PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, June 15, 2017

Takkanlah orang Umno nak buruk-burukan parti sendiri : Gitu kan Zahid?

  

   Sehingga kinikita belum mendengar sebarang ulasan pun dari Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri tentang berita tangkapan di Melaka yang baru-baru ini kecuh beritanya di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan sembilan pegawai polis kanan kerana dikatakan mengambil wang perlindungan daripada pusat perjudian haram di Melaka. 

  Tetapi yang peliknya dengan Zahid ini, dia lebih bimbangkan  hal keadaan di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP.

 Dengan tak semena-mena Zahid kata dia bimbang “tauke judi” membiayai parti politik di negara itu.

 Beliau khuatir ada sindiket menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti politik, khasnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

 Walaupun Zahid tidak menyatakan parti mana terlibat, tetapi mengarahkan polis Pulau Pinang mengambil tindakan keras terhadap kegiatan sedemikian dan Pulau Pinang pula ditadbir oleh DAP, sudah tentulah agak mudah bagi kita mengimbau maksud  sebenar Zahid disebalik kata-katanya itu.

  Zahid mendakwa Pulau Pinang sebagai mencatatkan kadar jenayah berkaitan perjudian tertinggi yang membimbangkan malah Zahid menyifatkannya sebagai masalah “paling teruk” di negeri terbabit.

 Kenapa Pulau Pinang? Kenapa tidak Melaka yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan sembilan pegawai polis kanan kerana dikatakan mengambil wang perlindungan daripada pusat perjudian haram di Melaka?  

 Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri sepatutnya lebih bimbangkan sindikit perjudian di Melaka kerana melibatkan beberapa pegawai kanan polis negeri itu. 

  Malah ianya adalah masalah "paling teruk" kerana melibatkan pegawai-pegawai atasan di Bukit Aman malah ada desas desus yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar  telah terlibat sama.

 Macamlah rakyat negara ini sudah lupakan sejarah hitam Zahid mengenai surat Zahid kepada pihak berkuasa FBI Amerika Syarikat untuk membebaskan seorang raja judi.

  Paul Phua didakwa menganggotai kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa, menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

 Dalam surat tersebut Zahid menyatakan bahawa tauke judi itu, Paul Phua telah membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara”

 Akhbar South China Morning Post telah menyiarkan surat didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid. Baca beritanya di sini

 Phua yang dikenakan perintah tahanan rumah di Las Vegas, tempat perbicaraan berlangsung, uga didakwa menganggotai kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa.

  Bagaimanapun, satu surat ditandatangani Ahmad Zahid kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan bahawa Phua bukan seorang anggota dan tidak mempunyai kaitan dengan 14k Triad. Baca ceritanya di sini

 Orang yang Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata membantu Putrajaya pada projek yang melibatkan keselamatan negara adalah penjenayah yang disabitkan di Malaysia.

 Pihak polis memaklumkan bahawa Paul Phua Wei Seng telah ditangkap di Miri pada tahun 2004, dalam tempoh perlawanan bola sepak Euro Cup sedang dimainkan.

 Phua telah dididakwa dan disabitkan dengan perjudian haram. Beliau telah dikenakan denda. Selepas membayar denda, Phua meninggalkan negara ini. Penjenayah itu telah dihalang daripada memasuki semula negara ketika Piala Dunia pada tahun 2008.

  Zahid juga cuba mengelirukan rakyat Malaysia bahawa judi ni sangat berhubung rapat dengan orang Cina. Apakah Zahid ingat rakyat Malaysia buta tentang kaitan Umno dan judi di Malaysia?

 Pada 2010, Umno BN telah meluluskan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan. Vincent Tan adalah tokoh yang banyak membiayai Barisan Nasional khususnya dalam pembelian wakil rakyat dan dana pilihan raya.

Berikut adalah dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa :

Genting Berhad : Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin – orang Umno!

Resort World Berhad : Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam.

Sports Toto : Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees

Nota : nama-nama diatas itu hanya sebahagian kecil sahaja saya sebutkan nama nya disini. Senarai sebenarnya lebih panjang dari itu, adanya. Memadailah dengan senarai diatas bahawa orang Melayu selain terlibat dengan dadah, mereka juga agak sinonim dengan gejala judi.

  Sekarang kita tahulah kenapa Zahid senyap pasal tangkapan di Melaka sebab Melaka tu di bawah Umno/ BN. Pulau Pinang tu bawah DAP....

  Busuk-busuk pun taik kita sendiri... takkanlah kita nak bagi tau orang taik kita busuk? Umno tu parti kita, takkanlah orang Umno nak buruk-burukan parti sendiri ... gitu kan Zahid?
Comments
2 Comments

2 comments :

usop ali said...

Kau tunggu LA balasan Allah...past I sampai. .amin

Aziz Naim said...

Tak sangka .... mcm itu rupanya pemimpin kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...