PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, June 27, 2017

Pas sepatutnya saman Husam Musa, dapat duit baru saman Sarawak Report...

Tuan Ibrahim Tuan Man melancarkan tabung kos saman SR
 Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man PAS pada 1 Mei 2017 telah melancarkan tabung khas bagi membiayai kos saman terhadap Sarawak Report (SR) , dengan meminta ahli menyumbang RM5, manakala pemimpin RM100 dalam tempoh sebulan. ~ sumber

 Manakala pada hari ini 22 Jun 2017 pula, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengulangi rayuan agar seluruh ahli parti turut membiayai saman tersebut.

  Sejak 1 Mei 2017 hingga 26 Jun 2017, hampir mengambil masa dua bulan, sudah berapa banyak patut dapat dikumpulkan?

  Betapa beza dan malunya bila dibandingkan dengan SR yang hanya dalam masa 3 hari sahaja crowdfunding dilancarkan, dana RM160,000 dari 634 penyumbang berjaya dikumpulkan bagi dana guamannya untuk menangkis saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden PAS Hj Hadi.

  Apa yang dapat kita semua lihat tentang pendedahan crowd funding SR itu ialah ketelusannya mengenai perolehan dana tersebut.
 
  Tidak sebagaimana Pas yang telah lebih lama melancarkan kutipan dananya tapi tidak ada siapa yang tahu sejauh ini berapa banyak sebenarnya dana tersebut telah dapat dikumpulkan.


  Sebenarnya, ahli Pas tidak perlu menyumbang RM5 seperti yang disarankan Timbalan Presidenya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Pas yang pernah mendakwa mempunyai 1 juta lebih keahlian, jika setiap ahli menderma RM1 pun dengan mudah tentu sudah dapat mengumpulkan RM1juta dengan sekelip mata.

  Tapi nampaknya Pas masih tekial-kial untuk mendapatkan sumbangan dari ahlinya dan patut berasa malu kepada SR yang tidak mempunyai sebarang keahlian tetapi mampu mengutip dana sebanyak itu dalam masa yang singkat dari orang ramai yang bersimpati dengan perjuangan Sarawak Report dalam menegakan keadilan.

  Nak tergelak bila Idris Ahmad melabel mereka yang menyumbang kepada dana SR itu sebagai Pakatan Moden Peringkat Antarabangsa yang hendak memadam cahaya perjuangan Pas kerana Pas parti tegar dengan prinsip Islam!

"Pas tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tidak tunduk kepada sesiapa. PAS tidak ada tuan yang memberi dedak samaada tuan luar negara atau dlm negara. PAS adalah PAS." kata Idris dalam rayuannya  kepada ahli Pas melalui kenyataan di Harakah, supaya menderma!

  Hoi Deris Ahmad, tak payahlah nak ngaku Pas tu tegar dengan prinsip Islam dan tuduh orang lain kononnya nak padam cahaya perjuangan Pas itu!

  Cerita yang sekarang ini ialah, Pas nak saman SR kerana dia tuduh Pas terima dedak RM90 juta dari Najib. 

 Tuduhan SR tersebut bertujuan nak bagi tau kita semua bahawa Pas ni, walaupun berserabut dengan serban dan jubah, tapi perangai saling tak tumpah macam setan-setan dalam umno yang kerjanya keji iaitu makan dedak!

  Dedak itu pula puncanya dari wang songlap 1MBD. Kerja-kerja keji makan dedak ini bukanlah sebahagian dari kerja Islam macam yang kamu dakwa itu, wahai Deris!

   Pas kena buktikan kepada dunia bahawa tuduhan SR itu adalah fitnah melalui tindakan mahkamah. Dan orang ramai yang percaya dengan laporan SR itu menderma kerana mahu bantu SR lawan saman Pas terhadapnya.

  SR sebelum ini pernah mendedahkan tentang skandal kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak dulu, Taib Mahmud dan juga skandal Najib bersama 1MBD. Apakah dengan pendedahan dua orang penyangak khazanah negara sendiri ini oleh SR kerana mahu memadam cahaya perjuangan Islam dua penyangak ini?

 Nampaknya , ahli-ahli Pas sendiri mulai sangsi dengan penafian Pas yang kononnya tidak makan dedak dari Umno, tapi semakin mesra Umno.
 
Anak seorang Presiden Pas...Korang ada?
 Ahli-ahli Pas bukan semuanya buta dan tidak dapat melihat kemewahan yang ada pada pimpinan parti mereka yang hidup bergaya dengan kemewahan yang luarbiasa... hinggakan ada diantara mereka yang memiliki mahligai mewah, kenderaan mewah pendek kata segala-galanya mewah.

 Tapi bila nak saman SR tadah tin milo.... alahai!  Nih nak ingatkan nasihat Tontowi kepada walaun semua : Beli Harakah, rezeki anda berambah! Bolehlah menderma lagi untuk Tok Lebai Marang....Bha ha ha ha ha!!!

 Ahli-ahli Pas yang celik tentu mahu melihat ustaz-ustaz mereka yang selalu terima sampul-sampul tebal membuat pengorbanan terlebih dahulu. Mereka mahu pemimpin-pemimpin mereka yang hidup mewah serba serbi berkorban bersunggoh-sunggoh.

  Sebenarnya Pas ada jalan mudah untuk mengatasi masalah dana untuk saman SR di luar negera yang memang menelan belanja yang besar.

  Pas sepatutnya saman Datuk Husam Musa terlebih dahulu. Suatu masa dulu beriya benar Tuan Ibrahim Tuan Man mengancam nak saman Husam Musa.
PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Salor Datuk Husam Musa kerana memfitnah parti itu menerima 'dedak' RM90 juta, tegas Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ~ sumber 
 
 Pada 1 Mac 2017, Harakah menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS kini memulakan inisiatif menyaman individu yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno. Individu yang dimaksudkan itu ialah Husam Musa. Baca lanjut di sini.

 Tapi entah kenapa hingga ke saat ini ancaman Tuan Ibrahim Tuan Man dan kenyataan Takiyuddin Hassan itu tidak pernah menjadi nyata!

   Pas sepatutnya saman Husam Musa terlebih dahulu dan hasil dapatan dari tuntutan saman itu nanti, Pas boleh gunakan pula untuk saman SR. Tidak perlulah nak susahkan dan libat semua ahli yang dah memang susah belaka.

  Kenapa Pas takut nak saman Husam Musa? Kos saman Husam Musa tentu tidak membebankan Pas kerana tidak melibatkan kos tinggi seperti menyaman SR.

  Apakah kerana Pas takut kalah dengan Husam? Pas takut Husam dedahkan semua perkara yang sebenar dalam mahkamah dan Pas tidak dapat menafikannya?

 Ayuhlah Pas, berani kerana benar... buktikan melalui mahkamah bahawa tuduhan Husam Musa itu fitnah; jangan sekadar menepisnya dengan penafian semata-mata.
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

pas tak akan saman. kalau pas saman, bermakna najib terpaksa naik kandang saksi.

kalaulah najib berani naik kandang saksi, dah lama dia saman SR.

duit tin milo akan lenyap, sama senyapnya dgn tabung memali dan derma2 yg dikutip seblm ini. pernah ke pas buat laporan derma tin milo pd ahli2?

Anonymous said...

Takkan yg pakai q7, vellfire, kuda hitam dsb sumbang rm100 sj. Dulu masa aku sokong pas, rm100 setakat celah gigi aje...

Anonymous said...

Setuju dengan cadangan penulis. Tapi, Husam rasanya tak sebut secara langsung PAS menerima RM90 juta tu. Sebab tu PAS tak berani saman Husam. SR pula menyebutnya secara terus. Tapi apa pun pemimpin-pemimpin PAS bersatulah kembali dengan PH demi memperjuangkan agama melalui persepakatan ini. Akar umbi saya percaya, mereka lebih cenderung untuk menghapuskan penyeleweng wang rakyat, rasuah,kleptokrasi & penyalahgunaan kuasa.

capriokerr said...

cepat2 bagi derma supaya cepat saman SR..
atau akar umbi tak nak derma sebab mengikut mreka ini kerja sia sia

Anonymous said...

Taktik lama..pelancaran tabung hanya utk melengah-lengahkan tindakan saman. Bila org cakap kenapa tak saman lagi, pimpinan akan cakap dana tak cukup..tabung belum penuh.

tanya sama itu hud hud said...

Apa lagi yg nak diharapkan dari geng2 lebai bacul...

Al Shaif AS said...

Ermmm...betui kata dia..PASS pls chalange

Anonymous said...

.
.

Kalau tak berani saman Husam, ada satu lagi cara.

Pemimpin PAS jangan suka-suka buat fitnah supaya duit yang bayar ganti rugi boleh digunakan untuk kos saman SR.

Bayar ganti rugi beribu tapi bila duit saman SR kutip RM 5 seorang.


Ke mana pergi nya ahli PAS yang satu masa dulu bermurah hati menderma untuk perjuangan PAS ?

Mungkin kah ini cara PAS menutup kesalahan kononnya jika benar PAS ada RM 90 juta PAS tidak akan minta sumbangan ? Malangnya ada kalangan pemimpin dan keluarga pemimpin yang hidup kaya-raya.


Anonymous said...

Jangan salah tafsir.. Dibelakang tin milo ada pemimpin pas punya duit banyak. Mereka punya banyak sumber. Sekarang nak mintak ahli sumbang duit kerana taknak keluar duit sendiri lagipun atas nama jihad.
Pemimpin Pas lebih baik diam daripada mendabik dafa nak saman ini nak saman itu tapi akhirnya kecut macam siput gondang masuk cengkerang.
Semua ini politik nak raih simpati ahli yang kini dah goyang dengan sikap pemimpinnya.
Sehingga kini saya pun masih belum kenai nama-nama pemimpin baru dalam Pas. TQ - Ancient Mariner

Dol Kasim said...

Marilah kita sama sama menyumbang dan menderma KUTUKAN, MAKIAN DAN CACIAN kepada kelompok munafik aka fasik PASCAI HADI AWANG. KAH KAH KAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...