PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, June 02, 2017

Meninggalkan PAS mati KAPIAK?


Ustaz Sharkawi b. Ishak @ ustaz rempit sewaktu menyampaikan kuliah Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 16 Dis 2015 telah menghuraikan sepotong hadis yang bermaksud berikut :

Telah bersabda Nabi SAW, akan hadir suatu masa atas umatku, mereka menjauh dari para ulama dan fuqaha, maka Allah akan memberikan cobaan kepada mereka dengan tiga cobaan :

1. Allah akan menghilangkan berkah dari rizkinya. 
2. Allah akan mengirim kepada mereka penguasa yang zalim 
3. Mereka akan keluar meninggalkan dunia tanpa membawa iman kepada Allah Ta’ala Na’udzubiLlahi min dzaalik.

Ustaz Sharkawi telah menghuraikan hadith diatas itu antaranya adalah sebagai berikut : 

 1) Bila tak berkat maka Allah tak tolong, bila Allah tak tolong insya Allah depa tak tahan lama ehh! Insya Allah ehh, kita tunggu tengok ahh! sat Pilihanraya ke14 insya Allah yakinlah tuan-tuan ehh, dia habih macam tu saja ehh;

 2) Bila orang lari dari Ulama dan Fuqaha’, dia dikuasakan penguasa yang zalim keatas mereka, Ha! Ha! Geng-geng ni bertindak atas arahan siapa? Atas arahan penguasa yang zalim. Siapa dia penguasa yang zalim? Orang yang hina Islam tulah… yang hina hukum hudud tu lah….Lim Guan Eng! DAP tu! Tulah zalim.

 3) Siapa yg lari dari Fuqaha dan Ulama, mereka meninggal dunia tanpa membawa iman.  Bila mati tak bawa iman, dia mati apa? Mati tak Islam, nampak tak? Kalau bahasa kasaknya, mati kapiak! Itu dia! 

 Semua apa yang dikatakan oleh Ustaz Sharkawi diatas (1), (2) dan (3) itu jelas ditujukan kepada mereka yang keluar dari PAS lalu menubuh dan menyertai Parti Amanah Negara.
 
Ustaz Shuaib Mohd Amin (dua dari kanan),
Mantan Ketua Dewan Ulama Pas Pulau Pinang
bersama Parti Amanah Negara 
Ustaz Sharkawi menyifatkan orang-orang yang keluar PAS masuk parti Amanah Negara adalah mereka yang lari dari Fuqaha dan Ulama, mereka meninggal dunia tanpa membawa iman. 

Ustaz Sharkawi beranggapan Fuqaha dan Ulama hanya ada dalam parti PAS sahaja. Oleh kerana itu, dia beranggapan siapa yang meninggalkan PAS bermakna orang itu telah meninggalkan Fuqaha dan Ulama!

 “Bila mati tak bawa iman, dia mati apa? Mati tak Islam, nampak tak? Kalau bahasa kasaknya, mati kapiak! Itu dia!” Kata Ustaz Sharkawi.

  Sarkawi memang bermaksud demikian iaitu yang keluar dari jemaah Islam itu ialah mereka yang keluar PAS menubuhkan Parti Amanah berdasarkan pernyataannya berikut :
i) 4:07 ~ Hang cermat sikit, hang tahu PAN tu apa dia?
 4:12~ Dia kata, apa dia? Aku kata hangpa ni khianat! Keluak dari jemaah Islam!
ii) 5:47 ~ Cuma apa pun kita berdoa, bedoa pada Allah mudah-mudahan adik beradik kita, kawan kita, pemimpin kita lompat pi, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat; malu kut esok ni. La takpa lagi la...ni esok dah jadi kupang tembaga, betui tak? Malu kut esok ni! Betul Pak Long, Malu kut...La ni tak lagi dan lagi sebelum pilihanraya ni; sebab lepas pilihanraya ni, insya' Allah, yakinlah, insya Allah PAN tidak ada kerusi dalam pilihanraya akan datang, insya Allah.

Nota : Saya terlepas pandang entri diatas , terbiar dalam simpanan sejak sekian lama baru disedari kelmarin... kah!kah kah... tetapi masih relevan dengan perangai Pas terkini!
Comments
2 Comments

2 comments :

Haru Biru said...

Koya ape...dia anggap Islam tu Pas. Pas tu islam. Dlm terang x perlu bersuluh, guna masjid utk myemai kebencian. Kl nk crmh politik, jgn guna masjid lah.

Anonymous said...

Fuqaha sumpah seranah, fuqaha mulut longkang dalam PAS banyak...
Malang nasib ustaz ini, video ini mencerminkan paradigma mindanya yang tercorot...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...