Sunday, July 09, 2017

1MBD : TITM akui Hj Hadi dan Lebai-lebainya membuat kenyataan-kenyataan bodoh!


  Setelah Hj Hadi dan Lebai-lebainya membuat kenyataan-kenyataan bodoh dan mendapat kecaman ramai, kini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man secara tidak langsung terpaksa mengakui hakikat tersebut!

 TITM mengakui bahawa Pas sebenarnya tidak mengetahui keadaan sebenar mengenai skandal 1MDB.

  Pas baru terkial-kial mahu mengadakan meja bulat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai skandal 1MDB walaupun Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat telah mendedahkan dengan pembuktian yang sangat jelas dan sekurang-kurangnya 9 negara telah menjalankan siasatan dan telah mengambil tindakan tegas terhadap skandal 1MBD.

 Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man, langkah itu untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak - termasuk bekas pegawai kanan syarikat pelaburan milik negara itu - untuk mengetahui keadaan sebenar. Baca di sini

 Langkah TITM ini dilihat sebagai satu pengakuan yang ikhlas dan jujur bahawa apa yang Presiden Pas Hj Hadi dakwa bahawa kuasa asing cuba mencampuri urusan negara dalam isu 1MBD ini adalah berlandaskan maklumat yang tidak jelas.

 Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Mujahid merujuk surat terbuka Hj Hadi 24 Jun lalu sebagai :
 “Tuduhan kononnya kuasa asing cuba untuk masuk campur hal ehwal negara jelas disebabkan kekurangan maklumat…atau kemungkinan mengikut skrip biasa Umno-Barisan Nasional sebelum ini bagi mengalih tumpuan isu sebenar,”
 YB Mujahid juga mendakwa Hj Hadi secara tidak langsung menjadi pembela kepada kleptokrasi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

 TITM yang sebelum ini mencadangkan penubuhan RCI tetapi kini secara tidak langsung beliau bersetuju dengan kenyataan YB Mujahid bahawa dakwaan Hj Hadi ‘masuk campur kuasa asing’ itu hanyalah satu tohmahan dan Hj Hadi merupakan pembela kepada kleptokrasi kerajaan pimpinan PM Najib.

 Dakwaan bahawa Hj Hadi dan Lebai-lebai Pas kurang maklumat dan merupakan pembela kepada kleptokrasi Najib jelas terserlah bila mana sebelum ini, Hj Hadi mahukan 4 saksi, arwah Mursyidul Am Pas, Haron Din kata mustahil Najib gunakan akaun peribadi masukan duit dari 1MBD.

 Kemudian Hj Hadi dan Lebai-lebai Pas menuduh Amerika Syarikat campur tangan dalam siasatan 1MBD.

 Terakhir sekali, Hj Hadi sarankan supaya kemelut 1MDB diselesaikan dengan al-Quran!

 Pas sangat ketinggalan dan dilihat sangat pelik kerana ketika parti pembangkang lain giat melancarkan Roadshow di seluruh negara menerangkan tentang skandal 1MBD, PAS baru bercadang untuk mengadakan sidang meja bulat khas untuk membincangkan skandal 1MDB ?

Dan kemanakah Pas akan bawa resolusi hasil perbincangan dari meja bulat ini nanti? Tidak ada kepastian mengenai langkah selanjutnya yang akan Pas lakukan. Mungkin Pas sekadar mahu menunjukan bahawa Pas juga prihatin tentang skandal 1MBD setelah sekian lama menyepi.

 Bukankah lebih wajar jika Pas bersama Pakatan Harapan menggesa agensi-agensi berwajib seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM, BNM dan PDRM untuk membuka kembali kertas siasatan.

 Dakwaan terbaru yang terkandung di dalam pemfailan ketiga Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sarat dengan pembuktian yang sangat jelas. Hanya dengan mengheret mereka dibicarakan di mahkamah, kebenaran itu akan diketahui; bukan dengan persidangan meja bulat yang Pas cadangkan!
Comments
9 Comments

9 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Setelah kematian tgna,yg tinggal dalam parti sarkas hanyalah lebai bahalol pemakan dedak,lebai gila sex,lebai kaki fitnah,lebai bacul berdebat dan pakar maki hamun

Anonymous said...

Aku rasa tak salah hj hadi suruh selesaikan kes 1mdb dgn al-quran. Mmg al-quran dan hadis kata kecurian yg melibatkan melebihi satu jumlah tertentu, kena potong tangan sipencuri. Skrg hj hadi kena demand kes 1mdb disiasat semula dgn telus tanpa selindung dan hukuman dilaksanakan mengikut kehendak Allah. Mahukah hj hadi?

Anonymous said...

Lebai Marang tk bagitau pulok cara mana yg dikatakan cara AlQuran. Kot-kot Lebai Marang tu merujuk kpd kenyataan beliau yg terdahulu.... perlukan saksi yg melihat pitis berbilion tu dikendong lari dari bank.
Maklum laa, lebai Marang ni bukan la jenis orang bijak bila berpolitik, asyik kluk-klek je.

Saadun Sulaiman said...

Yang di katakan "KUASA ASING" pada aku bukan yang bertindak keatas 1 MDB tetapi Cina komunis yang di beri kuasa untuk menbangun kan Malaysia. Contoh sedemikian telah pun terserlah di Nagara Nagara yang "MENGHARAPKAN" bantuan dari Negeri tersebut. Kini maklumat sudah di hujung jari, cari lah untuk mendapatkan kebenaran nya. Cina komunis sudah pasti tidak akan memberi tanpa menerima.

Unknown said...

Ambo cadangkan supaya TITM jumpa pimpinan Pakatan Harapan untuk mendapatkan pencerahan yg secukupnya tentang 1mdb. Selepas itu TITM bolehlah istikarah unt pilihan kepada parti Amanah jika benar benar beliau ingin mencari kebenaran. Takkan TITM tidak terkesan pas sekarang sudah jauh menyimpang.

Anonymous said...

lebai2 pas x habis2 nk memalukan islam. dek kerana perangai busuk lebai pas seolah olah islam menyokong rasuah... serban tebal sgt smpi xmampu berfikir agaknya. betullah kata tmj melayu sibuk nk jd arab malah lebih dr arab..

Anonymous said...

Aku semakin yakin dedak mempengaruhi keputusan seseorang. Makin banyak dedak, makin berbelit2 jawapan hj dol

Anonymous said...

Bukan dedak bai...

Wala' sembrono & wala' membabi buta...
Ketua dah lalok pun dikata wajib wala'

Ir. Sodri Ariffin said...

PAS berupaya membantu menyelamatkan negara daripada bahaya amalan penyelewengan, rasuah dan amalan tidak mendaulatkan undang-undang keatas penjenayah yang menyeleweng tetapi kenapa memilih tidak berbuat demikian dan ats hal itu PAS perlu bersedia untuk menerima kutukan sekarang dan di masa akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...