Thursday, June 29, 2017

Pakatan Harapan masih belum serik dengan kerosakan yang Pas lakukan?


  Adalah tidak wajar bagi PH untuk mengajak Pas bersama dalam jelajah negara untuk menjelaskan kepada rakyat isu-isu yang berkaitan dengan 1MBD.

 Pertamanya, pendirian dan sikap Pas sendiri tentang skandal 1MBD yang tidak jelas dan bercelaru.Bacalah komen Tantawi mengenai Sikap PAS terhadap kemelut 1MDB.

 Perkara kedua ialah, rakyat akan jadi keliru tentang kedudukan Pas yang sebenarnya : Adakah Pas bersama Pakatan Harapan atau bersama Umno BN?

Ini semata-mata akan menguntungkan Pas kerana memang Pas mahu mengelirukan rakyat supaya sokongan kepada pembangkang berpecah belah.

 Harap Pakatan Harapan tidak tergesa-gesa dan berharap sangat mahukan Pas bersama mereka dalam jelajah negara ini. Jangan jadikan Pas berasa lebih besar kepala dan menambah kekeliruan rakyat untuk memilih dalam PRU14 nanti.

  Teruskan usaha untuk mengajak rakyat menolak Pas dan Umno. Habis cerita!

Portal Malaysian Insight melaporkan :
 Timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan berbincang sama ada untuk menerima jemputan Pakatan Harapan (PH) untuk duduk di jawatankuasa tindakan 1MDB yang baru terbentuk.

Khairuddin Aman Razali sebelum ini telah menolak jemputan PH untuk bekerjasama dalam perkara 1MDB.

 "PAS mempunyai cara sendiri; Kita tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional dan kita tidak bersama Pakatan Harapan. Kami ada cara kami dan kami tidak akan mengikuti orang lain dalam isu 1MDB," kata ahli jawatankuasa pusat PAS yang dipetik sebagai berkata pada portal berita.
Sesama sendiri pun bertelagah, inikan lagi nak bersama Pakatan Harapan. Cukup-cukuplah dengan segala kerosakan yang telah Pas lakukan terhadap Pakatan dimasa-masa yang telah lalu.Masihkah belum serik??
Comments
9 Comments

9 comments :

Boley Jalan said...

Sokong tuan 100%....ajaran islam pas tak menolak perbuatan menyamun, islam klepto.

Anonymous said...

PH jangan terburu2 ajak Pas buat road-show kemungkaran 1MdB. Tunggu pentelesaian SR-Pas di mahkamah yang Pas dakwa SR fitnah Pas dapat RM90j duit yang dicuri daei 1MDB. Lagipun hingga kini Pas terus bisu dalam isu jenayah mega kewangan 1MDB ini. Tidak cerdik mengajak orang yang terlibat dengan skandal curi duit negara. Buang masa, buang tenaga dan menjatuhkan maruah PH,

lelaki dicermin said...

Hahahahaha... TITM mula menukar arah parti pas... jap lagi tuan presiden sehat walafiat...arah itu ikut yg lama.. diam2 je TITM...

Anonymous said...

Setuju supaya PAS tidak dipelawa untuk menyertai road show PH, kejayaan PH menyedarkan rakyat nanti akan dikatakan adalah kerana peranan PAS. Walhalnya selama ini, PAS telahpun terbukti memecahbelahkan kesatuan dalam PR lalu bersekongkol dengan UMNO. Pinggirkan terus PAS anak butir taik UMNO itu, sama seperti meminggirkan UMNO. Kalau Wan Rosli yang teramat tengin itu nak turut serta, biarkan sajalah.

mahligai seni said...

Saya bersetuju penuh ulasan penulis artikel ini. Belajarlah daripada sejarah yang jelas menunjukkan bahawa PAS sangat licik belitannya. Pakatan Harapan perlu MEMBINA SEMPADAN YANG JELAS dan jangan cuba libatkan PAS dalam gerak kerja. Kita perlu ingat, bahawa di luar bandar, pengundi yang kekurangan akses Internet mungkin menganggap PAS sebahagian Pakatan Harapan, maka mereka akan mengundi PAS lagi pada PRU 14. Sepatutnya bukan sekarang sempadan ini dibina dengan jelas, sebaliknya setahun yang lalu. Ingat, kita bukannya mahu mengalih almari dar satu sudut ke sudut lain di ruang tamu sebaliknya kita mahu mengalih pilihan pengundi daripada PAS (dan BN) kepada Pakatan Harapan. Untuk mengalih almari, kita tidak perlukan masa yang lama sebalik untuk mengalih keyakinan/pilihan pengundi, kita memerlukan masa yang lama. Jika pada masa ini (setelah sekian lama PAS berbelit-belit) pun kita masih lagi tidak reti-reti (masih lagi belum faham-faham) menguruskan sikap oportunis PAS, maka saya risau pengundi akan tambah keliru dan akan menjadi MUAK dengan Pakatan Harapan. Jadi, fikirkanlah perkara ini. Jadilah parti yang cerdik dan pintar membaca permainan pihak lawan. Faham, Pakatan Harapan?

pak lang zain said...

biarkan Pas memilih jln sendiri, kerana PAS sudah terlepas dan melepas.....

Anonymous said...

Awat hang ni, tak serik2 lagi ke berkawan dgn parti PERASAN ALIM dan SUCI tu?
Depa tu berceramah bab agama je juara, kemudian maki hamun. Hal-hal lain, tk perlu laaa ajak mereka!

Anonymous said...

Islam cara pas..x kemana..lagi merosakkan rakyat dan negara..

Anonymous said...

Rasanya tindakan PH ajak PAS tu satu taktikal. Target sebenar bukan pimpinan PAS tetapi ahli2 dan walaun PAS. Pimpinan PAS tak sokong PH pun takpa, yg penting ahli PAS tu akan berhijrah beramai2 ke dalam PH. Ahli2 PAS akan nampak dgn jelas macam mana liatnya pemimpin mereka nak menentang Najib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...