GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, July 22, 2017

Anak lebai yang berserabai


 Anak Hj Hadi seorang ni memang berserabai mentalnya dan tidak ubah seperti sikap ayahnya yang menganggap dirinya terlalu suci hingga sanggup menuduh orang lain sebagai buta al-Quran.

 Anak Hj Hadi marahkan LKS sebab menggunakan ayat al-Quran untuk menasihati Peguam Negara Apandi Ali. Baca di sini

  Apa salahnya orang seperti LKS yang bukan Islam, memetik ayat al-Quran untuk mengingatkan Apandi supaya dia  mematuhi ajaran agamanya?

 LKS menggunakan ayat-ayat tersebut kerana Apandi sebelum ini telah membuat kenyataan yang kononnya dia hanya takutkan Allah.

 Anak Hj Hadi ni patut berasa malu kerana LKS mampu memetik dua ayat al-Quran yang sangat menepati maksud dan tujuannya untuk menegur Apandi.

 Walaupun  dia sendiri anak seorang Tok Lebai tersohor, dia tidak berupaya untuk menasihatkan Apandi seperti mana yang dilakukan oleh LKS.

  Sama seperti bapanya, anak Lebai ini diam seribu bahasa malah memihak kepada regim kleptokrat Najib sebagaimana ayahnya, Hj Hadi dan juga Apandi.

  Kita dapat lihat bagaimana kedua mereka ini, Hj Hadi dan Apandi yang  pakar dalam bidang masing-masing - Hj Hadi pakar dengan hukum hakam agama Islam, Apandi pakar dalam soal perundangan negara, namun kedua mereka ini lebih cenderung untuk tidak menegakan hukum keadilan.

  Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang terang-terang berlaku didepan mata. Butakah mereka bahawa kes kecurian dan pengalihan haram duit 1MDB telah disiasat dan diambil tindakan oleh beberapa buah bidang kuasa seperti Singapura, DoJ Amerika Syarikat dan Switzerland?

 Tetapi mereka berdua ini masih teus cuba untuk menyembunyikan kebenaran dan membela kebatilan. Tindakan Hj Hadi dan Apandi sama sederap, sama melangkah.. Umpamanya dalam dua isu berikut :

  1) Kalau Apandi telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan skandal SRC International, Hj Hadi pula mahukan bukti dengan membawakan empat orang saksi!

 2) Jika Apandi menolak pertuduhan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bahawa dana 1MDB diselewengkan, Hj Hadi pula tuduh DoJ Amerika Syarikat, kuasa asing cuba mencampuri urusan negara dalam isu 1Malaysia Development Berhad.

Surah al-Baqarah yang di petik oleh LKS iaitu ayat ke-42 dan ke-60, bermaksud:

 “Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (al-Quran 2:42)

 “... dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (al-Quran 2:60)

  Ayat-ayat tersebut adalah jelas memberi ingatan dan teguran terhadap orang seperti Apandi dan Hj Hadi yang menyembunyikan kebenaran dan membela kebatilan yang akhirnya akan mengakibatkan kerosakan di muka bumi.

  Tiba-tiba anak Hj Hadi mahu menjadi pembela kepada kerja-kerja mungkar dan memusuhi LKS yang cuba menasihati mereka dengan ayat-ayat Allah. Bertaubatlah waha anak lebai!

  Marilah kita semua sama-sama berusaha untuk menghayati ayat Allah An-Nisaa:135 yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu ...."
Comments
8 Comments

8 comments :

Saadun Sulaiman said...

Mengapa marah sangat bila Lim Kit Siang seorang "NON MUSLIM" memetik sebahagian isi isi Al-Qur'an untuk menempelak Affindi yang konon nya takut "TUHAN" sahaja. Apa, "NON MUSLIM" tidak boleh membaca Al-Qur'an ke? Cuba nyatakan ayat dan surah mana ada menyebut perkara itu. Tak kan setelah berpeluang naik sekapal dengan Azeeez Black penjahanam Tabung Haji mala your grey matter menjadi semakin bercelaru. Di luar sana banyak kemusnahan yang telah di laku kan oleh pehak pemerintah, malah ada banyak ayat ayat Al-Qur'an yang surah bertindak keatas mereka saperti yang di lakukan oleh pehak pemerintah. Dalam hal ini mana suara teguran/cegahan dari pehak kamu? Atau kamu ini sememang nya "Anak lebai tang berserabai". Sebelum PAS menjadi semakin serabai maka aku sudah pun meninggalkan jemaah ini.

Anonymous said...

Dasar pelacur agama..lebai bangsat

Anonymous said...

Belajar agama dari lebai2 PAS adalah ibarat belajar dari orang2 yang lemah imannya.

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)

KALAU NAK JADI PASU BUNGA TAK PERLU KE PARLIMEN.

Anonymous said...

Pas hadi anak beranak tkleh pakai..

Zaman gelap pas dibawah hadi

Anggap pas agama tp bela mungkar.

Tinggalkn pas

Anonymous said...

Stupid
Idiot

Anonymous said...

Al-Quran diturunkan untuk seluruh umat manusia bukan untuk ahli-ahli PAS sahaja.

pak maun said...

Habis, nak LKS guna ayat dr kitab budha?

Shafiek Abdat said...

Semenjak kematian Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Harun Din,,,tocang Hj Hadi baru nampak teserlah,,banyak nonsense yang dilakukan.....!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...