Friday, July 14, 2017

Bukan Kelantan, tapi Sabah dulu sudah laksanakan sebatan umum


  Amboi, bukan main gah dan riuh parti lebai ngaku kononnya telah melakar suatu kejayaan buat umat Islam di negeri Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya dengan pindaan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang membolehkan hukuman sebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari ke atas suspek dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan.

Kononnya pindaan tersebut adalah suatu khabar gembira dan kita semua wajar merasa bersyukur dengan usaha kerajaan Kelantan itu.

 Seolah-olahnya Kelantan adalah negeri pertama yang melaksanakan hukuman sebat!

  Tetapi Sabah yang tidak pernah pun mendabik dada dan terjerit-jerit mahu laksanakan Islam macam lebai-lebai di Kelantan atau di Terengganu, telah lama melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai.  
 Kelantan bukanlah negeri pertama yang melaksanakan sebat depan orang awam kerana hukuman itu terlebih dahulu sudah dilaksanakan di Sabah.
Ketua Hakim Syarie Sabah berkata kali terakhir hukuman dilakukan pada tahun lalu, apabila dua pesalah disebat di dewan mahkamah syariah Tawau, disaksikan orang ramai yang hadir di mahkamah ketika itu, lapor Berita Harian.

“Selain itu, pada tahun 2014 juga ada seorang pesalah wanita dikenakan hukuman rotan tetapi ditangguhkan selepas pesalah terbabit disahkan sedang hamil oleh pegawai perubatan,” kata Datuk Jasri Nasip Matjakir seperti dilapor portal itu.
 
“Wanita itu disabitkan kesalahan melakukan persetubuhan haram dan dijatuhi enam sebatan, penjara tiga tahun serta denda sebanyak RM5,000. Bagaimanapun, atas permintaannya dia hanya dihukum sebat.”

Katanya hukuman terhadap wanita itu dibuat berdasarkan cadangan daripada Jabatan Penjara sendiri. 
Kelmarin Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah 2002 yang membolehkan pesalah dihukum sebat di khalayak ramai bagi kesalahan zina, liwat dan minum arak. 
Rang Undang-Undang (RUU) itu juga memperuntukkan kuasa kepada penguatkuasa agama menggunakan gari ke atas suspek dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Bagus buat hudud ni, sebat depan org ramai tok2 lebai pencuri2 balak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...