PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, July 10, 2017

Kes saman fitnah Husam bicara Ogos


 KOTA BHARU - Mahkamah tinggi, di sini tadi menetapkan 23 dan 24 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa terhadap pengetua sebuah sekolah agama di negeri ini.

Husam sebagai plaintif menamakan Masri Che Yusoff sebagai defendan dan memfailkan saman tersebut melalui peguam cara Tetuan Faiz Fadzil & Co.

Saman difailkan pada November 2016 dan ditetapkan untuk bicara hari ini, namun ditangguhkan ke bulan depan atas alasan tertentu.

Dalam penyata tuntutan itu, Husam yang juga Penasihat Amanah Kelantan dan Adun Salor, Kelantan mendakwa difitnah defendan melalui akaun Facebook yang didaftarkan atas nama defendan tersebut.

Secara ringkas, Masri meminta Husam menjelaskan isu berhubung tanah seluas 414.37 hektar yang didakwa diberikan kepada Akedemi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd selain meminta Husam menjelaskan pemilikan syarikat berkenaan.

Husam bertindak memfailkan saman itu selepas merasakan defendan secara terbuka (akses yang meluas oleh awam melalui media sosial) berniat jahat dan menuduhnya sebagai pemimpin yang pecah amanah; salah guna kuasa; menyeleweng dan rasuah.

Oleh demikian, Husam menuntut Ganti Rugi Am; Teruk; Injuksi bagi menghalang defendan mengulangi perkara sama; Faedah dengan kadar 5 peratus setahun; kos dan lain-lain yang akan ditentukan mahkamah kelak. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...