GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, July 13, 2017

Baguslah kalau Awie Sudah bertaubat...


 Jangan nak mengarutlah wahai Bob Lokman ! Apakah kerana Awie pergi mengadap lebai-lebai Pas di Kelantan maka itu kamu kata Awie sedang menapak ke Syurga?

 Apakah Bob Lokman ingat kita ni semua buta dan tak tahu bahawa ada lebai-lebai Kelantan tu kerjanya pikul balak dan meratah tanah?

 Awie singgah di Kelantan dengan Geng Bikersnya dengan imej rock adalah jelas membawa budaya rock tapi kamu kata dia sedang menapak ke Syurga!

Elok sangatlah kalau Awie benar-benar telah bertaubat. Tapi buat masa kini, kita semua belum pernah dengar dari mulut Awie sendiri tentang pengakuannya yang dia telah bertaubat. Atau ada tanda-tandanya dia telah bertaubat.

 Bob Lokman, yang suatu ketika dulu merupakan Pengurus kumpulan Wings (1986-89), berkata: Awie sedang melangkah usia, Awie sedang mengakhiri dunia. Maka salahkah kalau kita sama-sama menapak ke Syurga? 

 Hanya kerana diatas kehadiran Awie dan geng motornya ke Kelantan baru-baru ini Bob Lokman kata gitu?

Inikah akhlak seorang manusia yang bertaubat?

 Alangkah lebih baik lagi sekiranya Bob Lokman turut memperakui bahawa Awie membawa geng bikersnya ke Kelantan  untuk sama-sama menapak ke Syurga!

Bukankah Awie datang bersama dengan geng bikers yang begitu ramai, maka adalah tidak adil jika Bob Lokman hanya memperakui Awie seorang sahaja yang mahu bertaubat?

Apakah yang lain-lain itu hanya tolong hantar Awie untuk menapak ke Syurga seorang diri saja? 

 Semua kita tahu bahawa beratus ribu manusia selama ini telah singgah di Kelantan dalam perjalanan mereka mencari syorga di Golok, Siam tu!

Maka janganlah hanya kerana Awie dan geng bikersnya datang ke Kelantan maka ada pula yang kata Awie sudah bertaubat? 

Bob Lokman menulis dalam fesbuk :


Ahmad Azhar @ Awie, jadi kontroversi bila buat event di Kota Bharu. Hingga ada kononnya pelajar tahfiz yg menyesali keadaan. Ramai berprasangka kehadiran Awie seorang boleh merosakkan sebuah kerajaan Islam Kelantan. 

Awie ada pengikut. Dia ada karisma. Dia diminati. Kalaulah kita boleh benci kepada sikap lampaunya, apakah tidak wajar utk kita menerima bila Awie bertamu ke tempat kita? 

Adakah berdosa? 

Awie sedang melangkah usia, Awie sedang mengakhiri dunia. Maka salahkah kalau kita sama-sama menapak ke Syurga? 

Awie sahabat saya, bahkan saya pernah terlebih berdosa darinya. Mengenali Awie, arwah ayah & maknya serta familinya saya kenal Awie terbenih dari keluarga yg sangat baik hati. 

Makanya jangan menghalang sahabat saya untuk mencari jalan pulang ke Syurga. Kepada Kelantanis tahniah kerana tidak rasa tercemar keimanan anda bila mendakap Awie dgn penuh sayang sebagai saudara seIslam.
Comments
5 Comments

5 comments :

UP the Moderates said...

Come on Bob Lokman! Ente..sudah lama belajar ilmu agama bersama dgn geng Ust Pas..kotlah tak mahir lagi melihat sifat pendusta, munafik ?

Seseorang itu jika hendak berubah..tengok kanlah..percakapan nya dan perbuatannya...Adakah selari..?

belenggu irama said...

Awie takleh dah. Memang popular tapi imej out! Kontroversi. Imej geng jahat. Sangkut gelaran apa pun payah nak pegi.. kah kah kah.

Anonymous said...

bob lokman perasan dah dpt tiket syurga agaknya...

Anonymous said...

kelab malam malai rock bistro dengar cerita tambah cawangan dah selain ipoh,, tahniah awie berkat selangkah ke surga di kelantan bebaru ni,, nnt boleh la pangil budak2 tahfiz utk kenduri doa selamat.

Anonymous said...

.
.

Awie boleh jumpa dan belajar sambil membantu Aznil yang telah berubah 360%.. malah sangat memerlukan bantuan dan sokongan.

Tidak pun seperti Amy Search yang belajar agama secara senyap dengan TGNA..

Awie bukan datang sendiri tetapi di jemput .... Orang yang taubat datang sendiri bukan dengan berkumpulan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...