PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, June 01, 2017

Pas Adalah Juara Guna Masjid Untuk Ceramah Politik


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah adalah umpama mengata dulang paku serpih, mengata orang, sendiri yang lebih!

 Mohd Amar seperti mabuk ketum, menganggap parti dan dirinya tidak pernah menyalahgunakan masjid untuk ceramah politik.

 Apakah Mohd Amar ingat rakyat tidak menyedari bahawa selama ini Pas adalah juara dalam menggunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik?

 Saya perturunkan beberapa contoh seperti berikut :

 1) Rakyat masih ingat bagaimana YDP Pas Padang Serai telah berceramah politik di sebuah masjid mengenai pindaan Akta RUU 355 hingga tergamak mengancam Dr Wan Azizah dengan kata-kata ancaman :
Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan! Kalau Kak Wan tak angkat tangan, boleh menyebabkan ‘jatuh iman’ Kalaulah ditakdirkan lepas tak angkat tangan itu mati, kami tanam jerat!
 2) Rakyat juga masih ingat lagi sewaktu di awal perpecahan Pas, dimana ramai kalangan professional telah keluar Pas dan menubuhkan parti baru, Nor Azli Musa mengambil kesempatan sewaktu menyampaikan tazkirah Ramadan di sebuah masjid di Batu Kurau dengan membacakan sepotong hadis yang bermaksud: ‘Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya”.

3) Ustaz Sharkawi b. Ishak @ ustaz rempit sewaktu menyampaikan kuliah Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 16 Dis telah menyifatkan orang-orang yang keluar PAS masuk parti Amanah Negara adalah mereka yang lari dari Fuqaha dan Ulama, mereka meninggal dunia tanpa membawa iman. 

Ustaz Sharkawi beranggapan Fuqaha dan Ulama hanya ada dalam parti PAS sahaja. Oleh kerana itu, dia beranggapan siapa yang meninggalkan PAS bermakna orang itu telah meninggalkan Fuqaha dan Ulama! “Bila mati tak bawa iman, dia mati apa? Mati tak Islam, nampak tak? Kalau bahasa kasaknya, mati kapiak! Itu dia!” Kata Ustaz Sharkawi.

  Apakah tiga contoh petikan diatas itu ceramah ugama atau politik Pas?

Semasa BN mentadbir Selangor, Ust Ahmad Awang masih boleh menyampaikan kuliahnya di beberapa mesjid di Selangor. Tetapi sejak Pas menguasai masjid-masjid di Selangor, kuliah agama Ust Ahmad Awang telah dilarang dan disekat hanya semata-mata beliau orang parti Amanah!

Tentulah ramai yang nak tergelak bila Mohd Amar dan PAS perasaan dia layak nak menasihatkan pihak lain supaya tidak menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik.

 Mohd Amar berkata demikian  berikutan laporan media disini yang menyatakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.

 Sivarasa hadir untuk menyampaikan sumbangan RM71,000 bagi diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.

 Menurut Sivarasa, beliau hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinannya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor.

 Alahai.... Takkanlah Sivarasa kena jadi orang bisu sewaktu menyampaikan sumbangan tersebut. Tentulah dia kena jelaskan sedikit tentang sumbangan tersebut. 
Comments
4 Comments

4 comments :

IbnAbdHalim said...

Kemudian, ada pula batu api bagi sultan murka.

Anonymous said...

Perangai pemimpin PAS sekarang ni kan sama sebiji mcm pemimpin UMNO. Pada dia apa yg dia buat semuanya boleh, betul dan yg haram pun jd halal. Tp kalau pihak yg tak sefahaman dgnnya semuanya salah. Yg halal pun boleh jd haram.

Anonymous said...

Ini bahananye Azmin Ali yg masih menyimpan MUSUH DLM SELIMUT.senang lenang mengunakan Kuasa yg ada kat depa.Azmin Ali menyemarakan api dalam sekam dalam Kerajaan Selangor

Anonymous said...

knp azmin biarkan pas sekat Amanah? sbb azmin mau mengekang pengaruh Amanah yg lebih proaktif dr pkr.

adakah azmin bsekongkol dgn pas apabila pas letak calon dikerusi yg ditandingi oleh cikgu Bad - musuh azmin?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...