GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, July 20, 2017

Banteras Rasuah : Pulau Pinang Dahului Negeri Lain

Setakat 18 Julai 2017, kerajaan negeri Pulau Pinang belum menerima sebarang surat rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

 Justeru, kenyataan Ketua Pesuruhjaya, SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kononnya kerajaan negeri enggan menandatangani IBR adalah bersifat politik.

 Perlu diingatkan Ketua Menteri pernah menerima lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk menandatangani ikrar integriti, namun tidak mencapai persetujuan.

 Kegagalan berpunca daripada keengganan kerajaan persekutuan memasukkan syarat yang diminta oleh kerajaan negeri dalam ikrar itu, iaitu“mewajibkan semua pemegang jawatan pentadbiran kerajaan mengisytiharkan aset peribadi mereka secara umum.”

 Tidak ada maknanya, jika sekadar menandatangani ikrar tetapi tidak serius dan tiada keberanian untuk mengambil tindakan konkrit bagi membasmi rasuah yang bermula di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan. Selepas mengambilalih pentadbiran Pulau Pinang pada tahun 2008, kerajaan negeri memperkenalkan 10 polisi membanteras rasuah.

 Maka, tidak hairanlah, Pulau Pinang diikhtiraf negeri paling bersih dan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Pulau Pinang satu-satunya negeri mendapat pujian Transparency International, selain pujian oleh Ketua Audit Negara.

 Sepuluh (10) polisi banteras rasuah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri :-

1. Amalan pentadbiran yang berlandaskan Princip CAT. (Cekap, Akauntabiliti,Telus) 

2. Menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri dan barisan Exco. 

3. Melaksanakan tender terbuka yang kompetitif. 

4. Tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak kerajaan. 

5. Menidakkan ADUN dan ahli pentadbiran daripada diluluskan permohonan tanah Kerajaan Negeri. 

6. Melindungi pemberi maklumat atau ‘peniup wisel’ tulen. 

7. Mengambil tindakan ke atas pemimpin yang hidup mewah melebihi pendapatan rasminya. 8. Telus dalam sumbangan politik. 

9. Tidak menerima ‘sumbangan’ peribadi. 

10. Mengambil tindakan tegas ke atas pegawai yang melanggari ke semua perkara di atas.

 Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Pulau Pinang untuk membanteras rasuah jauh melebihi negeri-negeri di bawah pentadbiran BN. Pulau Pinang mengotakan apa yang dikata !

YB Dato' Haji Abdul Malik Kassim,
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
19 Julai 2017
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...