KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Wednesday, July 19, 2017

Beranikah Apandi Ali bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak berbohong?


 Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sendiri tentu menyedari bahawa dia adalah berbohong apabila berkata tiada apa yang disembunyikan berhubung siasatan ke atas dakwaan membabitkan 1MDB.

 Malah katanya lagi, dia tidak takut kepada sesiapa tetapi hanya takutkan Allah!

 Beranikah Apandi Ali bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak berbohong dan sembunyikan yang benar berhubung siasatan yang membabitkan 1MBD?

Siapa yang tidak OK sebenarnya?
 Kita semua tahu bahawa Gani Patail dipecat atas alasan kesihatan secara tiba-tiba sahaja walaupun dia tinggal sebulan sahaja lagi untuk bersara.

 Gani Patail kemudiannya tampil dan menafikan alasan tersebut dan menegaskan bahawa kesihatannya masih  ok dan beliau masih mampu untuk meneruskan kariernya sebagai peguam setelah dipecat.

Deraf pendakwaan ke atas Najib
 Perkara yang sebenarnya ialah, Gani Patail telah bersedia untuk mendakwa Perdana Menteri dan beliau telahpun mendrafkan pendakwaan terhadapa PM atas tuduhan rasuah dan pecah amanah tetapi apabila perkara ini diketahui PM, PM telah mengarahkan KSN untuk melucutkan jawatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara.

 Apandi Ali umpama 'Cina Buta' setuju jadi Pak Sanggup telah menerima tawaran Najib jadi Peguam Negara menggantikan Gani Patail.

  Maka sudah tentulah sebagai seorang Pak Sanggup, Apandi Ali akan jadi tukang ampu kepada Najib yang sangat setia tidak berbelah bagi kerana rasa terhutang budinya dilantik ke jawatan Peguam Negara.

  Semua orang tahu dan nampak jelas yang Apandi Ali ni sebenarnya takut sangat kepada Najib kerana dia tahu bahawa dia juga akan menerima padah yang serupa kalau berkata perkara yang sebenarnya.

  Sehinggakan orang bukan Islam seperti Lim Kit Siang berasa ta'ajub dengan keberanian Apandi Ali berbohong lalu beliau berkata, “Jika benar Apandi takutkan Allah, beliau tidak sepatutnya menjadi peguam negara untuk kleptokrasi sedunia,”

  Apandi Ali patut berasa malu bila Lim Kit Siang yang bukan Islam itu mampu menggunakan  ayat -ayat al-Quran untuk memberi nasihat dan ingatan kepada Apandi Ali.

 Lim Kit Siang telah memetik dua ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah daripada ayat ke-42 dan ke-60, yang berbunyi:
 “Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (al-Quran 2:42)

 “... dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (al-Quran 2:60)

 Apandi telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan skandal SRC International.

Apandi juga menolak pertuduhan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bahawa dana 1MDB diselewengkan. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...