Thursday, June 29, 2017

Nak saman SR sangat... tapi duit tak cukup!


 Mengikut laporan Ismaweb pada May 1, 2017 lalu, jumlah kutipan bagi membiayai kos saman terhadap Sarawak Report pada pelancarannya di Kedah itu adalah kira-kira RM23,000 sahaja.

  Hanya RM23,00 sahaja! Begitulah jumlah yang telah diumumkan oleh Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan PAS Ke-63, Hussin Ismail pada malam tersebut, mengikut laporan web tersebut.

 Tetapi kelmarin dilaporkan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan ‘Tabung Saman Sarawak Report’ yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah, April lalu berjaya mengutip hampir RM200,000 ???

 “Alhamdulillah, Tabung Saman Sarawak Report yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah, April lalu berjaya mengutip kutipan mencecah hampir RM200,000 untuk bayar khidmat peguam. ~ sumber

   Benarkah seperti apa yang Takiyuddin dakwa itu? Bahawa kini Pas telah berjaya mengutip hampir RM200,000?

 Atau dakwaan ini hanya kerana mahu menutup rasa malu dengan kejayaan crowdfunding SR yang dalam masa 3 hari dilancarkan berjaya mengumpul RM160 ribu?

  Baguslah kalau sudah dapat kumpul sebanyak tu. Walau bagaimana pun Pas perlu berusaha dengan tin Milonya lagi kerana RM200,000 itu pun hanya cukup untuk membayar yuran awal peguam London mereka berjumpa & penghantaran surat permintaan.

 Sebelum ini Peguam Americk Sidhu pernah menyatakan, pengarang SR, Rewcastle-Brown boleh memohon kepada mahkamah untuk jaminan kos terhadap Hj Hadi kerana beliau terlibat dalam tuntutan guaman asing.

 "Dia boleh meminta Hj Hadi untuk deposit terlebih dahulu, katakan 500,000 Pounds Britis – lebih kurang RM2.7 juta untuk menampung perbelanjaan undang-undang dalam kes Presiden PAS kehilangan kesnya," katanya.

 Kalau RM 200,000 itu pun Pas sudah terkial-kial minta belas ehsan pengorbanan dari para ahlinya, bagaimana pula dengan kos tambahan sebanyak RM2.7 juta lagi...???

 Agak berapa bulan baru Pas mampu mengumpulkan wang sebanyak itu?  Kita tunggu dan lihat apa sebenarnya pemainan Pas ini.
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

bila xsaman mula tanya bila nk saman,
bila duit dh di kutip meragui pulak jumlah kutipan.
manusia...manusia....apa yg di buat masih lagi tiada kepuasanhati lagi.
takot ke pas nk saman SR???malah itu yg menjadi jiwa mereka ini amat tertekan.
hahahaha....

Alhusseyn Alhusseyn said...

Cerita nak saman SR ni sejak 13 Ogos 2016 lagi. Hari ini masih terkial-kial nak kumpul dana nak saman...alahai... Yakin sangat boleh menang ke? SR kalau takut sudah tentu dia akan minta maaf... Pas ada duit ker?

zainal abidin jamaluddin said...

Tentu ler duit PAS banyak...ada RM90 juta... jd x perlu kutip2 dah.. ker guane. Tanya jer

Anonymous said...

Anak menantu kan kayoo. Patutnya anak menantu yg kono bayor......

Anonymous said...

.
.

Dari beri sumbangan lebih baik beli harakah sebab beli harakah murah rezeki. Bila dah murah rezeki baru lah kutip sumbangan untuk saman SR.

Bukan Takiyuddin sahaja yang menipu.. yang tahu dan diamkan pun sama bersyubahat menipu.

Kalau katalah tak jadi saman...macamana dengan duit RM200,000 yang di beri dengan tujuan untuk saman SR?

Dengan tanpa rasa malu pemimpin PAS akan kata kutipan sebenar tinggal RM 30,000..

Kalau betul dah kutip RM200,000 tentu PAS sudah bersemangat dan mendabik dada beri amaran pada SR .

Anonymous said...

cakap betui betui jangan tipu kalau 20 , 20lah jangan cakap 200

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...