GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, July 19, 2017

DS Nizar ziarah Allahyarhamah Cikgu Yati, bekas aktivis parti lamanya

Nizar sempat ziarah Cikgu Noh Ahmad, YDP Lumut,
Timbalan PJ Perak
  Sebagai mengenangi dan menghormati jasa-jasa seorang aktivis parti lamanya dahulu, DS Nizar telah melakukan kunjungan ziarah keatas Allahyarhamah Cikgu Yati yang telah meninggal kelmarin di Manjong.

 Allahyarhamah Cikgu Yati pernah turut sama bekerja keras dalam membantu Nizar memenangi kerusi di kawasan Pasir Panjang di sekitar tahun 2008 -2013 lalu.

  Dalam kunjunganya kesitu, DS Nizar telah mengambil kesempatan untuk menziarahi sahabat lamanya Cikgu Noh Ahmad yang kini sedang mengalami lumpuh separuh badan akibat serangan angin ahmar beberapa minggu yang lalu. Semoga Cikgu Noh akan segera pulih semula dengan segera.

  DS Nizar telah menghantar gambar diatas masuk ke dalam grup wassap kami dan seorang sahabat, Samsuri Din telah memberikan responnya dengan menulis dalam wassap seperti berikut :
 Jumpa DSN kat rumah sepupu meninggal kat Manjung td... sesampai jer DSN ke khemah dpn rumah dia, ada seorang jemaah pas dgn kuat berdoa tgh org ramai2 tu..... 
" Ya Allah... buka kan lah pintu hati Dato Nizar untuk masuk dlm Pas semula... ameen"...  
DSN senyum ajer.. Ajernya....
Mengesahkan kejadian tersebut, DS Nizar pula menulis dalam kumpulan wassap yang sama :

 Yg doakan saya kembali pd pas depan khalayak tu adalah pentaksub saya dulu semasa jadi adun pasir panjang tahun 2008 -2013, saya pun terkejut bila dia tadah tangan dgn suara kuat, ramai kehairanan, saya peluk dia sambil ucap slamat raya maaf z n b.

Saya sprti biasa pakai kemeja Amanah. Saya dan isteri trus masuk rumah arwah , hadirin sedang doa tahlil. Jadi terpinga2 apabila di halaman rumah ada tukang doa lain pulak, suara dia kuat suruh masuk pas semula. Secara tak langsung dia tolong promosikan amanah sbb dlm rumah penuh muslimat pas dan wanita lain. Allahu 'alam

 Menurut Nizar, Arwah Cikgu Yati, sepupu Samsuri memang cukup aktif, rajin dan berkorban siang malam. Dia berulang mengajar naik feri hari hari, pagi dan petang, ke Pulau Pangkor, didera oleh PPD kerana duduk disebelah sini.

Suaminya juga sakit berada dlm wad, doktor tak bagi keluar jadi terpaksa angkat jenazah bawa masuk wad hospital Manjung , utk suami dia tengok kali terakhir. ALLAHU AKBAR.

 Menjelaskan tentang suami Allahyarhamah itu, Samsuri berkata, suaminya patah tulang peha terjatuh dpn rumah semasa menghantar balik Kak Yati dari hospital beberapa hari yg lepas.. dia bertukar masuk hospital pulak.. Esok (hari ini) akan menjalani pembedahan..

  Apa yang dapat kita lihat dalam peristiwa diatas tadi untuk kita pelajari dan dicontohi, adalah penonjolan dua sikap dan adab yang amat berbeza yang telah ditonjolkan oleh DS Nizar dan bekas penyokong taksubnya tersebut.

   Nilaikanlah sendiri dan ambillah yang baik dan jauhilah sikap dan kelaku yang burok yang dapat kita lihat dalam peristiwa di rumah Allahyarhamah itu.

 Innalillahiwainnailaihirojiun... Moga roh Allahyarhaman Cikgu Yati diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah serta ditempatkan di kalangan hambaNya yg solehah..

 Semoga kuburnya menjadi taman2 syurga. Semoga Allah mudahkan juga segala urusan suaminya..
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...