JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, July 17, 2017

Idris Ahmad terus dibuai mimpi dan mengigau di siang hari


 Kesian sunggoh dengan PAS hari ini; keadaannya sangat bercelaru dan sangat berkecamuk. 

  Pas tidak pernah tegas dengan sikap atau pendiriannya. Sekejap dia kata mahu bersama dengan Umno BN. Pas tidak mahu rampas kuasa dari Umno BN. Pas hanya mahu jadi penasihat kepada Najib.... 

  Sekejap lagi dia kata lain pula.... dia kata mahu menentang Umno BN.  

  Memang benarlah apa yang Tun Mahathir pernah katakan dulu ketika menolak tawaran Pas untuk menyertainya sekiranya keluar dari umno, katanya :
 "Tidak kerana parti itu tiada pendirian, lihat sekarang Pakatan Rakyat berpecah pun sebab depa, apa perjuangan depa pun saya tak tau, apa depa buat setelah dapat kelantan?

" Ekonomi merundum sentiasa meminjam wang dari kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri, peluang pekerjaan kepada rakyat terabai, yang mereka tahu tegakkan hukum Hudud, sedangkan cogan kata PAS negara berkebajikkan.

"Bagi saya PAS sebuah parti sampah yang perguna agama untuk kepentingan politik sempit bagi mendapat habuan dunia. " ~ sumber
 Naib presidennya Idris Ahmad nampaknya masih mengigau dengan dakwaannya bahawa PAS masih berada di saf pembangkang dalam menghadapi PRU14.

 Idris juga menolak dakwaan dan tuduhan HARAPAN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS makan dedak Umno.

  Setakat menafikan tuduhan tersebut tapi tidak berani untuk dakwa Rafizi Ramli dan Husam Musa walaupun pada mulanya Pas beriya-iya mahu melakukannya, maka sekadar penafian begini tidak mungkin dapat menyakinkan orang ramai melainkan para walaun sahaja.

 Deris juga berkata ini adalah kali pertama dalam sejarah, pembangkang menentang pembangkang dalam pilihan raya umum. 

  "Bagaimana kamu (Pakatan Harapan) menyatakan kami berada di saf BN.? 13 kali pilihan raya umum sekali sahaja PAS tak lawan Umno iaitu pada tahun 1974. (PRU) yang lain kita lawan BN,” katanya. Baca di sini.

 Jangan nak putar alamlah wahai Deris; lupakah kes Kota Damansara , Pas turut meletakan calonnya walaupun pada mulanya bersetuju untuk PKR lawan Umno di situ dan tindakan khianat Pas ini telah memberikan kemenangan kepada Umno. Ini sekadar nak sebut satu contoh sahaja sebagai bukti bahawa Deris ni seorang pembohong!

 Idris berkata PAS akan bertanding di 140 kerusi Parlimen pada PRU14 menerusi gabungan Gagasan Sejahtera bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan jika rakyat memberi mandat kepada PAS.

 Deris ni ingat rakyat ni bodoh atau pelupa macam dia. Walaupun bertanding 149 kerusi, bukankah Pas kata hanya mahu menang 20 - 40 kerusi sahaja?

Pas hanya minat jadi barua politik sahaja
  Kalau PH biarkan Pas lawan Umno BN satu lawan satu, maka ini bermakna baki 100 kerusi itu akan dapat percuma kepada Umno begitu saja.
 
 Teringat kepada Saifudin Nasution yang pernah menghuraikan  kepada kita tentang situasi tersebut sebagaimana berikut :
 Kita ada 212 kerusi parlimen. Maka jika dalam keadaan Umno 100 kerusi, dan PH pun beroleh 100 kerusi, kemanakah agaknya Pas akan bersama untuk menubuhkan kerajaan?

  Adakah Pas akan bersama PH untuk buat kerajaan campuran atau dengan dengan Umno BN?

 Adakah Pas yang mesra Umno BN dan sentiasa menyerang PH akan memilih untuk bersama PH ?
 Maka sebab itu, PH mesti meletakan calon mereka walau dimana Pas bertanding melawan Umno BN untuk mengelakan kemenangan percuma dan mudah kepada regim kleptokrasi Najib.

  Elok kita biarkan Deris Ahmad ini terus dibuai mimpi dan mengigau di siang hari.
Comments
1 Comments

1 comment :

Saadun Sulaiman said...

Dengan kata kata yang "PELBAGAI" yang keluar dari mulut para "PAK LEBAI" taraf Jus Amma yang masih mendukung parti tersebut ternyata seolah olah persis mereka yang sakit mantel yang kronik atau ada sekru yang sudah longgar. Ada di antara nya seolah olah sudah menyesal kerana berpecah dengan Pakatan Rakyat sehingga mahu kan ia nya di kaji semula. Dari pada memekirkan itu semua semolek nya "PAK LEBAI-PAK LEBAI" tersebut memikir kan cara untuk mengekal kan kemenangan yang di raih dan dek kerana undi siapa mereka menang. Bukan kah kemenangan mereka kerana mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat yang mempercayai PR ketika itu. Elok juga di fikirkan sama ada kawasan yang di menanggi dahulu dapat di pertahan kan.

Berbalik dengan tuduhan memakan "DEDAK", saya percaya bahawa ia nya benar kerana sehingga kini tiada tindakan apa apa untuk membersih kan nama si penerima. Para Pak Lebai yang berfikiran celaru, elok lah diam sahaja sambil menanti kan Bulan Yang mengembang itu menjadi "GERHANA"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...