GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, June 08, 2017

Polis tak perlu bantuan S'wak Report, kata Ambiga


  Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menolak keperluan editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

 Menurut beliau, ia adalah kes yang mudah untuk diselesaikan dengan begitu senang.

 Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mempelawa Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London untuk datang ke Malaysia bagi membantu polis Malaysia mengenai perkara itu.

 "Cadangan IGP mengenai Clare datang ke sini untuk membantu siasatan adalah jenaka. Memandangkan terdapat notis merah Interpol ke atasnya, beliau mungkin akan ditahan sebaik sahaja menjejak kaji di sini," kata Ambiga kepada Malaysiakini.

 "Ia juga menampakkan pihak polis sangat tidak cekap - yang mana mereka adalah sebaliknya - bahawa mereka perlu dibantu untuk selesaikan kes semudah itu," katanya. 

 Ambiga menegaskan, mereka yang terlibat dalam dakwaan itu berada di Malaysia manakala akaun bank yang diperkatakan adalah dengan institusi kewangan tempatan.

 "Terdapat butiran mencukupi untuk pihak polis memulakan siasatan.

 "Mengapa enggan? Dan daripada menyerang pemberi maklumat, IGP sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang memberi maklumat mengenai salah laku, "katanya. ~ sumber
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Terbaik dari Ambiga. Nampak sangat Khalid ni lembab. Semoga PAKATAN menang, masa tu tahu la nasib ko. Puuih.

Anonymous said...

Knp igp tak pelawa cina tembam taik low? Peluang utk cekup dia. Takut dgn seseorang?

Anonymous said...

Khalid dah habis ikhtiar la tu. Kah kah kah

Anonymous said...

Inikah tugas polis di Malaysia, hanya mencari dalih dan helah untuk melengah-lengahkan penyiasatan terutamanya yang melibatkan pemimpin dan balaci UMNO? Hanya anjing yang menggonggong tulang.

Anonymous said...

KTN dah bole masuk raja lawak mega. Kikiki. Terlawak dlm dunia woi. Najib n shafee ada dlm msia. Cuma shafee ghaib sat. Suspek utamo. Lumayan beb. 1 kes can get rm9.5m undertable. Mcm derma atau sedekah. Fee rasmi drp AG hanya rm1,000 ikut nancy shuk di perlimen. Inilah ciri2 kelakor di msia. Hahaha. Lebai pas tak reti hal ni. Bengong mereka. Hahaha

Anonymous said...

Aikk. Sejak bilo musa hassan jd loyar kpd najib n shafee? Shafee sdri pon dah loyar. Bior shafee jwb. Masalah nye dio hilang minggu ni. Not detected. Mgkn pi umrah kot. Maklom ler duit banyak tu. Ehemmm.

Anonymous said...

Tan Sri Shafie Abdullah adalah peguam pendakwa bukannya barisan hakim yang menjatuhkan hukuman keatas Anwar. Sebagai peguam pendakwa yang mewakili mangsa liwat itu tentulah dia cuba sedaya-upaya untuk membela Saiful Azlan. Soal bayaran guamannya bergantung budi bicara masing-masing.

Soal laporan Sarawak Report itu,ianya bukanlah agensi yang boleh dipercayai sangat.Kalau gambar kat Facebooknya gambar PM dan isteri boleh dipalsukan,tidak mustahil perkara2 lain boleh direka dan diada-adakan.Zaman teknologi serba canggih ,orang menggunakan pelbagai cara kotor dan keji untuk menjatuhkan seseorang.

Allah berfirman mafhumnya "Jika seseorang munafik datang membawa berita kepada kamu, maka hendaklah kamu selidik dahulu benar atau palsu berita itu"

Anonymous said...

Najib, umno dan media jilat kerajaan lg tak boleh percaya!! Brp lama dah hang duduk bawah tempurung?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...