Tuesday, June 27, 2017

Surat Terbuka Hj Hadi : Cubaan mengheret emosi agama


  Sebelum 'Surat Terbuka Hj Hadi' menjadi viral, sebenarnya Hj Hadi sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang sama mengenai campurtangan Amerika.

 Hj Hadi telah mengeluarkan kenyataan mengampu menjilat Najib:
Kita benci Umno tapi tak akan panggil US untuk jatuhkan Umno. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur. Kalau US masuk Malaysia, kita akan bersama-sama dengan kerajaan sekarang untuk menghalau US. 
 Ya, dakwaan tersebut bukanlah pertama kali dibuat, cuma pada kali ini ayat-ayat al-Quran digunakan untuk menampakan ianya islami semata-mata. 

 Ternyata bahawa surat terbuka Hj Hadi dengan agenda memfitnah tersebut , menggunakan ayat-ayat al-Quran mahu mengheret dan mengapi-apikan emosi penganut agama Islam di negara ini.

 Surat tersebut memfitnah sebagaimana para penyokong pro-kerajaan yang menuduh pembangkang mempunyai tangan dalam saman DoJ.

   Hj Hadi cuba melibatkan emosi keagamaan dalam isu DoJ adalah jelas apabila tiba-tiba muncul pula 3 Mufti penjilat dan pengampu Najib yang menyokong kandungan surat tersebut. 

 Bagaimana mungkin ulama seperti Hj Hadi dan 3 Mufti penjilat dan pengampu Najib dengan mudah berhukum secara jahil begini?

 Tindakan sebegini bukan sahaja memberikan imej cukup buruk kepada diri mereka malah juga kepada Islam. 

 Ahli agama yg berhujjah secara buta tuli begini sebenarnya mengundang firnah besar buat Islam. Islam dilihat cukup buruk dan bersekongkol dgn kezaliman yg nyata...

 Adalah mustahil Hj Hadi tidak membaca kenyataan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y Yun mengenai tindakan DoJ itu sebagai komplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menjejaskan kestabilan kerajaan.

 Lantaran itu, surat terbuka tersebut mengundang kecaman dari netizen dan blogger hingga ada yang berharap Hj Hadi tidak tersenarai sebagai manusia yang paling bodoh sekali dalam Malaysia.

Dakwaan dalam surat itu mengenai adanya campur tangan asing dan undangan campur tangan asing dianggap bodoh kerana fakta isu tidak tepat dan meleset.

  Ada juga netizen yang merasa sangsi dan bimbangkan nasib Malaysia kalau Hj Hadi jadi PM sebab politik antarabangsa pun Buta Kayu!

 Ahmad Sayuti Bashiron menyifatkan surat Hj Hadi itu merupakan "Hadiah teristimewa" Syawal ini buat Najib, Rosmah, dan Umno/BN atas nama seorang ulamak politik yg terpacul di saat terakhir Ramadhan mulia 1438H ini.

 “Dunia jadi speechless!” ulas Sayuti setelah membaca surat Hj Hadi itu berkali-kali.

 “Apa jenis "dedak" yg dah Tok Guru telan sampai begini sekali parahnya kalam dan fikrah Tok Guru? Tok Guru dah jadi lebih Umno dari org Umno sendiri. Mana perginya hikmah dan 'ibrah yg Tok Guru didik kami selama ini? 

Saya terlalu banyak mutiara hikmah yg saya kutip sejak berpuluh tahun bersama Tok Guru. Tapi adakah ini takdir pengakhiran perjuangan Tok Guru?

“Cukuplah Tok Guru. Enough.

 “Berehatlah dari terus dihina. Cukuplah menjadi kebanggaan dan sayang musuh itu. Saat Ramadhan berbaki beberapa minit ini berdoalah kita moga Allah kurniakan keampunan yg plg berharga buat menyambut Syawal penuh fitrah ini.” Tulis Sayuti difesbuknya.

 Sementara Shahbuddin pula antara lain menulis melalui laman blognya :  ADUHHH....JANGAN MALUKAN DIRI SENDIRI, TOK GURU!!!  
Aduhhh...adakah Tok Guru Hadi Awang sebenarnya benar-benar tentang isu 1MDB ini sehingga menulis sedemikian rupa?

 Kenapa memalukan diri sampai begitu sekali?

 Kenapa Tok Guru yang berpengetahuan agama dan tahu halal haram sesuatu perkara boleh mengeluarkan kenyataan yang bagaikan "lebih UMNO daripada luahan hati perut pemimpin UMNO sendiri"?

Mengaitkan penyiasatan terhadap 1MDB dengan campurtangan asing hanya merendahkan pemikiran Tok Guru sehingga sama taraf dengan Annuar Musa dan Salleh Said Keruak yang semua orang tahu pangkat dan jawatan yang diperolehi mereka semata-mata kerana kuat mengampu saja?

 Adakah Tok Guru juga sedang mengampu Najib?
 Adalah jelas bahawa Hj Hadi hanya pemakan dedak kerana cuba menjilat dan mempertahankan Regim Kleptokrasi yang zalim. Tolak Hj Hadi dan Pas bermakna tolak Najib dan Umno!
Comments
2 Comments

2 comments :

jkr said...

Perkauman dan agama senjata UMNO

Anonymous said...

Klu dedakians kata pembangkang pengaruhi doj utk jatuhkan najib, siapa pula pengaruhi tuang presideng utk pertahankan najib?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...