GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, July 28, 2017

Fatwa Hj Hadi : "Wajib sokong DAP, haram sokong Umno hingga kiamat!"


  Nampaknya penyokong serta ahli PAS tidak menyedari bahawa dahulunya, Pas saling berkerjasama dengan DAP dan berjaya mencapai beberapa kemenangan besar dalam menghadapi Umno BN.

  Perkara ini diakui sendiri oleh Hj Hadi dengan kenyataannya,  "Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang; jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan Umno BN!"

  Pada ketika itu, tiada seorang pun ahli Pas yang membantah apabila Hj Hadi mengeluarkan fatwa bahawa, "Wajib sokong DAP, haram sokong Umno hingga kiamat!" Semua akur dan bersetuju!

 Ini adalah kerana, kata-kata Hj Hadi itu memang ada kebenarannya apabila gabungan PAS bersama PKR (BA) dan kerjasama pilihan raya dengan DAP Pas mampu meraih beberapa siri kemenangan.

  1) Di Kelantan, dengan bantuan Semangat 46, Pas mampu mengalahkan UMNO pada 1990.

 2) Di Terengganu, Pas berjaya memegang kuasa pada 1999 adalah dengan bantuan PKR susulan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998.

 3) Di Perak, disebabkan ada kerjasama dengan PKR dan DAP, Pas menduduki kerusi Menteri Besar selepas pilihanraya 2008 dahulu, walaupun hanya 11 bulan saja.

4) Di Selangor, setelah berganding bersama PKR dan DAP, Pas dapat duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai Exco dan sebagainya.

  Tetapi sayangnya, belum pun lagi terjadi kiamat, hanya baru pemergian almarhum TGNA, pemimpin PAS di bawah Hj Hadi yang pernah berfatwa : 'Haram sokong Umno hingga kiamat' kini sudah berubah pendirian.

Kini Hj Hadi dan pentaksub tegarnya menjadi penjilat dan pengampu Umno BN!

  Hinggakan ada yang secara sinis berkata, PAS kini sudah menjadi parti agamawang, bukan lagi ‘PAS for All.’ Ini adalah kerana Pas telah dikaitkan dengan dedak 90 juta dari Umno.

  Mereka percaya Pas memang benar terima dedak dari Umno walaupun Pas telah menafikannya. Mereka sangsi dengan hanya penafian sahaja tanpa berani mengheret Sarawak Report dan Husam Musa yang telah mengaitkan Pas dengan dedak 90 juta dari Umno!

  Selain itu, mereka juga nampak perubahan pendirian Pas lani yang amat bertentangan dengan sikap dan pendirian sebelumnya.

 Kalau dulu Hj Hadi suruh sokong DAP, tetapi loni, siang malam Pas tuduh DAP anti Melayu, anti-Raja dan anti Islam kerana DAP menolak Hudud! Kini semua pemimpin PAS berkata seperti mana yang Umno tohmahkan terhadap DAP!

  Lidah Pas loni tidak ubah seperti lidah Umno - adakah kerana mereka  tersedak kerana dedak?

 Keutamaan PAS sekarang ialah bermesra dengan UMNO dan musuh utama mereka ialah mana-mana pakatan yang mahu menumbangkan regim kleptokrasi Umno BN.

 Tetapi mana-mana bekas pemimpin Pas yang masih istiqamah dalam perjuangan mereka menentang Umno BN dan mahu menegakan Islam Rahmatan lil-'Alamin kini sudah keluar dari parti lama mereka dan menubuhkan parti baru - Parti Amanah Negara atau ringkasnya di panggil AMANAH sahaja.

  Fatwa Hj Hadi yang mesra Umno BN kini juga turut berubah. Bekas-bekas ahli parti lamanya yang menubuhkan AMANAH di berikan hanya dua pilihan : Bertaubat atau dihapuskan!


 Fatwa Hj Hadi ini telah mendorong ramai para pentaksubnya mentafsirkan bahawa mereka yang telah keluar Pas bermakna telah keluar Islam dan pilihan bagi mereka sama ada mereka bertaubat atau dibunuh kerana murtad!

 Ini mendorong budaya takfiri berkembang dalam Pas. YDP PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim mengancam Dr Wan Azizah nak ditanam di jirat Cina jika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak menyokong pindaan akta RUU 355, adalah jelas mempunyai ciri-ciri takfiri.

  Pas telah tersasar jauh bila menganggap parti Pas adalah Jamaatul Muslimin lalu dia menyifatkan mereka yang keluar dari Pas sebagai telah keluar dari Islam.


  Hingga ada AJK Pas pusat mendakwa jika seseorang itu mempunyai bukti bahawa dia mempunyai nombor keahlian PAS, maka dikira lulus dan masuk syurga. Malah beliau tergamak berkata, penyokong PAS yang tak ada sijil keahlian PAS akan masuk neraka! Rakaman vdonya  di sini

  AMANAH adalah kesinambungan kepada perjuangan Islam Almarhum UFN dan juga Almarhum TGNA. Marilah bersama AMANAH untuk meneruskan perjuangan Islam Rahmatan Lil'Alamiin.

  AMANAH bersama gabungan yang besar iaitu HARAPAN, terdiri dari DAP, PKR dan Parti Pribumi BERSATU Malaysia akan ditentang oleh Pas dan Umno BN dalam PRU14 nanti.

  Terpulang kepada kalian samada mahu terus dicengkam oleh regim kleptokrasi Najib atau mahu kepada perubahan membina semula negara yang sistemnya kini semakin punah akibat mahu mempertahankan PM Najib untuk terus berkuasa.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Point penting, apa hj hadi kata :
Semua akur dan bersetuju!
Hj hadi dah tahap mcm nabi! Wala' mengkhinzir buta

Racun Bisa said...

Jika hadi bterusan bsikap la ni... jgn hrp aku undi pas. Apa yg hadi ckp atau fatwakn adalah dusta dn tidak boleh dterima sbgai hukum. Siapa hadi nk sewenang2 hukum seseorg.
Jadi jom kita beralih kpd parti yg waras yg tidak bernaung dgn duit 1Mdb.

akma said...

Kesinambungan TGNA apa kebenda???.. Mahathir terang2 balun TGNA yg dh mati tu pun.. takdak sekor pun puak OREN berani brbunyi. 15 kali mimpi tok guru nik aziz... puiiih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...