GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, July 12, 2017

Kelantan gagal mempamirkan sikap pentadbiran Islam yang telus dan jujur.


  Dato Husam Musa berasa amat keciwa dan kesal diatas sikap Exco D Anuar Tan yang tidak memberi laluan untuknya bertanya mengenai isu ECoBit Protector dan HSK sejuta ekar pada sidang Dun Kelantan kali kedua, bagi temp[oh penggal kelima kelmarin.

Anuar Tan telah berjanji akan memberi peluang kepada Husam untuk bertanya dan boleh bahas sampai pagi selepas beliau menggulung tetapi sebaliknya Exco ini terus duduk tanpa memberi apa-apa peluang kepada Husam seperti yang dijanjikan.

Jelas sikap Anuar Tan seorang yang pembohong walaupun pada akhir ucapannya beliau berkata beliau hanya bercakap apa yang benar.

  Janji Exco Kerajaan Islam ini yang mengaku bercakap benar dan benar sahaja patut berasa malu dan kerana mencemar maruah dirinya sendiri dalam hal janji untuk memberikan laluan.

 Exco ini gagal menunjukan akhlak seorang Islam dengan memungkiri janjinya dengan tidak bercakap benar kerana ia selamba sahaja terus duduk.

Jika Anuar Tan bercakap benar dalam penggulungannya, kenapa beliau takut memberi laluan kepada Husam untuk bertanya mengenai isu ECoBit Protector dan HSK sejuta ekar demi kepentingan negeri dan rakyat dengan kesan dari perkembangan isu tersebut.

Ternyata apa yang berlaku pada sidang Dun Kelantan kelmarin, kerajaan Kelantan Islam gagal mempamirkan sikap pentadbiran Islam yang telus dan jujur untuk memberikan gambaran yang ikhlas dan jelas mengenai isu perdagangan karbon dengan sejuta ekar hutan simpan jadi cagaran yang sedang hangat dipersoalkan rakyat Kelantan.

 Pas parti yang kononnya mentadbir Kelantan dengan thema membangun dengan Islam hanyalah rethorik dan hipokrit kerana terbukti telah gagal membuktikan kemampuannya.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Kawan dgn umno
Belajar drp umno
Ikut perangai umno

Anonymous said...

Ini lah akibat nya bila jadi kan seorang pembohong penipu jadi ketua, lambat laun seorang demi seorang pun ikut sama jadi pembohong dan penipu.

Sikap mungkir janji bukan nya akhlak Islan. Warna Islam semakin luntur dari PAS dengan berbagai tindakan yang bertentangan Islam.

Anonymous said...

Lobai2 Ni patut dihumban je ke laut

Anonymous said...

wa setuju 100%. en ton, kata olang olang tua yg bijak pandai, sekali lu bohong, lu nanti kena cari 1000 lagi bohong untuk cover satu bohong yg lu and geng susah buat

en ton, kalau itu kuasa yg lu ada boleh dekatkan diri lu dengan Allah lu teruskan, tapi kalau yg berlaku sebaliknya, lu tanyalah lu punya iman. gua punya nasihat jangan lu kawan sama olang yg hati dan mulut yang banyak busuk walaupun itu olang kapala banyak busat dia punya sarban

Taosuo said...

Dlm satu 'posting' blog Sisibukit, Husam dilaporkan bertanya " Sebuah syarikat (Climate Protectors) bertaraf antara bangsa di bawah mekanisma UN, tidak mempunyai pejabat tetapi mendakwa mempunyai pejabat? "

Layaknya, perkara ini di siasat dan sekiranya benar, SPRM sudah lama mengambil tindakkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...