pas kini sedang ketandusan pemimpin yang berpandangan tinggi setelah kelompok professional dari parti itu keluar dan menubuhkan parti baru?

 Harap pemimpin Pas yang lain tidak berasa hati dan mencemburui Mahfuz yang mendapat perhatian dan sanjungan Subky.

  Apakah kerana Subky baru kini menyedari betapa pemimpin Pas yang ada kini sangat ketinggalan dalam arus perdana politik tanah air?

  Dikala negara malah satu dunia heboh pasal isu siasatan DoJ yang melibatkan 1MBD, pemimpin Pas sibuk cerita pasal beli juadah puasa dari penjual tak tutup aurat... Ada pula yang bawa fitnah pasal isu kristianisasi di Pulau Pinang... bagai. Ini semua memberi gambaran tahap pemikiran pemimpin Pas yang ada hari ini.

 Walaupun begitu tinggi melangit pujian Subky kepada Mahfuz, tapi dia kata Mahfuz lebih silap, hendak bersama siapa setelah meninggalkan Pas.

  Kesilapan Mahfuz itu melebihi kesilapan Haji Ahmad Fuad,  Dato Mohd Nasir dan Dato Asri yang tinggalkan PAS, ikut kata Subky. 

  Apakah Subky berpandangan bahawa Mahfuz silap keluar Pas setelah Presiden Pas, Hj Hadi dan Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah suruh Mahfuz keluar dari PAS?

   Buat apa Mahfuz untuk terus bersama Pas jiga segala pandangannya telah tidak dimanafaatkan oleh Pas.

 Pandangan Mahfuz selama ini tidak dihargai dan diketepikan begitu sahaja hanya kerana dia bukan seorang ulamak. Malah dia diketepikan dalam pemilihan Pas pada pemilihan lalu walaupun telah banyak jasa dan sumbangannya kepada Pas.

 Mahfuz dianggap mengkritik dan menyerang parti itu kerana menyatakan pandangannya supaya Pas harus terbuka untuk menerima realiti politik hari ini kerana dan meyakinkan rakyat bahawa tidak akan ada pergaduhan tiga penjuru semasa pilihan raya akan datang.

 "Prospek pergaduhan tiga penjuru hanya akan membuat rakyat kehilangan harapan dan keyakinan terhadap Pembangkang," kata Mahfuz.

 Mahfuz turut mencadangkan PAS menarik diri daripada kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu setelah memutuskan tahaluf siyasi dengan kedua parti tersebut.

 Pas semakin dilihat mahu bermusuh dengan semua orang dan semakin lunak dan mesra dengan Umno dan Barisan Nasional, kata Mahfuz.

 Wahai Tuan Subky, betul atau tidak pandangan Mahfuz ini? Jangan lupa pengakuan Tuan Subky sendiri bahawa Mahfuz selepas menjauhkan diri dari PAS politiknya dan komennya bertaraf tinggi!

 Setelah para walaun, termasuklah Lebai Ha Ha dan Mohd Amar membaca pujian Subky yang disiar dalam Harakahdaily, apakah reaksi mereka terdapa tulisan Subky itu?

  Adakah mereka akan turut menyesali sikap mereka yang telah menghambat keluar Mahfuz dari parti itu?
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Dlm pas hanye yg ikut cara presiden sahaja berguna....yg saliran mengekalkan ketuanan melayu yg merompak saje berguna kpd pas...

Anonymous said...

lebai nak ker org lebey cerodik drpd depa

Anonymous said...

Sindrom Hang Nadim - kau pandai sikit dari boss kau, dibuang ke lautlah jawabnya kau ni.


Kena check juga berapa ramai pembesar2 sekarang adalah bernasabkan keturunan pembesar2 yang membuang Hang Nadim Singapura ke laut.

UP the Moderates said...

Lepas ni...Lebai Hadi dan Lebai Nik Amar pula..kata Subky Latiff agen Yahudi, Agen Anwar Ibrahim, Agen AMANAH..sebab puji Mahfuz Omar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...