PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, June 28, 2017

Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka


 Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad  sepatutnya menasihatkan Najib dan isterinya supaya bertaubat terlebih dahulu sebelum meminta rakyat memaafkan mereka.

 Para Mufti dan para ulama pewaris ambia' patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka dan memulangkan kembali segala harta benda yang telah disonglap dari dana 1MBD.

  Para Ulama perlu memahami apa kesalahan yang PM Najib dan isterinya telah lakukan. Jangan ingat Najib dan isterinya hanya mencuri telor ayam atau kambing sahaja.

 Senang sangat Tok Peti Kelantan suruh rakyat supaya memaafkan Najib kerana katanya dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf.

 Masa bila pula Najib telah insaf?

 Pernahkah Najib secara terbuka telah bertaubat dan mengakui kesalahannya mencuri dana 1MBD dan telah mengembalikannya semula?

 Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr walaupun bukan beragama Islam, memulangkan kembali aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan dolar. Mereka lebih islamik dan bermaruah walaupun bukan beragama Islam.

 DiCaprio memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB dan berusaha memulangkan barangan lain yang tidak dinamakan yang diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan amal.

 Model kelahiran Australia, Miranda Kerr menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat seminggu selepas dokumen saman itu mendedahkan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low membelinya dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.
  
 Tetapi isteri MO1 yang ngaku beragama Islam, menerima 28 barangan kemas termasuk rantai berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta dari Low yang didakwa dibeli dari dana 1MBD, masih terus menyepi mendiamkan diri.

   Kelmarin Berita Harian melaporkan :

KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam di negara ini perlu ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku di negara lain sehingga menjadi porak peranda. 

Beliau berkata, tidak dinafikan, mungkin ada pemimpin negara melakukan kesilapan, namun dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf.

 "Sebarang kesilapan perlu dimaafkan kerana Islam mengajar kita saling bermaaf-maafan. Seperti pepatah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan'. 

"Kalau kita tidak dapat yang (pemimpin) terbaik, memadailah kita dapat yang baik atau mungkin yang lebih baik," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan Sabtu lalu, meminta semua parti politik negara supaya menolak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara, yang bercanggah dengan ajaran al-Quran. 

Beliau berkata, al-Quran mempamerkan ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman. 

Mohamad Shukri berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat yang tidak sepatutnya diizinkan sebarang campur tangan kuasa asing berhubung hal ehwal negara. 

"Musuh tidak akan senang melihat Islam bangkit, sebaliknya mencari jalan untuk melemahkan supaya orang Islam terus ketinggalan kebelakangan. 

"Justeru, semua rakyat terutama umat Islam tidak boleh mengizinkan campur tangan kuasa asing, sebaliknya mencari cara untuk mengukuhkan kedudukan negara, " katanya. sumber
Comments
18 Comments

18 comments :

Manshor Yahya said...

Boleh ka mufti cakap macam tu. Dia belajak mana.

Anonymous said...

Mungkin mufti ni juha dah makan dedak.

Anonymous said...

Aku dah perati lamo mufti shukri ni. Kuat bodek ampu najib. Mcm mana kjaan pas boleh lantik mufti bodoh spt ni? Mad yakob ke lantik dio ni. Warak sangat ke shukri ni? Tinggi mana ilmu. Apo fikrah shukri. Pas ke umngok. Kalo nk berpolitik ayuh resign. Jgn cemar nama dgn politik dedak bodek ampu. Jelas kamu olamak jahat. Sokong kjaan zalim. Tidak bsama dgn perjuangan umat. Ingat seksa neraka utk olamak jahat yg sekongkol dgn kjaan zalim. Bacalah kisah olamak dahulu. Wallahuaklam

Anonymous said...

Hahaha tok peti kelate ni bodoh mcm pemimpin dan walaunta parti pas laa. Didakwa curi harta rakyat malaysia dan suruh rakyat malaysia maafkan? Itu melibatkan pecah amanah la tok peti oii. Kau nak bodek PM pun agak2 la sikit. Kalau ikut cara tok peti ni baik bubarkan PDRM, SPRM dan tutup mahkamah semua tu. Boleh buat suka hati lepas tu bertaubat insaf dan harapkan org memaafkan. Bodoh betup mufti kelantan ni yer?

Anonymous said...

Ini jenis mufti yang, jika ada lelaki lain datang berzina dengan isterinya, maka mufti ini sedia memaafkan lelaki itu walaupun lelaki itu tidak pernah meminta maaf kepadanya. Bangkai!!!

kulup besar said...

Ini mufti pandai dalam bidang agama...tetapi bodoh dalam bab maruah manusia dan negara

Ahmad Musadik Shamsudin said...

Aku dah agak dah. Tok Peti ni nak kena. Kan dah jadi macam tidak ulamak. Orang pertikai kredibeliti kenyataan kita...Amek kau.

zarra said...

Sya suka merujuk kpd amaran AlLah dlm AQ (2:41~42) trhadap agamawan yg mnjadikan Islam sbgai barang dagangan ini. Yg lebih mnakutkan ialah bilamna AQ merakamkan golongan sbgai anjing krana keberanian mreka mendustakan ayat2Nya (7:176).....

usop ali said...

Satu jual agama. Satu lagi jual bangsa....APA punya melayu dah...

Anonymous said...

Mufti, mereka ada ilmu tapi ramai daripada mereka takde telur untuk bercakap benar apabila bertembung dengan pemerintah yang zalim!!

Anonymous said...

.
.

Apabila adik-beradik Perdana Menteri Singapore mendedahkan masalah keluarga, pemimpin tersebut terang-terang minta maaf dan akan memberi penjelasan kepada Parlimen.

Masalah tersebut tidak langsung melibat salah-guna kuasa atau kehilangan duit berjuta dollar.

Najib bukannya yang baik antara yang tidak terbaik. Dalam tidak terbaik pun Najib adalah yang tidak terbaik.

Mereka yang dapat dedak sahaja yang sanggup memaafkan Najib !

Allah dengan sifat Nya yang Maha Pengampun pun tidak ampunkan Iblis !

tanya sama itu hud hud said...

Akhir zaman ni teserlah satu persatu apa yg rasulullah bagitau..
Ulamak jahat,pemimpin zalim,orang jahil yg keluarkan fatwa dan mcm2

Anonymous said...

hidayah itu milik ALLAH swt tak kira mu tok peti ke ustaz ke kalu ALLAH swt nak cabut hidayah sesat dan menyesatkan bahayanya bila dia pegang jawatan yg bleh memberi impak kepada org lain....nauzubiLLAHiminzaalik.....tak tahu dari mana hokum dia guna pakai

Anonymous said...

Klau kena pmimpin buat salah.. Cuma mintak maaf.. Dan mintak ampun.. Tapi klau rakyat tangkap di di pnjara.. Walaupun kerana ksalahan yg kecil.Islam tidak mngajar umatnya memilih bulu dlm mmbuat hukuman..Mufti dan ulamak harus di prsalahkan dlm hal ini.. Krana tidak menasihati pmimpin dari awal lagi. Sehingga nasik telah mnjadi bubur..

Anonymous said...

Klau kena pmimpin buat salah.. Cuma mintak maaf.. Dan mintak ampun.. Tapi klau rakyat tangkap di di pnjara.. Walaupun kerana ksalahan yg kecil.Islam tidak mngajar umatnya memilih bulu dlm mmbuat hukuman..Mufti dan ulamak harus di prsalahkan dlm hal ini.. Krana tidak menasihati pmimpin dari awal lagi. Sehingga nasik telah mnjadi bubur..

Anonymous said...

Minta ahli hadis semak. Hadis riwayat Huzaifah. 3 perkara yg rosakkan agama. Yakni imam yg zalim. Mujtahidin jahilun n ulamak jahat. Sah shukri ni jenis ulamak jahat yg lapar dedak. Spt dog huk huk huk. Nyalak jer tk kira masa minta dedak. Sentiasa mjelirkan lidahnya. Hahahaha

Anonymous said...

Ni lah contoh ulama suu' akhir zaman yg nabi bgtau. Ulama akhir zaman penting wang dan bila brhadapan org ramai berpura2 alim. Lebih mudah faham, inilah contoh dajal-dajal kecil.

Sabda Rasulullah, "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dasyat dari Dajjal. Bila ditanya siapakah mereka itu? JAwab baginda; ulamaaus-Su'." (Maksud Hadith)

Anonymous said...

��

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...