Saturday, June 24, 2017

Surat Terbuka Hj Hadi Hanyalah Fitnah dan Mempertahankan Regim Kleptokrasi


 Menerusi satu surat terbuka yang ditujukan kepada semua parti politik hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba memfitnah bahawa "ada yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya; kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman."

 Menurutnya lagi, segala skandal dan kemelut negara seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

 “Apa pun keputusan isu dalaman kita, perlu diselesaikan secara dalaman, tanpa mengira betapa buruknya sistem dalaman itu.

  Surat terbuka Hj Hadi tu panjang menjela dengan ayat-ayat al-Quran. Tapi apa nak dikatannya hanyalah mengenai campurtangan asing mengenai 1MBD.

 Apa yang disuarakan oleh Hj Hadi itu hanyalah fitnah sebagaimana para penyokong pro-kerajaan yang telah menuduh pembangkang mempunyai tangan dalam saman DoJ.

Hj Hadi bukan sahaja keliru dengan tindakan DoJ dalam tindakan sivilnya untuk merampas semula aset yang dibeli dengan wang yang dicuri dari 1MBD supaya dana itu dikembalikan kepada pemiliknya yang sah, rakyat Malaysia.

 Berbilion-bilion telah dicuri dari rakyat Malaysia oleh para pemimpin dan rakan-rakan mereka untuk membeli aset di Amerika Syarikat.

Tindakan DoJ itu adalah sebahagian daripada Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi (Kari), yang bertujuan untuk memulangkan dana yang dicuri dari negara-negara yang terjejas.

 Tindakan itu juga untuk melindungi sistem kewangannya sendiri untuk memastikan bahawa orang-orang seperti PM Najib tidak dibenarkan menggunakan sistem kewangan Amerika Syarikat  seolah-olah ia adalah mesen pencuci raksasa.

  Akan jatuh kafirkah dan tidak budiman mereka yang menyokong tindakan DoJ yang mahu mengembalikan semula kepada rakyat Malaysia wang yang di songlap dari 1MBD?

 Sedap mulut si Lebai Marang ini mengguna ayat-ayat suci al-Quran lalu menuduh orang lain tidak beriman, munafiq bagai... sedangkan dia bersikap mesra dan lunak dengan PM Najib yang terpalit dengan skandal Mega 1MBD.

 Dimanaka maruah Hj Hadi bila dengan sewenangng-wenangnya dia menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam suratnya itu yang semata-mata mahu membela regim kleptokrasi yang zalim?

  Apakah Hj Hadi lupa akan ayat al-Hud 113 yang seringkali diungkapnya dulu, yang maksudnya :
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan."
  Sikap dan pendirian lebai itu mahukan skandal dan kemelut negara seperti 1MBD diselesaikan secara dalaman walaupun dia sendiri menyedarai betapa buruknya sistem dalaman yang kita ada hari ini.

 Peguam Negara TS Gani Patail dipecat kerana cuba mendakwa PM Najib dalam skandal 1MBD dan digantikan TS Apandi Ali.

 Gani dipecat secara mengejut pada 27 Julai lalu ketika beliau sedang menganggotai pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.


 Gani dipercayai telah bersedia untuk mendakwa Perdana Menteri dan beliau telahpun mendrafkan pendakwaan terhadapa PM atas tuduhan rasuah dan pecah amanah tetapi apabila perkara ini diketahui PM, PM telah mengarahkan KSN untuk melucutkan jawatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara.

 Nak heret Najib ke muka pengadilan bagaimana wahai Hj Hadi? Peguam Negara pun kena terajang dan tercampak bila dia mahu mengambil tindakan ke atas Najib.

 Hj Hadi telah meletakan dirinya sebagai punahsihat sebaris bersama-sama Menteri-Menteri dan pencacai-pencacainya turut bersubahat dan bersekongkol dengan menyokong pentadbiran Kleptokrasi zalim ini.

  Tidak hairanlah kenapa Hj Hadi begitu galak menyalak menyalahkan tindakan DOJ sebagai satu bentuk campurtangan asing kepada kedaulatan negara sedangkan di pihak kerajaan sendiri langsung tidak membantah kepada kedutaan Amerika Syarikat yang ada di negara ini.
Comments
20 Comments

20 comments :

Boley Jalan said...

Keraguan teserlah olamak ke hadi ni......kleptocrasi tu dia tahu ke apa dia? Siap selit ayat quran.....nampak real la wayang hadi ni.

Anonymous said...

Tak layak langsung diberi gelaran Tuan Guru, Ulama dll tu pada Haji Hadi. Kelaku dia sebijik mcm org tua2 kampung yg jahil dan umno totok. Kesian pulak aku tengok org mcm ni. Mungkin dia takut kot sebab rm90juta yg masuk acc affin bank tu pun duit berkaitan 1mdb hehehe. Sebab tu berjela jela keluar mcm2 dalil dan nas utk bela najib. Mudah2an Haji hadi sempat bertaubat sebelum dijemput pulang.

Anonymous said...

Semakin jijik dan keji perangai lebai Marang ini.Hari raya orang makan lemang, dia makan dedak!Kesiang lebai!!

Anonymous said...

Dah makan ubat belum Haji Hadi?

Anonymous said...

Sumbat je dia ke tanjong rambutan ho ho ho

Anonymous said...

Haji Hadi adalah seorang ularmak yang sanggup melacurkan agama untuk mempertahankan sifat angkuh sombongnya, bersama dengan pecacai berbayar bernama Wan Rosli itu.

Anonymous said...

Tuang guru ni org dah tau perangai dia. Yg walaunn pun duk puja2 lagi sedangkan ramai walaun terkesan dgn bebanan kos hidup hari ini. Tapi kerana walak oukt ajelah nanti hilang no ahli nak masuk syurga. Memang jahanam ulamak akhir zaman ni. Hadis nabi pun dah jelas n inilah bukti2 yg sedang ditunjukkan. Kebathilan disanjung kebenaran disembunyikan dan disanggah. Pakaian tak melambangkan kewarakan seseorg.

MATA KAIL said...

Rasa nak sekeh kepala hj hadi ni.dulu aku penyokong kuat hj hadi namun sekarang aku meluat sungguh

MATA KAIL said...

Rasa nak sekeh kepala hj hadi ni.dulu aku penyokong kuat hj hadi namun sekarang aku meluat sungguh

MATA KAIL said...

Rasa nak sekeh kepala hj hadi ni.dulu aku penyokong kuat hj hadi namun sekarang aku meluat sungguh

daud ali said...

Apa sudah jadi daaaa.....

Anonymous said...

Teruk betul. Guna ayat Quran untuk mempertahankan perompak.

Anonymous said...

Hadi...aku dlu pyokong mu.aku dlu serahkn driku utkmu di marang utk parti mu..tp ITU dlu...aku sedar setebal mne lilit serban Dan ilmu mu.mun bkn manusia yg dpt Ku jadikan contoh..mu lbih truk dri manusia berhati Hitam..aku akn pastikn marang bukan dbawah mu..pengundi marang.durian guling...

Anonymous said...

Kasihan tn guru kerana menyokong orang terlibat dgn banyak melakukan pembohongan dam wang ...

Anonymous said...

Sebenarnya tuk guru tak tahu apa2 tentang perkara yg dibincangksn oleh
DOJ. Beliau dengar sambil lewa kerana tak.faham

noname said...

kebodohan n kebebaLan terbaru dr oLar'mak donia .. memaLukan skaLi gus menjatuhkan maruah agame isLam Yg suci. h.haji ingat pemikiran rakYat m'sia bodoh mcm die .. oi oLar'mak su' satu hari nanti baLasan tuhan akan tibe di-mane keaiban kamu akan terLondeh!.

Anonymous said...

Bakpo teruk sangat dia ni..... mabuk ko..bodoo

Anonymous said...

Bakpo teruk sangat dia ni..... mabuk ko..bodoo

Abdul Manap said...

mung kata apa pung... dia dah garenti masuk syurga.. mung????

Anonymous said...

Memang benar dan saheh dia akan masuk sorga kerana dia ada nombor ahli parti!!! Kih kih kih kih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...