PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, June 05, 2017

Tidak ada mana-mana pimpinan PAS yang menolak Hudud, kata Ust Ibrahim Zakaria, Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Perak


 Benarkah DS Nizar, melalui kenyataan bersama Pakatan Rakyat Perak pada tarikh 21 Mac 2015 menolak perlaksanaan Hudud?

 Pesuruhjaya Pas Perak, Hj Razman Zakaria mendakwa bahawa Mohammad Nizar telah memfitnah beliau melalui kenyataan bersama Pakatan Rakyat Perak pada tarikh 21 Mac 2015 berhubung isu perlaksaan hukuman hudud di negeri Perak.

 Katanya, tindakan Mantan Menteri Besar Perak itu yang membuat kenyataan bersama tanpa persetujuan beliau merupakan satu fitnah ke atas dirinya selaku Pesuruhjaya Pas Perak.

 Sinar Harian telah membuat liputan kenyataan media Pakatan Rakyat tersebut dalam edisi 24/3/2015 dimuka hadapannya dengan tajuk “PR Perak Tolak Hudud”

 Pada keesokan harinya, Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato' Abd. Malik Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Perak, telah menghantar surat kepada editor Sinar Harian membantah tajuk sedemikian kerana bakal menimbulkan fitnah dan kemungkinan ancaman kepada pihak-pihak yang terlibat. (sila rujuk  di sini)

 Sementara itu, Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Perak Ust Ibrahim Zakaria, berkata, “Tidak ada mana-mana pimpinan PAS yang menolak Hudud.

 Beliau berkata demikian sebagai menyanggah dakwaan surat yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Negeri yang tersebar bahawa Dewan Ulama Pas Negeri Perak telah hilang kepercayaan terhadap Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Yang Dipertua (YDP) Pas Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malik.

 Menurut laporan, Dewan Ulama Pas Negeri melalui mesyuaratnya pada 29 Mac, 2015 telah mengambil ketetapan tersebut khususnya berkaitan isu hudud.

 Dewan Ulama berpendapat pendirian DS Nizar dan  YDP Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malik didapati bercanggah daripada keputusan Pas khasnya berkaitan hudud setelah meneliti kandungan kenyataan media bersama pimpinan PR berkaitan hudud, 21 Mac lalu.

 Sebaliknya, Ust Ibrahim Zakaria menegaskan, “Tidak ada mana-mana pimpinan PAS yang menolak Hudud. “Apa yang diviralkan oleh Sinar tu, dia buat tajuk beri panas sebab apa, pasal nak beri surat khabar laku….”

 Menurutnya lagi, satu pertemuan dengan YDP Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Ir Nizar telah diadakan dan telah mendapat penjelasan daripada mereka berdua.

 “Jadi memang apa yang dijelaskan, hakikatnya tidak ada pimpinan PAS yang menolak perlaksanaan Hudud di negara kita.”

 Berikut adaalah transkrip ucapan Ust Ibrahim Zakaria:

0:01 - 0:05 ~Tidak ada mana-mana pimpinan PAS yang menolak Hudud.

0:06 – 0:31 ~ Kalau kita tengok baliklah, apa yang diviralkan oleh Sinar tu, dia buat tajuk beri panas sikit sebab apa, pasal nak beri surat khabar laku….Jadi hakikatnya kalau kita tengok, dalam telepon, tadi pun kita ada pertemuan dengan YDP dan kita dah dapat penjelasan daripada YDP Tambun, dan daripada Ir Nizar...

0.32 - 0:46 ~ Jadi memang apa yang dijelaskan, hakikatnya tidak ada pimpinan PAS yang menolak perlaksanaan Hudud di negara kita.

 Pagi ini, 5 Jun adalah hari Hakim Anselm Charles Fernandis membuat keputusan bagi rayuan perbicaraan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria lawan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Razman Zakaria membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

 Mahkamah sebelum ini membatalkan Tuntutan Balas yang dikemukakan oleh pimpinan Pas itu terhadap Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, DS Nizar Jamaluddin.

 Di dalam tuntutan balas tersebut, Razman mendakwa bahawa Mohammad Nizar telah memfitnah beliau melalui kenyataan bersama Pakatan Rakyat Perak pada tarikh 21 Mac 2015 berhubung isu perlaksaan hukuman hudud di negeri Perak.

 Katanya, tindakan Mantan Menteri Besar Perak itu yang membuat kenyataan bersama tanpa persetujuan beliau merupakan satu fitnah ke atas dirinya selaku Pesuruhjaya Pas Perak. Siapa Fitnah Siapa?
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...