GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, July 26, 2017

Ketua SPRM jangan cakap politik!!

Dato Zukifli 
Oleh Khairuddin Abu Hassan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jangan cakap politik!! Beliau mesti bertindak secara telus, adil dan saksama sebagai penjawat awam untuk membela keseluruhan rakyat Malaysia!!

Macamana ketua pesuruhjaya SPRM kata mereka akan buat beberapa penahanan lagi keatas beberapa individu dalam masa beberapa bulan dalam isu kes skandal Felda?!

Siasatan belum selesai macamana ketua pesuruhjaya SPRM dah katakan secara terbuka untuk membuat beberapa tangkapan lagi dalam masa terdekat?!

Suruh SPRM siasat secara komprehensif dulu baru buat kenyataan!! Dia bukan ahli politik tapi adalah seorang penjawat awam yang sepatutnya memikul tanggungjawab secara teramanah yang mungkin!!

Saya nak tanya Dato Zukifli selaku ketua pesuruhjaya SPRM apa dah jadi dengan semua laporan-laporan yang saya buat keatas Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Jho Low, Riza Aziz serta keseluruhan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat 1MBD pada tahun 2014?!

Adakah SPRM sudah panggil mereka semua untuk proses siasatan?! Apa tindakan SPRM  keatas kesemua mereka setakat ini?!

Saya buat beberapa laporan tentang kes skandal 1MBD  pada SPRM  dah hampir dua tahun lebih!!

Kenapa sehingga kini sebagai pelapor saya tidak dimaklumkan langsung mengenai status siasatan SPRM ?!

Ketua pesuruhjaya SPRM  tolong pikul tanggungjawab secara teramanah mungkin selaku penjawat awam!! Berilah perkhidmatan secara professional, adil serta saksama!!

Tolong jangan terlalu banyak nak bercakap macam orang politik!! Tugas kamu untuk menyiasat seterusnya bertindak keatas semua para pengkhianat yang mengamalkan rasuah tanpa memilih dulu!!

Kurangkan bercakap tetapi lebihkan tindakan secara professional selaras dengan akta penjawat awam!!
Comments
3 Comments

3 comments :

Din Romeo. said...

Nah! Kah kah kah.

Anonymous said...

Klu tak boleh bertindak secara ADIL dan telus spt dikehendaki agama, jgn cakap banyak. JUST SHUT UP!

Racun Bisa said...

Mamat ni nk tjuk glamor je. Tangkap sna tangkap sni. Ikan paus yg tnyata bwa byk isu tidak ditangkap...
You help me, I help u..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...