Sunday, July 09, 2017

'Lanjutan tugas Raus bercanggah perlembagaan'


 Seorang bekas hakim mahkamah rayuan berkata lanjutan khidmat Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara untuk tempoh tiga tahun lagi - walaupun sudah berusia 66 tahun enam bulan pada 4 Ogos lalu - menyalahi perlembagaan.

 Pesara itu yang enggan didedahkan identitinya berkata, beliau membaca pandangan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad mengenai isu itu.

 "Bekas ketua hakim itu memberikan pandangannya mengenai pelantikan berkenaan. Saya bersetuju dengan beliau.

 "Pelantikan (Md Raus) tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah," kata bekas hakim itu kepada Malaysiakini.

 Lewat malam tadi Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Tun Arifin Zakaria yang sebelum ini menjadi ketua hakim negara memberikan cadangan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Md Raus.9 Dilaporkan PMO mengumumkan lanjutan tugas Md Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan, masing-masing untuk tempoh tiga dan dua tahun.

 Untuk rekod, Abdul Hamid berkhidmat sebagai ketua hakim negara antara Nov 2007 hingga Okt 2008 berkata.

 Kata Abdul Hamid Artikel 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyediakan cara pelantikan hakim tambahan untuk mahkamah persekutuan dan ia bukan jalan belakang untuk melantik ketua hakim negara.

 Perkara 122 (1a) menyebut, walau apa pun yang terkandung dalam perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong - yang bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara yang dilantik bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa seperti yang dinyatakan olehnya, seseorang yang telah memegang jawatan kehakiman tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan: dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian menjadi tidak layak untuk memegang jawatan oleh sebab dia telah mencapai umur 66 tahun.

 50 tahun lalu

 Bekas ketua hakim negara itu menyebut, peruntukan berkenaan jelas merujuk bahawa Yang di-Pertuan Agong "boleh melantik".

 "Ia adalah satu pelantikan, bukan lanjutan. Dalam perkataan lain tempoh khidmat seorang ketua hakim negara tidak boleh dilanjutkan mengikut fasal berkenaan.

 "Kedua, fasal itu menyebut tentang seorang hakim tambahan di mahkamah persekutuan. Perkataan itu hanya boleh membawa maksud, hakim tambahan di mahkamah persekutuan melakukan tugas seorang hakim mahkamah persekutuan, bukan ketua hakim negara yang menjadi ketua badan perundangan.

 "Jadi fasal ini tidak membolehkan Yang di-Pertuan Agong melantik ketua hakim negara," katanya di blog beliau.

 Perlu diingat pelantikan hakim tambahan bagi mahkamah persekutuan hanya pernah berlaku sekali sebelum ini, iaitu selepas Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha bersara.

 Arifin, ketika ditanya mengenai pelantikan Tan sebagai hakim tambahan, berkata ia dibenarkan perlembagaan. 

 "Ia diperuntukkan di bawah Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan, dan telah dilakukan 50 tahun yang lalu, dengan pelantikan hakim McIntyre," kata Arifin.

 Tan bersara pada Nov 2015 tetapi dilantik semula untuk berkhidmat di mahkamah persekutuan pada Julai 2016. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...