Saturday, June 24, 2017

Umno menjadi alat pelindung jenayah, kata Tun M


   Selepas 14 tahun meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu, Tun Mahathir telah kembali ke Kubang Pasu, kawasannya dahulu, buat kali pertama untuk berbuka puasa di Kodiang.

 Dalam ucapannya, Tun berkata , UMNO sekarang bukan UMNO yang dpimpin nya dahulu. 

" UMNO sekarang telah dihijack oleh Najib untuk menjadi alat pelindung jenayah yang telah dan sedang dilakukan olehnya.

" Ia menggunakan duit Kerajaan dan duit 1MDB yang diselewengkan, untuk sogok ahli-ahli UMNO supaya terus menyokong dirinya. Sogokan ini dibuat melalui pelbagai cara. 

  Menurut Tun, UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

 "Laporan Department of Justice Amerika menunjuk bagaimana berbillion Ringgit yang diselewengkan disalahguna, selain dari sogokan untuk mendapat sokongan; untuk cara hidup mewah.

 "Duit diguna untuk beli kapal terbang, kapal mewah, hartanah dan bangunan mewah di Amerika dan UK, berlian beratusan juta Ringgit sebiji untuk isteri Malaysia Official 1, iaitu Najib. 

 "Sebahagian besar berjumlah berbillion Ringgit yang diselewengkan diperolehi oleh sahabatnya Jho Low. Duit ini diguna untuk beli harta, untuk berjudi dan kehidupan mewah di AS dan UK, " Kata Tun.

  Tun mendakwa, bahawa sokongan kepada Najib oleh ahli Umno bermakna mereka sokong jenayahnya dan sudah tidak lagi setia dan sayang kepada bangsa Melayu mereka, kepada ajaran Islam dan kepada negara mereka. 

  "Secara langsung mereka mengkhianati bangsa, agama dan negara. Sudah tentu, bersama Najib, mereka mengkhianati parti UMNO yang asal. Malapetaka akan menimpa negara Malaysia ini kerana mereka sokong Najib. 

 "Tolaklah Najib dan keluarlah dari UMNO Najib untuk menyertai gerakan menjatuhnya dalam pilihanraya. Hentikan dari melindung makhluk perosak ini. "

 Tun menyeru ahli Umno menebus semula maruah Melayu dan agama Islam dan tidak taksub kepada parti sehingga penyelewengan oleh parti pun tidak dipedulikan.  ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...