Saturday, July 01, 2017

Apa masalah Idris Ahmad jika Husam Musa jadi MB Kelantan?


 Naib Presiden PAS Idris Ahmad bertanya : Redhakah DAP laksana undang-undang Islam jika menang Kelantan?

 Apa sangkut pautnya DAP yang tidak bertanding sebarang kerusi di Kelantan dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Kelantan?

 Maafkan saya kalau saya katakan bahawa soalan itu adalah pertanda datangnya dari orang yang terencat akal atau sakit otak. Harap-harap Deris tidak begitu. Deris boleh apatkan nasihat dan pandangan pakar di Tanjung Botan yang berdekatan!

 Pertamanya, jika Pas tumbang di Kelantan dan Pakatan Harapan ambil alih negeri itu, tentunya ia akan di terajui oleh Parti Amanah Negara. Dan kalau Datuk Husam Musa dilantik sebagai menteri besar apa masalahnya kalau sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan?

  Kalau itu semua sudah keputusan Pakatan Harapan; bukan atas kehendak Lim Kit Siang atau DAP sahaja, apa masalahnya??

  Semua keputusan Pakatan Harapan yang diambil adalah bedasarkan kepada kesepakatan bersama. Tidak ada siapa yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Harapan.

  Tak perlulah Deris nak sibarkan fitnah dan tohmahan yang kononnya DAP yang mengatur segala-galanya.

 Betapa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah menyatakan penghormatan yang tinggi terhadap kewibawaan Husam dengan katanya :
"Husam ini angerah Tuhan bukan untuk Kelantan saja tapi untuk seluruh negara"
 Jadi apa masalah Deris Ahmad mahu mempersoalkan dan mengaitkan dengan DAP hal perlantikan Husam sebagai menteri besar jika Pakatan Harapan menang di Kelantan dalam PRU14 nanti?

 Dan tidak perlulah Deris Ahmad nak tanya sama ada undang-undang berunsur Islam akan dilaksanakan di Kelantan jika Pakatan Harapan memenangi negeri itu pada pilihan raya umum akan datang kerana parti AMANAH memang dasarnya adalah Islam Rahmatan lil-Alamin.

 Adapun peraturan-peraturan seperti berpakaian menutup aurat dalam syarat kelulusan lesen perniagaan, pengasingan jantina di konsert, pawagam dan kaunter pasar raya, larangan poster model tidak menutup aurat, larangan pendandan wanita memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya, dan terbaharu, mewajibkan peniaga pasar malam berhenti berniaga ketika masuk waktu solat Maghrib itu semua adalah dasar yang diperkenalkan ketika era pentadbiran Almarhum TGNA dan Husam Musa! Cepat sangat Deris Ahmad ni lupa??

 Deris Ahmad bertanya lagi, “Apakah nasib Kelantan sama seperti Terengganu selepas Umno menang pada tahun 2004 sehingga Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja?”

 Memang sakit benar Deris Ahmad ni. Dia lupa bahawa Hj Hadi sendiri gagal untuk melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 walaupun enakmen tersebut diluluskan kerajaan negeri ketika di bawah pentadbiran PAS sebagai usaha untuk melaksanakan hudud di sana.


 Menurut Raja Kamarul Bahrin, di DUN Terengganu tahun lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) membawa usul membincangkan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2001 tetapi tidak disokong Adun PAS dan Umno yang menguasai 31 daripada 32 kerusi DUN.

 Umno dan PAS menolak usul Dr Syed Azman yang mahu membahaskan Enakman tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri tahun lalu.Baca lagi di sini

 Jadi adalah jelas bahawa bukan DAP tetapi Pas dan Umno sendiri adalah penghalang sebenar pelaksanaan undang-undang syariah di Terengganu  yang diluluskan 15 tahun lalu ketika PAS mentadbir negeri.
Comments
12 Comments

12 comments :

pok amid littor said...

Ostad-ostad cap bulan takde wibawa, cakap kosong di mana-mana je.
Tengok kes RUU355 cukup lah, parti dia yang bentang, parti dia yang sokong.
Tapi bila speaker tangguh bahas dan tangguh ngundi, semua MP2 cap bulan terkesima, tak tau nak cakap apa.

Bila balik ke kampung, mr presideng penuh-penuh mulut bagitau walaun-walaun taksub, Pas dah berjaya dalam misi RUU355.

Kalau bukan kaki lebong, gelaran kaki apa pulak nak kita berikan kpd mr presideng tu?

UP the Moderates said...

Kesian Idris Ahmad dan pemimpin Pas..
hukum kebenaran...In Shaa Allah atas perbuatan mereka sendiri, mereka akan tersungkur.

Anonymous said...

Klu nak laksanakan hudud jg, diantara org pertama yg akan dikenakan hukuman potong tangan ialah najib dan klepet2 yg sepakat dgn dia. Ayuh Pas, teruskan!!

Anonymous said...

Dh tau la tu pis nak kalah pru 14 ni kat kelate
Parti amanat sesat pimpinan hadi marang
makin tak ketahuan

Anonymous said...

ulamak buret

Amuraria said...

Dengki pd Husam sampai mcm2 khianat geng walau'un buat,sampai keta dia pun x selamat ! Aparaa Islam punya ajaran ka ?

An Anonymous said...

Anugerah tuhan tu masa atgna masih belum tahu yg dia dah kena tipu dgn husang.. bodo..

Anonymous said...

Tu bukan ajaran Islam..itu ialah ajaran Paselam!!!

Anonymous said...

Tk mungkin nik aziz tertipu dgn husam. Begitu juga husam tk menipu. Mad yakob mb tipu. Jika hudud tk laksana 2015 mb akan resign. Sampai lani tk resign. Naik gaji lagi ada. Sayang jawatan. Tp kerja malas. Nk lawat mangsa banjir malas. Sambut najib di airport boleh pulak. Lawat org asli g.musang malas. Mb olamak ke ni? Membalak bsama olamak. Tahniah hang yg bodoh lagi bahalol. Kahkahkah

Anonymous said...

Dulu aku ingat Deris ni cerdik. Amik PhD tp dah lulus ker? Hehe. Nk tanya walaun. Mb mad yakob ni mb pas ke mb umno? Sejak jd mb tk pernah dengar dia sebat umno. Mgkn dia mb berjiwa umno. Hehe mana tau. Taraf timb. Murshidul Am. Wow tp tk pernah tegur umno. Maaf kami hilang respek olamak mcm ni. Lulus pon degree jer. Alahai pas hadi awe. Lebai malang atau marang?? Di bwh mb pas mad yakob adakah hudud terlaksana? Tidak. Dah resign mb jika hudud tk laksana? Tidak. So mb dah jatuh munafik lah sbb berbohong. Atau olamak boleh berbohong? Mb pon dah fatwa. Sekular umno lebih baik drp sekular dap. Ini fatwa mb pas berjiwa umno. Sekian

Anonymous said...

Yg duk risau husam jd mb adalah umno n pas. Aik umno n pas tak suka husam? Betul. Sbb pas pon asal drp sulbi umno. Hahaha. Hari tu husam cabar tok pa. Kalu umno nk rampas kelantan mai debat dgn dio dulu. Hehe. Terkedu tok pa. Takut ler teww. Kahkahkah

Anonymous said...

Kau tu walaun tak dak otak....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...